1) DI TAMAN bunga atau taman air atau taman apa-apa taman sahajalah, asalakan namanya ialah taman. Sama ada kena kuatkan iman sebab ada ramai pasangan yang sehati sejoli atau diri sendiri yang berjoli.
2) DI PASARAYA kecil atau besar. Nafsu berbelanja memang naik menggila. Lagi-lagi kalau duit tengah ada makin mengigil tangan dibuatnya hendak merasa hulur duit ke kaunter.
3) DI JALAN raya persekututan atau persendirian atau lebuh raya atau jalan apa-apapun. Lain orang lain ragam maka lain kenderaan lain cara pemanduannya.
4) DI TEMPAT kerja, tidak kira apa kerja sekalipun. Yang pekerja selalu menyirap dengan bos. Yang bos pulak selalu berbulu dengan pekerja.
5) DI RUMAH Allah, yang dipanggil masjid ataupun surau. Mesti kena ada iman yang kuat dan bukannya masuk hanya hendak tunjuk kita ini kononya kuat beribadat.
Jikalau masuk tempat-tempat di atas ini, anda perlu kuatkan iman anda supaya anda dalam masuk di dalam itu melakukan perkara yang benar dan bukannya salah dan merapu serta suka-suka sahaja dengan mengikut nafsu yang selalu bermaharajalela.
Hihihi....tempat2 mcm tu memang menguji iman
ReplyDeletehehe.. memang menguji sungguh ;)
Delete