Aku akan tempuhi peperiksaan akhir untuk aku mendapatkan Diploma daripada Politeknik Seberang Perai ini.
Berbagai-bagai perkara aku tempuhi sepanjang pengajian aku selamasa 3 tahun disini dan kadang-kadang buat aku jatuh dan kadang-kadang buat aku ke hadapan tanpa aku sedar.
Segala keperitan untuk belajar perlukan usaha yang kuat dan gigih serta berusaha tanpa kenal erti mengalah kerana jikalau kita mengalah pasti akan kalah. Usaha itu amat penting walau dimana jua sekalipun. Sekali kita berusaha pasti akan berjaya dengan izin Allah. Insyaallah.
Doakan aku berjaya di dalam peperiksaan akhir ini dan sebanyak 4 kursus/subjek yang mempunyai peperiksaan akhir ini iaitu Mechanical Component and Maintenance (JJ616), Engineering Mathematics 5 (BA501), Quality Control (JF608) dan terakhir sekali Maintenance Management (JJ615).
Semoga segala usaha dan kepenatan aku di dalam pelajaran ini terhasil dan diberkati oleh-Nya. Amin.
Pssst : Goodluck juga kepada semua pelajar PSP yang menduduk di dalam peperiksaan akhir.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!
Tajuk nasyid yang agak pelik ini ialah POWER KAABAH oleh GENERASI HARAPAN.
Aku masih pelik dengan liriknya yang agak membuatkan aku kurang faham tentang mesej yang ingin disampai di dalam lagu tersebut.
Petikan liriknya yang membuatkan aku ragu-ragu ialah "Masakan Kaabah tiada power.. Sedangkan sabun pun ada power.." ditambah pula dengan berjogek-jogek di dalam video lelaki perempuan bukan muhrim/
Apakah makna semua ini yang terdapat pada lirik lagu itu? Tidak berapa nak faham sangat.
Ada ura-ura mengatakan lagu ini sesat dan memesongkan akidah.
Wallahualam! tidak berani banyak nak komen. Sila dengar sahaja di bawah ini dan jikalau baik jadikan tauladan dan jikalau buruk jadikan sempadan.
LIRIK LAGU POWER KAABAH oleh GENERASI HARAPAN :
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power
Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya
Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah
Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?
Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan
Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu
Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya
Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah
Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…
Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan
Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi
Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam
Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…
PSST: Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk pada para ilmuwan serta ustaz/ustazah anda di sekitar kawasan anda berkaitan lagu ini kerana aku tidak berani nak komen banyak disebabkan aku dengan lagu ini pun lain macam sahaja daripada lagu yang lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!
Aku teringin ingin mencari dan membeli Power Bank untuk handphone aku Samsung Galaxy S2 ini kerana kerap kehabisan bateri jikalau aku membuka Wifi ataupun Packet Data serta membuat aplikasi lain contohnya Games dan juga yang lain-lain untuk aktiviti harian dan sebaliknya.
Terdapat pelbagai jenama Power Bank ini seperti Yoobao, Yell, Pineng, Edvan, Amuse dan juga lain-lain. (entah betul atau tidak aku senarikan ini. HUHU!) tetapi aku masih mencari yang murah dan berkualiti dan n\hendak dikatakan murah sangat itu tidaklah kerana kalau murah sangat pun takut barang tidak berkualiti. Betul atau tidak?
Kepada pembaca blog aku yang sudah terbcara ataupun terjumpa di dalam enjin carian ini. Boleh tidak tolong senarikan power bank yang mana terbaik dan terbagus serta berkualiti untuk aku beli supaya aku takut akan kesan pada telefon aku sahaja.
Apa-apapun usaha untuk mencari Power Bank masih diteruskan dengan menggelah carian enjin untuk mencari yang mana terbaik dan harga pun berpatutan. Jikalau ada jual secara dalam talian pun aku sanggup beli disebabkan kualiti itu yang aku mahukan. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!
Kenapa pulak dengan Nuffnang ni, aku hendak semak baki di dalam akaun Nuffnang aku aku dan tetiba sahaja keluar seperti ini iaitu menunjukan No Data Received. Ada masalah dengan server atau database ke wahai Nuffnang oi!
Kenapakah jadi begini Nuffnang! Jangan kau jadi lagi begini ye pada waktu esok. Hari ini sudah sebab esok aku nak semak baki aku. HUHU!
UPDATE
Lepas aku post entri ini tetiba sahaja Nuffnang aku boleh buka! HAHA! tahu takut Nuffnang. KEKE!
Apa-apa pun akaun baki aku sedikit sahaja dan bila nak naik banyak ni. TOLONG AKU WAHAI NUFFNANG! Naikkan duit aku di dalam akaun itu. Sempoi la Nuffnang! (bodek sikit)
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!