Artikel Menarik

29 October 2011

Trivia Tentang Fobia

Fobia ini maksudnya ketakutan yang tak patut terhadap sesuatu benda atau keadaan. Kira macam paranoid ntahapehape la gitu tapi bukan diorang sengaja ngengada pun, dah memang suratan takdir... bak lagu gersang.

1) Harrison Ford sebagai Indy dalam filem The Adventure of Indiana Jones merupakan OPHIDIOPHOBIA, yakni takut kat ular.

2) CHROMOPHOBIA bukannya orang takut kepada kromosom (chromosomes - ejaan orang putihnya) sebaliknya seriau kat warna, bunyi je akan-akan tapi bukan tau.

3) Napaleon Bonaparte adalah AILURAPHOBIA. Beliau ini takut kat kucing, kira sekategori dengan alien le beliau nih, ke beliau ni alien. Jeng jeng jennngg....

4) Venus ni kalau dalam epik Romawi merupakan Dewi Kecantikan. Kalau nak tahu orang yang fobia dengan perempuan cantik dipanggil VENUSTRAPHOBIA.

5) TRISKAIDEKAPHOBIA pulak, takut kat nombor tiga belas. Tak tahulah macam mana kalau beliau nih lahir haribulan tuh, harus kena pergi angkat sumpah pasal nak tukar tarikh lahir kot.

Bermacam-macam lagi pasal fobia di dalam dunia ini dan setiap orang kemungkinan mempunyai fobianya sendiri dan semuanya tidak sama. Jadi, janganlah terkejut jikalau anda terjumpa orang sebegini kerana ini adalah lumrah hidup dan bukannya meminta tapi memang ada di dalam dirinya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment