Sejak latihan industri aku bermula, kepenatan teramat sangat dan menyebabkan aku rasakan satu hari tidak cukup masa untuk tidur padahal aku sudah tidur awal dan kadang-kadang terlambat juga. Ikut kepada keadaan di dalam tempat latihan industri atau praktikal aku bekerja di bahagian mana. Jikalau berat dan susah, nampaknya aku perlukan rehat yang banyak dan jikalau kerja tidak terlalu banyak atau sikit sahaja, kemungkinan aku dapat merasakan ketenangan lagi... HEHE!
Apa-apa pun latihan industri memang best kerana kita dapat menimba pengalaman dan ilmu yang kita tidak pernah diajar di Politeknik dan juga kemungkinan apa yang diajar lari sikit daripada jurusan kita dan oleh itu kita dapat mempelajari selain daripada apa yang kita belajar... Ilmu itu luas, kita tidak perlu fokus kepada satu sahaja selamanya dan kita perlu memperbanyakkan cabang dan apa yang kita semoga kita memiliki ilmu yang lebih daripada biasa...
Latihan industri ini sungguh memenatkan bagi aku dan kadang-kadang seronok juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Tambahan pula aku tidak pernah bekerja di kilang sebelum ini dan ingin merupakan satu cabaran yang besar buat diri untuk memiliki Diploma Politeknik. Semoga latihan industri aku berjaya dengan jayanya... Amin...
Pssst : Buku laporan harian latihan industri aku tidak tulis apa-apa lagi dan aku merasakan aku perlu menuliskannya sekarang kerana minggu depan aku perlu hantarkan untuk dicop oleh HR (Human Resources) kilang aku yang aku lakukan...
No comments:
Post a Comment