Artikel Menarik

04 December 2013

Shawal AF5 Sudah Bertunang (4 Gambar)


Kami pasti anda masih ingat dengan penyanyi yang popular dengan konsep Agogo-nya ini bukan? Shawal AF5 atau nama sebenarnya Mohd Shawal bin Ruslan dikhabarkan telah selamat bertunang pada hari Sabtu lalu.

Menurut sumber-sumber terapat, Shawal dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang dipercayai bernama Azura di Kelana Jaya pada 30 November lepas. Majlis pertunangan mereka hanya diadakan secara kecil-kecilan tanpa jemputan sebarang pihak media.

Berita baik ini turut dikuatkan lagi pabila adik kepada Shawal iaitu Gadaffi Ruslan memuatnaik sekeping foto di laman Facebook-nya sambil meluahkan ucapan tahniah kepada abangnya itu.

Ucapan daripada adiknya kepada Shawal

Di majlis pertunangan itu, pelakon berusia 29 tahun ini kelihatan kemas mengenakan kemeja berwarna putih manakala Azura dilihat cantik menggayakan baju warna pastel berlabuci sewaktu duduk di atas pelamin.

Untuk makluman, Shawal merupakan bekas finalist pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 yang turut disertai oleh Dafi, Mila, Aswad, Ebi dan juga Heliza Helmi.

Apa-apa pun, mari layan foto-foto di majlis pertunangan Syawal selepas ini.



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment