Artikel Menarik

19 November 2013

Hotel Ais Ada Penggera Kebakaran


Sebuah hotel ais yang dibina pada setiap musim sejuk di utara Sweden akan dipasang dengan alat penggera kebakaran pada tahun ini.

Hotel ais ada penggera kebakaran
Ia akan dipasang di hotel itu yang terletak di bandar Jukkasjaervi selepas pihak berkuasa meminta ia dilengkapi alat berkenaan demi keselamatan para tetamunya.


“Pada mulanya, kami berasa sedikit terkejut (permintaan memasang alat itu). Namun, sebab-sebab alat itu dipasang adalah kerana terdapat barang-barang yang boleh terbakar seperti bantal, beg tidur atau kulit rusa kutub,” kata jurucakap hotel tersebut, Beatrice Karlsson.

Hotel itu akan dibuka pada 6 Disember hingga 13 April depan. Bayaran untuk menginap di hotel ais itu ialah dari 1,900 kronor (RM914.88) hingga 7,500 kronor (RM3,612).

Para pelancong akan tidur di dalam hotel tersebut di atas katil ais dengan suhu serendah sehingga – 8 darjah Celsius.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment: