Baginda bertitah hujan lebat sejak dua hari lepas telah menyebabkan banyak kawasan dinaiki air secara mendadak.
"Saya tak menyalahkan sistem perparitan. Walaupun parit sebesar mana sekalipun, kalau hujan tak berhenti, saya rasa banjir juga.
"Saya rasa elok kita terima hakikat kehendah Allah dan kita harus juga membantu satu sama lain. Satu kebimbangan ialah kalau hujan tak henti mungkin Kuantan akan ditenggelami air," titah baginda ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini Selasa.
Tengku Abdullah berharap rakyat bersabar menghadapi bencana dan berharap kerajaan persekutuan turut dapat membantu.
No comments:
Post a Comment