Hujan membuatkan aku tidur lena dan malas nak buat apa-apa aktiviti walaupun diriku ini mempunyai banyak aktiviti kerana sejuk! ya... teramat sejuk dan sejuk sekali membuatku rasa keletihan dan kemalasan tambahan pula bulan puasa ini. HUHU!
Nasib baik cuti raya seminggu dan waktu hujan pulak. Kalau tidak nak pergi kelas basah dan nak balik kelas pun basah. Biasalah kereta takdak lagi, naik motor jer yang membuatkan keluar rumah kering dan balik basah...
Tetapi nasib baik bukan 24 jam hujan lebat. Sekejap berhenti, sekejap lebat, sekejap rintik-rintik dan sekejap mendung. Macam-macam lah, sampai panas jarang sekali kelihatan menyebabkan baju aku terpaksa sidai bawah kipas untuk kering.
Apa-apa pun bila hujan aku dapat tidur lena! Oh! syahdunya bila tidur begitu lena tambahan pula menarik selimut hingga menutup seluruh badanku ini. Kalau korang pun memang best kan? HEHE :P
Puasa nak habis dah nih dan hujan makin lebat. Minta-mintalah diwaktu raya tidak hujan lebat, kalau hujan lebat mood raya aku kuranglah sikit kerana duit raya kurang terkumpul. HEHE! (apalah aku nih)
Jadi raya nak dekat dah oit! Walaupun lebat masih ramai shopping sana sini. Sakan sungguh! Aku je shopping sikit je. Tapi tidak mengapa aku bersyukur mana yang ada dan mana yang takdak. Tahun depan aku cuba lagi...
No comments:
Post a Comment