Artikel Menarik

03 April 2012

Rumah Kena Pecah Masuk

Pada 2/4/2012 iaitu bersamaan dengan semalam, rumah aku di Taiping, Perak di pecah masuk oleh pemecah rumah, pencuri, orang yang tidak bertanggungjawab atau lain-lain yang sama dengannya. Pada waktu kejadian, aku dan keluarga aku tidak berada di dalam rumah dan mungkin pencuri tersebut sudah memperhatikan rumah itu kosong dan ini merupakan punca utama mereka untuk memberanikan diri untuk memecah masuk ke dalam rumah aku ini. Aku terima panggilan itu daripada Makteh aku sendiri kerana dia kerap ronda di kawasan tersebut apabila hendak pergi ke tempat kerja. Jadi, aku dengan keluarga aku kelam kabut balik ke rumah terebut untuk melihat apa yang terjadi.

Pada mula teramat geram sangat ketika itu kerana ada juga orang sebegini di atas muka bumi ini. Kalau aku dapat orang sebegitu, aku paling kuat aku nak jadikan sate hidangan makan malam sahaja! HAHA! serius aku tengah geram.

Cara-cara taktik yang digunakan oleh pencuri tersebut masuk di dalam rumah aku ini ialah :
1) Menaikki tangga untuk pergi ke bumbung rumah dan apa-apa sahaja janji boleh sampai di atas bumbung rumah
2) Membuka atap rumah yang di susun seperti atap batu sehingga dapat memasuki seluruh anggota badan
3) Memasuki rumah melalui ruang siling rumah yang berbentuk petak-petak kerana terdapat diantara semua siling petak-petak tersebut mempunyai satu siling yang boleh masuk ke atas untuk pergi ke tangki air di atas rumah
4) Berjaya memasuki rumah melalui bumbung dan siling tersebut
5) Geledah semua barang yang ada di dalam rumah
6) Tidak sempat mengambil barang yang besar-besar kerana mungkin sikap tamak sehingga tidak mampu untuk mengangkat semua barang
7) Keluar melalui pintu depan rumah dengan memecah manga ataupun pengunci pintu dengan mematahkannya
8) Berjaya melarikan diri dengan sedikit barang yang tidaklah berharga sangat tetapi boleh tahan.

Rumah aku dimasukki air ibarat banjir berlaku di dalam rumah kerana kemungkinan mereka lakukan kerja tersebut pada waktu hujan dan pencuri tersebut memasuki melalui bumbung yang berada di atas bilik aku dan jadinya air yang masuk memalui bumbung yang tiada penutup jadi air tersebut pergi ke atas siling dan memasuki ke ruangan bilik aku. Habis banjir dan mampu untuk berenang-renang di situ! HAHA!

Jadi, aku nasihatkan kepada anda semua yang mempunyai ruangan rumah seperti Rumah Teras supaya tidak meletakkan tangga di luar rumah atau kalau nak letak pun pastikan ianya berkunci dan jangan terlalu menonjol sangat tangga tersebut pada khalayak ramai yang lalu di sekeliling rumah.

Selepas itu, pastikan siling yang berbentuk petak yang mampu dibuka untuk pergi ke tangki air atas bumbung di pasang gril rumah supaya pencuri tersebut terbantut di situ kerana tidak mampu buka andai kata pencuri tersebut memasuki rumah melalui bumbung.

Jangan sangka anda sudah membubuh gril pada tingkap dan pintu rumah, rumah anda akan selamat dan sebelum tinggalkan rumah itu pastikan anda membaca beberapa doa-doa yang penting supaya terjauh daripada segala bencana yang tidak diingini dan jauhi daripada segala malapetaka dan selamatkan harta-harta kita daripada bahaya.

Pssst : Nasib baik di rumah tersebut tidak mempunyai banyak barang berharga dan aku nasihatkan anda semua pastikan berhati-hati

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3 comments:

  1. alhamdulillah nyawa lebih penting dr harta benda.

    ReplyDelete
  2. Biarlah saya introducekan product Kamera Litar Tertutup ( WiFi CCTV ) ni.

    -Cuma perlukan Streamyx atau Unifi.

    -Boleh pasangkan kat mana-mana aje.

    -Boleh berputar kiri,kanan,atas & bawah untuk memantau suasana keadaan. ( memantau pekerja, menjaga rumah atau office )

    -Mengesan objek, lepas tu Automatik menangkap gambar berterusan dan email berterusan ke telefon bimbit ( Smart Phone ) atau komputer dalam 1~10 saat. Itu sebagai alarm

    -Boleh berbual dari Komputer ke CCTV.
    -Boleh Berdengar dari Komputer ke CCTV.

    -Tak perlu menarik cable. Cuma perlu Plug point aje.

    -Hantar melalui courier secara percuma untuk semenanjung Malaysia.

    -Membuat setting percuma.

    -Warranty 1 setahun, kalau rosak boleh tukar 1 kepada 1 ( terpulang keadaan kerosakannya. )

    Harga RM TigaLimaKosong aje.

    kalau minat boleh email kat ipcam2u@gmail.com

    ReplyDelete