Artikel Menarik

28 August 2011

Hari Raya Puasa Makin Hampir

Hari Raya Puasa makin hampir dan Ramadhan akan berlalu pergi! Sekejap sahaja waktu berlalu tanpa disedari nak raya dah. Lagi beberapa hari sahaja lagi.

Sibuk sana sini dengan pelbagai kerja buat kita rasa sekejap jer. Kalau betul hayati mungkin rasa lamakan tetapi apakan daya kerja terlalu banyak (kerja terlalu banyak ke? atau buat-buat banyak kerja nih?) HUHU!

 Apa-apa pun mungkin ramai sekarang sibuk Shopping Raya dan buat Kuih Raya! macam aku jugak lah. Semua manusia sama je, kena sambut dengan meriah raya nih. HEHE!

Yang mana duduk jauh tuh kalau korang tidak sempat beli tiket bas tuh dan tak dapat Balik Raya, cuba cari alternative lain. Tuh la, orang suruh beli tiket bas awal-awal takmau! HEHE! Jangan bersedih kerana mungkin itu dugaan yang paling besar tak dapat raya kat kampung. Sabar jer erk!

Ada  juga hari raya orang bekerja dan jangan sedih-sedih sebab kerja dan tak dapat beraya dengan sanak keluarga. Fikir nak dapat rezeki bukan senang sebab itu kena bekerja tetapi sebelum itu beraya la awal sikit (maksud aku minta maaf kat ayah dan bonda) kerana raya ni tak dapat bersama kerana sibuk bekerja.

Habislah Puasa dulu lepas itu baru Raya! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment