Artikel Menarik

21 April 2011

Kegunaan Lain Surat Khabar

Bila bangun pagi apa yang korang akan capai dulu untuk dibaca? Surat khabar! Ya betul... tapi tahukah korang surat khabar itu mempunyai banyak kegunaan selain untuk dibaca. Antaranya ialah...

1) Selalu dijadikan sebagai bahan bungkusan untuk nasi lemak, kacang rebus atau putu piring.

2) Boleh juga digunakan sebagai alas ketika dating di atas tempat yang basah dan menjadi pelindung bila hujan.

3) Menjadi satu bahan mainan yang boleh dibentuk menjadi kapal, songkok dan berbagai lagi mengikut kretiviti seseorang.

4) Akan digunakan sebagai pelindung muka bagi mereka yang baru lepas kena tangkap basah atau ketika dibicarakan kat makhamah.

5) Menjadi salah satu faktor menyebabkan orang menjadi marah atau gembira setelah menyelak muka surat belakang yang tidak mempunyai berita tetapi hanya bernombor sahaja.

6) Bila dah banyak bertimbun, ianya amat berharga di waktu sengkeka kerana boleh dijual.

Bermacam-macam lagi kegunaan surat khabar ni kalau difikirkan tetapi nak tulis semua memang tak larat nak listkan! Ada otak, ada akal, lu fikirlah sendiri...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments: