Cerita sekarang ini yang aku hendak kongsikan ialah sekarang ini musim hujan iaitu musim tengkujuh. Kerap hujan berlaku di kawasan aku ini sehinggakan hujan begitu lebat selagi dan begitu sejuk sekali yang menyebabkan darjah celcius iaitu degree suhu semakin berkurangan sedikit daripada suhu biasa.
Cahaya matahari kehilangan disebabkan awan yang mendung dan tebal telah menutup cahaya matahari yang sebelum ini bersinar. Oleh itu, kemungkinan banyak baju tidak begitu kering dengan cepat tetapi kesejukan ini menyebabkan aku tidur dengan lena sekali pada hari ini.
Hujan merupakan rahmat yang begitu besar kerana dapat menyegarkan tumbuh-tumbuhan dan sekalian alam. Hujan juga boleh menyebabkan banjir disesetengah tempat yang tidak mempunyai sistem saliran longkang ataupun air yang begitu sistematik dan sempurna.
Apa-apa pun sebelum aku memulakan pengajian aku di Politeknik Seberang Perai (PSP). Ini bermakna aku duduk di rumah aku ini merupakan perkara yang seronok apabila tiba waktu hujan kerana aku dapat merehatkan minda dan diri aku ini di rumah sementara hendak memecahkan kepala otak dan kederat aku sendiri untuk belajar selama setahun lagi iaitu bersamaan 2 semester di Politeknik selepas tamatnya Latihan Industri dengan menghantar laporan latihan industri pada beberapa hari yang lepas.
Aku mengharapkan hujan ini dapat memberi rahmat yang begitu besar buat kita semua dan kepada yang bekerja di luar dan basah seketika ketika membuat kerja di luar seperti posman, dispatch, kontrak jalan dan lain-lain lagi. Jangalah merungut, carilah rezeki walau apajua keadaan kerana rezeki anda itu akan berkat.
Kepada yang duduk dirumah pula anda merasai nikmat yang paling indah kerana kesejukan yang melanda membuatkan anda rasa selesa sekali.
No comments:
Post a Comment