Artikel Menarik

15 July 2011

Bestnya Tinggal Di Kampung


Ooo... balik la kampung, ooo... balik kampung... antara lirik lagu yang menunjukkan betapa bestnya duduk di kampung. Belum ada lagi terdengar lagu balik bandar. Kenapa syoknye balik kampung? Ini jawapannya...

1) Boleh baring di tengah jalan waktu tengah malam sebab tak banyak kenderaan. Cuba kat bandar korang buat camtuh, kalau tak masuk surat khabar gerenti kena tutup ngan surat khabar.

2) Pemandangan yang indah, pohon menghijau, sungai dingin, bukit-bukau semua menyejukkan mata dan menenangkan fikiran. Di bandar ada jugak yang menyegarkan mata...cheap sales bagi wanita dan salesgirl bagi lelaki.

3) dapat tengok haiwan berkeliaran kat kampung. Kalau kat bandar nak tengok lembu dengan ayam pun kena bayar.

4) Di kiri kanan penuh dengan dusun dan buah-buahan, kalau kenal dengan tuannya boleh petik dan makan je tapi cuba buat kalau kat bandar mau tak tegur sesiapa sebulan pasal rebut rambutan sebijik.

5) Masih lagi terdapat kuih-muih tradisonal yang enak dan murah. Kalau kat bandar dah la tak sedap, mahal pulak tuh.

6) Mengekalkan semangat kejiranan yang tinggi. Kalau buat kenduri tak payah susah-susah, jiran akan tolong. Kalau di bandar, jiran sebelah pun tak kenal siapa dia.

7) Boleh bersantai kat tepi pantai menikmati tiupan angin yang mendamaikan dan desiran ombak nan syahdu. Kat bandar tak sunyi ngan deruman ekzos chamber kenderaan atau konsert... kalau suara sedap okey la jugak.

8) Bila raya atau cuti panjang tak payah sibuk bersesak nak balik kampung.

Apabila tinggal di kampung memang teramat best kerana disana tenang je sentiasa dan di bandar sibuk dan boleh membuatkan anda sakit kepala buat setika mahupun selamanya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. saya takde kampung! kekekeke :p

    ReplyDelete
  2. @nanie zainuddin - takdak kampung.. maknanya asal bandar la nih! fuiiyo!! hehe

    ReplyDelete
  3. taw xpa...kat kampung mang best...tmbah lgi klau kampung 2 ada air terjun...lagi best...hehe

    ReplyDelete
  4. betoi3 !! kmpung mmg bes.. =)

    ReplyDelete