Artikel Menarik

04 July 2014

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2015/2016 KPM Online

Permohonan Program Matrikulasi sesi 2015/ 2016 KPM secara online.

Menerusi makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015/ 2016 telah dibuka mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014.


Senarai Program Yang Ditawarkan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016

  • Program Matrikulasi Satu Tahun
  • Program Matrikulasi Dua Tahun

Cara Permohonan Borang Online Matrikulasi 2015/ 2016 Online

1. Untuk membuat permohonan sila layari http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/


Nota Penting: Anda mestilah membeli nombor PIN unik ID di BSN sebelum membuat permohonan online.

Contoh Resit Pembelian Nombor PIN BSN


Harga Nombor PIN BSN Matrikulasi: RM6 Sahaja

Syarat Kelayakan Minimun Kemasukan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2015 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2014.

a) Syarat kelayakan minimum Program Matrikulasi (Satu Tahun):

Jurusan Sains

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :

  • Fizik
  • Biologi

Jurusan Perakaunan

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :

  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :

  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan

b) Syarat Minimum Program Matrikulasi (Dua Tahun)

Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C Kimia
5. D Matematik Tambahan
6. C Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2014. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2015/2016

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2015 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2015/2016

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi 2015/2016

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Rayuan Matrikulasi 2015/2016

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.

Maklumat Lanjut

Sila layari http://www.moe.gov.my/
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment