Artikel Menarik

23 November 2013

3 Tips Menarik Kuruskan Badan Tanpa Modal

Membeli produk untuk kekal langsing atau turunkan berat badan? Itu bukan jalan penyelesaian terbaik. Mari baca tips menarik kuruskan badan tanpa modal ini.

Sekarang ini ramai yang mengalami masalah kegemukkan ataupun obesiti dan berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan menguruskan badan tetapi tidak semua ada modal yang menarik untuk menguruskan berat badan.

Apakata anda menggunakan Tips Menarik Kuruskan Badan Tanpa Modal ini untuk mengurangkan berat badan anda secara ideal.

1) Makan Malam Dengan Pinggan Yang Lebih Kecil

Korang memang tidak sedar bahawa saiz pinggan yang korang gunakan telah “berevolusi” dari segi saiz dan bentuk selepas lebih 100 tahun? Atau mungkin 200 tahun? Berdasarkan kepada kajian, saiz standard untuk makan malam telah meningkat sebanyak 22 peratus dalam diameter, daripada 10 inci pada tahun 1900 kepada 12 inci dalam 2010!

Untuk lebih faham : Lebih besar saiz pinggan maka lebih banyak yang korang makan! Kan?

Jadi, pilih pinggan yang lebih kecil. Tidakpun, pilih mangkuk macam masyarakat cina tu makan hari-hari. Itu lagi mudah kalau tak faham-faham juga.

Oleh itu, Sila pilih pinggan atau mangkuk yang lebih kecil!

2) Makan IKAN Untuk Panjangkan Hayat

Korang nak hidup lebih lama? Nak kahwin lebih dari empat, bukan?

Jadi, sila makan ikan. Kajian menunjukkan bahawa, makan 8 auns ikan setiap minggu terutamanya ikan salmon dan ikan sardin, akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, penyakit no 1 di Amerika dan di Malaysia TOP 5 penyakit wajib!

Makan ikan juga melambatkan pengumpulan penyakit arteri tersumbat dan juga merendahkan tekana darah tinggi. Jadi makanlah ikan salmon atau ikan sardin setiap hari sebanyak dua kali sehari. Caranya, makan sedikit untuk makan malam dan simpan bakinya untuk lauk pada waktu tengah hari keesokannya.

Dan yang pasti kita dapat berdiet untuk kuruskan badan cepat tanpa guna produk kuruskan badan. Dan sudah tentu, selalu bersenam. Ini sangat membantu untuk kuruskan badan korang yang gemuk gedempol itu.

3) Minum Susu

Susu tanpa lemak, susu rendah lemak dan yogurt bukan sahaja sumber terbaik bagi menguatkan tulang dan vitamin D, juga membantu mencegah tekanan darah tinggi. Ramai rakyat Amerika yang kurang mengambil tiga jenis nutrisi ini, yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk seperti tulang reput dan tekanan darah tidak stabil sekiranya kurang mengambilnya.

Korang disarankan untuk untuk mengambil susu rendah lemak ini pada waktu pagi, tambah dengan sehiris keju pada sandwich untuk makan tengah hari korang. Korang juga digalakkan untuk mengambil sedikit sahaja keju kerana keju merupakan sumber lemak yang tidak sihat sekiranya diambil secara berlebihan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment: