Artikel Menarik

21 April 2010

Cara Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Sering mengalami keguguran rambut? Kat sini ada beberapa tips yang kitaorang nak bagi supaya rambut korang sihat dan kuat!

1) Gunakan gam cap gajah untuk menggamkan balik rambut korang yang gugur tu. Gam dari tepung ubi tidak di galakkan kerana ia tak tahan kena air.

2) Semburkan rambut korang dengan racun makhluk perosak. Ianya penting bagi menjamin rambut korang dari diserang makhluk perosak seperti kutu babi.

3) Lumurkan rambut korang dengan baja asli atau organik seperti taik ayam atau taik lembu. Kalau taik kucing lagi bagus. Hasilnya rambut korang akan tumbuh dengan subur.

4) Buang atau cantas rambut-rambut yang bercabang. Ianya amat perlu supaya rambut-rambut yang lain tidak tutur dijangkiti penyakit rambut bercabang-cabang.

5) Jangan membebeankan kepala hotak dengan banyak berfikir kerana ianya akan menyebabkan akar-akar rambut menjadi lemah. Sila berfikir menggunakan kepala lutut korang tuh.

6) Sekiranya semua di atas gagal dilakukan korang boleh ambik bulu ketiak atau bulu dara mahupun mana-mana bulu dan tampal atas kepala korang supaya masalah ini di atasi dengan pantas sekali.

Jadi jangan risau selepas ini pasti rambut anda sihat sejahtera di samping kulit kepala yang tersayang, ibarat rambut dengan kulit kepala.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. ni tips nak bg rambut gugur terus smpi botak licin hehe =)

    ReplyDelete
  2. @Fia Abas - haha.. itu tepat sekali..

    ReplyDelete
  3. mak uishh...tip yg berguna..haha

    ReplyDelete
  4. @MR Bang Miji - haha.. memang berguna pon.. selamat beramal.. hak3x

    ReplyDelete