SUAMI ISTERI BERGADUH
Asal je bergaduh diorang ni suka sangat baling-baling barang terutamanya yang paling dekat dicapai seperti pasu bunga, pinggan atau mangkuk. Akibatnya barangan pecah dan rugi, pastu kena bersihkan pulak barang yang berselerak.
MOTOSIKAL PANCIT
Bia motor pancit kat jalan korang naik marah dan tendang pulak motor tuh, tak pasal-pasal pecah nombor plat. Seain kena keluar duit tampal tayar, plat nombor pun, kena ganti jugak.
KAPEL BERTENGKAR
Pakwe atau makwe ini pulak bila marah suka tuntut barang-barang yang dah diberi. Kononnya dah tak nak dikenang maka barang tu dicampak kat mana-mana ntah terus hilang, kan rugi namanya tuh!
TENGOK TV
Kalau fanatik sangat tengok bola jangan la sampao TV pulak jadi mangsa kalau pasukan yang disokong kalah. Bila TV dah rosak dah gerenti punya korang yang rugi pasa nak kena menrepairnya atau beli baru.
KECEWA KERJAYA
Kalau ye pun bos tak naikkan gaji walaupun dah berkurun kerja, tak usah la marah depan bos dengan memaki hamun dia. Tak pasal-pasal bos marah korang balik langsung korang dipecat, kan rugi bila takdak kerja.
PUTUS CINTA
Bila kapel buat silap sikit nak marah, terus mintak putus kononnya senang dapat pengganti. Malangnya takde sorang pun terpikat kat korang. Dah rupa tak seberapa, harta lagi la takdak... kan dah rugi tuh!
MASALAH KELUARGA
Bila mak ayah marah pasal nak betulkan tingkahlaku korang tapi baru nak jentik telinga sikit dah merajuk. Bawa diri lari dari rumah... bila terjebak ngan masalah, tragedi atau kemalangan baru la nak ingat mak bapak balik.
Begitulah, jadi jangan marah-marah kerana mendatang kerugian disebabkan fikiran kita dirangsang dengan benda-benda yang tidak masuk akal. Jadi, kepada sesiapa nak marah itu, sebaik-baiknya bersabar lah banyak-banyak...
No comments:
Post a Comment