Artikel Menarik

06 December 2013

Wan Maimunah Bakal Kahwin Ahli Perniagaan

Dalam kehangatan cerita perkahwinan Che Ta dan Farawahida, seorang lagi aktres serba boleh, Wan Maimunah bakal menamatkan zaman jandanya pada 13 Disember ini.

Difahamkan, majlis pernikahan Wan Maimunah akan diadakan selepas Maghrib di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru.

Menurut sumber, Wan yang berusia 50-an memilih lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Johor Bahru.

Busana perkahwinan Wan dan pasangan disediakan oleh Izla Malik dari JB dan pelamin daripada Izla Bridal.

Tahniah Media Hiburan online ucapkan kepada Wan Maimunah. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment