Artikel Menarik

30 October 2011

Impian Seorang Peniaga

Setiap orang ada impian dalam hidup tapi penyidai kain dipanggil ampaian. Antara impian dan ampaian takdak kena mengena tapi antara impian seorang peniaga adalah seperti berikut...

1) Untung juta-juta walaupun model kecik dan paling penting tak pernah rugi walau sesen pun.

2) Kedai sentiasa ramai tak kira masa dan yang bestnya ramai yang beli bukan ramai yang tengok.

3) Dapat customer yang tak banyak karenah, tak komplen walaupun hanya menerima perkhidmatan ala kadar diorang terima dengan hati yang terbuka.

4) Setiap urusniaga yang memerlukan duit baki tidak akan dituntut oleh pembeli walau apa cara dan nilai sekali pun.

5) Terutama untuk peniaga wanita yang cantik, sila beli barang bukan mengurat.

6) Selalu mendapat pujian dan direkeman kepada orang lain, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos promosi.

7) Barangan yang dijual menjadi popular setanding dengan barisan artis popular negara.

Setiap orang ada impiannya sendiri. Oleh itu peniaga pun ada impiannya sendiri cuma tidak ditunjuk-tunjukkan sahaja! Jadi, pastikan impian menjadi kenyataan supaya berpuas hati! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment