Artikel Menarik

17 October 2012

Kategori Face di Facebook

Ada pengguna Facebook yang berkenalan melalui laman sembang sosial akhirnya keluar dari hubungan di alam maya dan bertemu di alam realiti, ketika ini mungkin ada terwujudnya beberapa kategori face yang mereka temui...

FACE TO FACE
Bersemuka atau bertentang mata dan mata, muka dan muka setelah hanya menerusi gambar di laman Facebook.

FACE OFF

Rupa orang dikenali berbeza sekali dengan gambar beliau di Facebook tetapi orangnya tetap sama.

TWO FACE
Muka sebelah kanan yang nampak sebelah sahaja seperti dekat dalam gambar Facebook nampak berbeza dengan muka yang sebelah lagi di dalam realiti.

BABY FACE
Muka yang dekat dalam Facebook memang kiut macam baby face tetapi apabila sudah jumpa kiut jugak tapi rupa macam penyanyi dan komposer R&BB berkulit hitam dari barat, Baby Face (Kenny "Baby Face" Edmonds).

FACIAL
Orang yang ditemui nampak lebih berseri daripada gambar dekat dalam Faceboo. Sebelum jumpa beliau buat facial atau rawatan muka kot.

YOU DROPPED MY WATER FACE

Ketika pertama kali berjumpa rakan sembang dalam Facebook seorang itu oleh buat hal pulak sehingga menjatuhkan air muka yang seorang lagi. Biasnaya ini kes terkujat (terkejut) tidak boleh terima hakikat diri sebenar orang yang ditemui. Mungkin indah khabar atau ayat dalam Facebook dari rupa atau lain dari yang dijangka.

Kategori yang lain pun ada tetapi tidak sempat ditulis dan yang lain-lain itu kemungkinan anda boleh fikirnya sendiri bukan? HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment