Artikel Menarik

06 October 2012

Hari Yang Paling Disukai

Kita melalui kehidupan sehari-hari dengan cara tersendiri. Hari juga berperananan sebagai penanda ukur bagi usia yang semakin meningkat naik. Sesudah itu tidak akan meningkat turun pulak, ye ke tidak? Tetapi ada segelintir hari yang kita melaluinya dengan perasaan suka tidak pasal-pasal. Hari apakah itu yer? Mari kita baca di bawah ini.

HARI JADI
Semua orang suka hari jadi walaupun tidak semua sambut hari jadi. Jarang kita dengan orang mengamuk masa hari jadinya sendiri kerana tidak suka disambut.

HARI CUTI
Boleh berehat dekat rumah dan tidak perlu fikir tentang kerja yang menimbun. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu fikir tentang hutang-hutang yang berjoget keliling pinggang.

HARI RAYA
Disebut-sebut sebagai hari mulia atau hari suci bagi semua umat Islam dan akan disambut dengan penuh meriah walau dengan apa cara sekalipun termasuklah membuat pinjaman peribadi pada along lintah darat.

HARI NIKAH
Hari yang penuh gembira terutamanya bagi kaum hawa. Hari yang menukat status daripada bujang kepada isteri/suami orang. Tidak perlu lagi membazir duit menyewa bilik hotel murah lagi.

HARI GAJI
Hari yang dinanti-nanti dengan penuh kesabaran bagi yang bekerja makan gaji. Boleh juga jadi hari bertukar menjadi singa lapar kalau gaji yang ditunggu tidak dapat sampai tengah bulan ini.

Mungkin terdapat hari-hari lain yang menjadi kesukaan anda lagi, dan senarai di atas ini merupakan hari yang selalu disukai oleh orang ramai. Anda pun mungkin sebegitu ye atau tidak? Rasanya mesti ya kan? Itu sudah pasti kerana hari yang paling disukai memang banyak...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. saya suka hari-hari. hari hujan pon suka, hari panas pon suka. pusat pakaian hari-hari pon suka juga. hehehehe...

    ReplyDelete