1) Sebenarnya saya bukannya tak mahu buat kerja berat tuh, tapi badan saya ni haa... selalu sakit-sakit.
2) Ni semua kerana kau, kalau kau hasut aku keluar malam tadi dan balik awal pagi dan tentu aku tak lambat pergi kerja hari ini.
3) Camne nak selesai kerja tuh, cikgu tak nak ajar. Cikgu pun tak tahu agaknya.
4) Bukannya saya tak nak jemput awak ke majlis kenduri itu tapi kad jemputan kahwin dah habis, pasal tuh la.
5) Sebenarnya ada duit lebih minggu lepas dan boleh la nak jelaskan hutang awak tapi saya terlupa yang saya ada hutang ngan awak.
6) Kau punya pasal la aku kena saman polis tak pakai helmet tadi. Kalau kau tak habiskan kicap aku, dah tentu aku tak pergi kedai.
Berdalih ini sering didengari tapi tidak paham apa maksudnya buat setengah pihak, tetapi ada jugak yang cepat tangkap ayat yang dilontarkan kepadanya dan membuat orang yang berdalih dengan alasan itu kantoi!
No comments:
Post a Comment