Artikel Menarik

23 March 2011

Jualan Bergerak Yang Sukar Dilihat

Jualan bergerak ini dahulu kala memang famous dan popular sekali di semua tempat sehinggakan kita tidak perlu untuk pergi ke kedai dan berjalan jauh untuk membeli jualan tersebut kerana ia akan pergi ke kita. Cuma perlu mengeluarkan duit sahaja, tetapi sejak-semenjak nih jualan bergerak amat sukar dilihat. Apakah jualan bergerak tersebut? Mari baca di bawah ini....

KELAPA/PISANG
Kalau dulu selalu nampak orang jual kelapa atau pisang sambik naik basikal keliling kampung atau kawasan perumah. sekarang susah betul nak nampak.

SATE

Tidak kiralah sate ikan, sate ayam, sate kambing, sate kajang dan bermacam-macam sate lagilah. Tak tahulah dekat tempat lain tapi dekat kawasan membangun atau moden, memang dah pupus terus perkhidmatan jual sate secara bergerak ini.

MAKANAN RINGAN
Pagi-pagi dia datang dengan kenderaan sambil bawak peti besar berisi makanan ringan ataupun roti pelbagai jenis. Mungkin masih ada di sesetengah tempat tapi jarang nampak.

ALATAN RUMAH
Alatan rumah seperti tilam, tikar, karpet, penyapu lidi. Yang ini setahun sekali pun susah nak nampak. Kadang-kadang ikut musim World Cup, empat tahun sekali baru muncul. Agaknya sebab tak lakulah tu.

AIS KEPAL
Ini kompen hilang khabar berita. Ada jual pun dekat sesetengah kawasan je. Itupun setempat macam kedai atau kantin.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment