Artikel Menarik

04 December 2013

RapidKuantan Diberhentikan Sementara Akibat Banjir.

KUANTAN: Perkhidmatan bas RapidKuantan, yang beroperasi sepenuhnya dengan 46 bas untuk 13 laluan di bandar Kuantan dan kawasan sekitar terpaksa diberhentikan sementara sehingga keadaan banjir beransur pulih.

Menurut Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan Zainurul Hakim Mohamad, keadaan banjir yang semakin buruk di bandar Kuantan menyebabkan perkhidmatan terpaksa diberhentikan sepenuhnya pada 1 tengah hari ini dengan 13 bas yang mula beroperasi pagi tadi dipanggil balik ke depoh.

"Kita menutup semua laluan buat sementara sehingga mendapat arahan daripada pihak berkuasa. Kebanyakan jalan-jalan sudah tidak boleh dilalui," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Bandar Kuantan dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya dinaiki air sehingga melebihi 1 meter.

Di Pahang, lebih 7,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan melibatkan lima daerah setakat ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment