Artikel Menarik

23 October 2009

Korang memang menempah maut...

Kalau korang buat perkara-perkara seperti yang kitorang paparkan ini kat bawah.. memang korang sengaha nak menempah maut la nampaknya! kot ye pun nak membuktikan keberanian korang sekali pon, kan ke ada banyak cara lain lagi yang lebih selamat dan berfaedah? Sehingga boleh masuk lagi Guinness World Records ataupon Malaysia World Records.. Apa-apa hal pun, baca je la artikel kat bawah ini.. aku pon malas nak cakap banyak..

Bermandi-manda Dekat Lubuk Phirana
Kalau rasa nak kaki, tangan dan seluruh anggota badan korang hilang, maka sila la mandi kat sungai yang memang terbukti sebagai lubuk phirana! Belum sempat korang nak berenang sahaja dan kena baham dengan phirana. Alamatnya nanti jadi bangkai ja la kat sungai itu.

Bercamping Dengan Singa Yang Tengah Mengamuk
Yang ini pun memang cara mudah untuk korang menamatkan riwayat korang dengan serta-merta dan sekelip mata. Dah tahu sang singa itu tengah dok mengamuk, apakehelnya korang pergi berkhemah pulak kat dalam kandang dia? Nak kena cakar? gigit? tidak pon korang teringin sangat dibaham singa.

Mendaki Gunung Berapi
Kata korang Gunung Kinabli dan Gunung Everest itu dah biasa dah orang daki serta membosankan! Apa kata cuba buat rekod baru pulak dengan mendaki gunung berapi yang tengah tunggu masa aje nak meletup. Tu Bukan rekod baru namanya tapi rekod kematian yang dituntut dekat hospital nanti! Belum sempat sampai puncak lagi korang dah lebur dalam larva gunung berapi yang hangat itu korang sangkakan sejuk!

Masak Nasi Menggunakan Periuk Api
Ha... kalau perbuatan ini memang takde amaran dah tubuh badan korang terus berkecai dengan rancaknye! Yang rajin sangat masak nasik guna periuk api itu sapa suruh? apa korang dah hilang akal ke? Memang le orang masak nasi guna perik tapi bukannya periuk api laa! Kononnya nak cipta kelainan la itu dalam sejarah dunia!

Buat Lawak Bodoh Dengan Pembunuh Bersiri
Korang memang nak kena bunuh la kalau korang dengan beraninye membuat lawak bodoh dengan seorang pembunuh bersiri yang kejam! Dah la buat lawak bodoh, korang siap tepuk-tepuk kepala si pembunuh bersiri itu lagi sambil gelak terguling-guling! Hmmm.. lepas ini tadah aje la badan itu untuk dilapah dan dikerat lima belas macam ayam kat shopping kompleks!


Kalau anda berjaya! Memang anda seorang yang paling digeruni serta respek akan diberi dengan tanpa segan silunye! Tetapi tidak berjaya! Jumpa lagi! hahaahha!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

20 October 2009

Kerja kuat.. Kerja bijak..

Antara kerja kuat dan kerja secara bijak.. kedua-duanya memang tidak bagus kalau niatnya kalau tidak betul..

Kerja Kuat Mengutuk
Orang yang kerja camni memang hari-hari dok kutuk pekerja lain macam semua orang tidak tahu buat kerja, serba-serbi tidak kena. Orang macam ini yang selalu berdamping dengan bos sebab dia nak tahu prestasi para pekerja tapi dia tidak tahu yang kat belakang dia pun dok kena kutuk kaw-kaw punya. Padan muka boss..

Kerja Kuat Membodek
Setakat bodek ala kadar senyum tawar mana la nak berjaya. Buat aa pun kena buat bersungguh-sungguh baru ler tercapai cita-cita. Kalau orang cium tangan korang cium kaki.. Kalau orang hulur bantuan korang hulur dengan rasuah serta duit kopi sekali.. Ada berani??

Kerja Bijak Mencuri
Korang kalau mencuri tanpa pakai otak orang pandang rendah tapi kalau korang mencuri secara kreatif, innovatif serta komprehensif maka anda akan disanjung tinggi.. Kalau kena masuk mahkamah pun keas ditutup sebab tidak cukup bukti dan korang dianggap tidak bersalah.. Tapi tunggu la kat akhirat kelak..

Kerja Bijak Menipu
Tidak guna belajar tinggi-tinggi kalau ilmu itu digunakan untuk menipu.. Kalau bodoh orang tidak akan tertipu, sebab bijak sangat ler ramai yang tipah tertipu.. Kena pulak zaman sibertron ini, lagi senang hidup orang-orang bijak pandai ini..

Kerja Kuat Buat-Buat
Kerja kuat tidak guna juga kalau bos tidak nampak, sebaliknya kalau bos korang nampak korang asyik kerja kuat sepanjang masa walaupun entah hapekejadahnya yang korang buat pun dia tidak tahu maka korang akan mendapat ganjarannya.. Ini Baru dikatakan bijak, bijak menipuu..


Jadi buatlah kerja bersungguh-sungguh serta berdedikasi.. jangan terlalu mementingkan diri sendiri serta untuk mendapatkan keuntungan sahaja.. tahu la korang mengaji tinggi tetapi jangan menipu di dalam bisnes serta apa-apa kerjaya sekali pon.. sebab sekali korang menipu, jikalau kantoi.. orang tidak percaya sudah!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 October 2009

Korang Memang Anak Manja..

Member korang seringkali mengatakan yang korang ini seorang anak manja.. tapi korang bukan anak yang manja! tapi member-member korang memang beriya-iya le cakap korang ini anak manja! Cuba korang baca artikel kat bawah ini dan lepas itu nilaikan dengan diri korang itu.. kalau korang langsung takde persamaan dengan apa yang aku nyatakan kat bawah ini.. korang boleh lah kata yang korang itu bukan anak manja kuat-kuat..

1) Korang masih lagi tidur dekat bawah ketiak emak atau ayah korang! Kalau tidak ade mak ayah, korang sure tidak boleh tidur dan seringkali akan menangis waktu malam-malam.

2) Mak ayah korang sentiasa kena dodoikan korang bila tiba time korang nak tidur malam-malam! Kalau tidak didodoi, sah-sah korang tidak akan boleh tidur punya. Kalau korang itu anak kecil yang berusia 10 tahun ke bawah, boleh le dimaafkan.. Masalahnya korang itu memang dah tua bangka dah, masih lagi perlu didodoikan bila nak tidur.

3) Mak korang perlu memandikan korang setiap kali time mandi! Korang tidak pandai nak mandi sendiri.. tidak tahu nak sabun dekat mana, syampu dekat mana.. pendek kata semua korang langsung tidak tahu buat ler..

4) Makan dan minum korang masih lagi disuap oleh mak korang.. kalau tidak disuapkan korang tidak lalu makan punya.. Macam budak kecik pulak tuh.. siap nagis lagi nak suruh disuapkan. sedarlah diri itu dah tua bangka! dah boleh kahwin pulak tuh oitt!

5) Bila kena kutuk dengan kawan-kawan, korang terus saje berlari balik ke rumah sambil menangis tersedu-sedu dan lepas itu korang pun apa lagi.. mengadu ler kat mak ayah korang dengan harapan diorang akan pertahankan korang dan balas balik apa yang diorang lakukan terhadap korang..

Sesungguhnya, jikalau benda ini masih ada lagi di dalam diri korang.. memang sah la!! korang memang anak manja dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa kawan-kawan mahupun member-member yang kutuk korang itu disebabkan perkara ini betul-betul berlaku dan bukannya satu penipuan yang melampau!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 October 2009

Niat itu sangat penting..

Semalam aku telah nyaris-nyaris kena saman dengan pihak polis yang naik kereta peronda sewaktu ku ingin pulang ke rumah kerana mempunyai emergency yang teramat sangat.. Jadi aku telah melanggar banyak lampu merah dengan niat dan tiada niat..

Apabila aku langgar lampu merah dengan tanpa niat kerana untuk sampai ke rumah sahaja.. tidak ada apa-apa berlaku.. masa trafik light akhir sekali aku langgar dengan mempunyai niat untuk melanggar lampu merah kerana lampu itu sememangnya sudah merah telah lama.. aku melihat kekiri dan kekanan.. belakang mahupun depan untuk melihat mempunyai polis mahupun tidak..

Aku lihat tiada kereta peronda mahupon perkara yang membolehkan kena saman.. jadi aku langgar lampu isyarat itu dengan niat yang mendalam sekali..

Tiba-tiba ada, ada siren polis.. aku ingatkan ada apa-apa kecemasan.. nampaknya dia tahan aku.. lalu dia tanya mana nak pi ni.. laju-laju dan tergesa-gesa.. aku kata ada emergency kat rumah.. nasib baik polis yang aku temui itu baik.. cakap punya cakap.. lepas juga akhirnya! hahahah!

Alhamdullilah.. jadi aku terlepas juga daripada kena saman RM300 kalau langgar lampu isyaraat.. betul ke RM300? ataupon RM200? ataupon RM150? aku pon sudah lupa maa sebab aku tidak pernah lagi kena saman sebegitu..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 October 2009

Pergaduhan dengan kawan?

Pergaduhan merupakah sesuatu perkara yang menyeronok bagi anda? kemungkinan tidak bagi sesetengah orang.. jikalau anda seronok bergaduh.. anda bukanlah orang tetapi sesuatu makhluk yang dianggap sebagai tidak siuman di atas muka bumi ini.. hehehe.. tetapi terdapat pelbagai-bagai punca yang menyebabkan pergaduhan ini boleh berlaku tambah-tambah lagi dengan kawan..

Semalam baru sahaja member aku gaduh dengan member dia.. siap bertumbuk-tumbuk lagi.. aku pergi la meleraikan disebabkan tidak ada perasaan puas hati diantara mereka itu.. aku lihat pon dah macam budak-budak hendak gaduh..

Budak-budak kan sebab perkara kecil pon sudah bertengkar.. lebih kurang macam gitu lah! aku pon naik pening dan heran.. keke!

Aku pon tidak tahu sangat apa puncanya.. cuma aku tahu perasaan tidak puas hati.. berdarah-darah habis muka di antara dua pihak.. nasib baik tidak seteruk lagi.. cuma lembam dan calar-calar sahaja.. dan tiada sesiapa yang cedera serius..

Tidak larat aku nak lihat perkara sebegini terjadi.. boleh dengan aku-aku sekali naik hangin disebabkan perkara sebegini..

Tapi, apa-apa pon mereka sudah kembali berdamai buat hari ini.. alhamdullilah.. syukur kepada kepada Allah S.W.T.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 October 2009

Tanda-Tanda Korang Obses Dengan Makanan Pedas

Sekiranya korang melepasi semua ciri yang tercatat secara tak formal macam dekat bawah ini, memang tidak syak lagi korang wajar diiktirafkan sebagai seorang yang mempunyai daya tahan kepedasan yang tidak boleh diragui lagi.. jadi mari kita baca dan teliti adakah anda seorang yang obses dengan makanan pedas ini.

1) Korang boleh sakit perut, demam ataupun kena serangan sakit jantung kalau tidak melantak makanan pedas dalam sehari.

2) Bukan setakat makan sahaja pedas, air minuman berjus korang pon berperisa pedas menyegat jugak.

3)Menu korang... pagi, petang, siang, malam memang tidak sah kalau tidak pedas dan pedas dan pedas dan pedas-pedas belaka.

4) Takde siapa berani untuk berkongsi makanan ngan korang pasal tahap kepedasan melampau yang hanya korang sahaja boleh tahan.

5) Korang mendapat gelaran di hujung nama. Contohnya : Man Cabai, Man Kari, Man Hangat, Man Api dan yang relevan dengannya bagi menggambarkan betapa korang memang hantu makanan pedas beb!

Jikalau ciri-ciri yang terdapat di atas adalah benar dan tidak selain yang dibenar-benarkan, anda memang merupakan peminat makanan pedas dan hangat!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 October 2009

Aku nak bela ayam?

Kat kawasan rumah aku ini ramai kawan-kawan bela ayam.. bermacam-macam jenis ayam dok ada di dalam kawasan reban mereka itu.. baru petang tadi aku turun sekali untuk mengubahsuai ataupon renovate reban ayam dan kawasan tempat ayam tuh.. nak kasi jadi sedikit..

Selepas penat membuat pengubahsuaian tempat kawasan tinggal ayam itu.. mereka pon sembanglah tentang ayam piliharaan depa itu.. macam-macam jenis ayam ada.. contohnya ayam kampung, ayam hutan, ayam laga.. dan macam-macam lagi.. aku bukannya tahu sangat tentang jenis-jenis ayam nie.. maklumnya baru saja bergiat-giat dalam memternak ayam nie.. kehkekekeke..

Dalam tengah dok sembang itu depa dok tanya aku.. "ang takmo bela ayam ka?" dan aku pon menjawab "tengoklah dulu cam mana". Depa kata lagi.. kalau nak cari tempat kat sini pon boleh.. ang cari kayu buat reban ayam.. dan cari ataupun beli ayam.. pastu buat la reban dan bagi ayam aku tinggal sekali ngan ayam depa..

Aku rasa cadangan itu ok juga.. ha la.. ambik pengalaman bela ayam.. betul tak? dari duduk sahaja tidak tahu hendak bela apa.. bela ayam la jawabnya.. wakwkakwakwka! nak bela bini x kahwin lagi.. adeh!!! dah-dah.. aku sudah merapu..

Apa-apa pon kita tengok dahulu.. jadi ke tidak aku bela ayam ni.. kalau jadi.. aku akan postkan gambar ayam aku.. wakwkakwak! ayat yang begitu poyo dan jora sekali!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3OH!3 - Don't Trust Me

Lagu yang paling best yang aku biasa dengar dengan rentaknya yang rancak gabungan genre Hip Hop & Indie & Rock & Hip-Hop/rap. Mungkin ada yang biasa dengar, tetapi yang belum dengar pasti ianya sungguh best.

Di bawah ini terdapat lirik lagu / lyric lagu / music ini. Layan jer!!

Black dress with the tights underneath,
I got the breath of the last cigarette on my teeth,
And shes an actress (actress),
But she ain't got no need.
Shes got money from her parents in a trust fund back east.
T-t-t-tongues always pressed to your cheeks,
While my tongue is on the inside of some other girls teeth,
T-tell your boyfriend if he says hes got beef,
That I'm a vegetarian and I ain't fucking scared of him.

She wants to touch me (Woah),
She wants to love me (Woah),
She'll never leave me (Woah, woah, oh, oh),
Don't trust a ho,
Never trust a ho,
Won't trust a ho,
Won't trust me.

X's on the back of your hands,
Wash them in the bathroom to drink like the bands.
And your setlist (setlist),
You stole off the stage,
Had red and purple lipstick all over the page.
B-b-b-bruises cover your arms,
Shaking in the fingers with the bottle in your palm.
And the best is (best is),
No one knows who you are,
Just another girl alone at the bar.

She wants to touch me (Woah),
She wants to love me (Woah),
She'll never leave me (Woah, woah, oh, oh),
Don't trust a ho,
Never trust a ho,
Won't trust a ho,
Won't trust me.

Shush girl shut your lips,
Do the Hellen Keller and talk with your hips.
I said, Shush girl shut your lips,
Do the Hellen Keller and talk with your hips.
I said, Shush girl shut your lips,
Do the Hellen Keller and talk with your hips.

Woah, woah, woah...

She wants to touch me (Woah),
She wants to love me (Woah),
She'll never leave me (Woah, woah, oh, oh),
Don't trust a ho,
Never trust a ho,
Won't trust a ho,
Won't trust me


Lupe pulak.. Untuk download lagu ini didalam version MP3 sila klik disini.

Lepas download dan dengar tuh.. comment-comment la ek..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 October 2009

Streamyx sekejap OK dan sekejap KO

Apa masalah streamyx tmnet a.k.a tmnut nie sebenarnya.. sekejap OK dan sekejap KO... aku pon naik pening dan bertambah hairan.. malam nie boleh tahan lajunya jugak streamyx aku nie.. kekekeke..

Best sedikit nak surfing nie.. kalau tidak macam hampeh jaaaa..

Baguslah kalau laju.. jangan jadi lembab balik cukup la.. aku naik hangin.. bayar mahal-mahal tapi kurang power dan kurang energy.. kira habis tension la aku dibuatnya..

Aku pon malas nak cakap banyak-banyak dah sebab internet dah ok.. kalau tidak ok.. mau aku hangin satu badan dan bara membuak-buak nampaknye.. hehehe..

Apa-apa pon bagi majulah sedikit Internet untuk Malaysia ni.. bagi rakyat-rakyat serta pengguna internet merasakan kelajuan yang luar biasa untuk broadband a.k.a berok banned streamyx..

Ok.. terima kasih juga kerana internet malam nie laju.. tuh je aku nak tulis.. tidak tahu nak tulis apa dah..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

01 October 2009

Ribut? Gempa Bumi? Tsunami?

Kemungkin internet jadi lembab disebab perkara ini kot yang berlaku sekarang.. kesian juga aku melihat mangsa-mangsa yang terlibat ini.. macam hendak pergi menolong, tetapi akan daya.. yang berlaku di Indonesia, Amerika Syarikat serta lain-lain tempat aku tidak berapa pasti.. hehe.. teruk tuh..

Mungkin dunia hendak akhir zaman.. siapa tahu? sebab benda ini berlaku lagi teruk dan teruk serta teruk dari sebelum-sebelum ini.. dan aku doakan supaya Malaysia dijauhkan daripada malapetaka yang dasyat itu.. semuanya kuasa Allah S.W.T. yang hendak menguji kita dan menghapuskan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab..

Dengan cerita dekat tempat aku ini iaitu di Georgetown, Penang berlaku gegaran.. tapi aku tidak rasai lagi.. mereka katakan buat masa sekarang iaitu dalam pukul 11.30 p.m. - 12.00 p.m. berkemungkinan tsunami akan berlaku di sini.. dengar macam gerun juga.. takut habis satu penang dia sampai.. tetapi harap-harap tidak berlaku perkara sebegitu..

Bermacam-macam malapetaka berlaku sejak akhir-akhir ini.. adakah disebabkan dengan sikap kita yang sering lalai dan melakukan maksiat di merata-rata tempat? Kemungkinan juga disebabkan itu..

Tetapi apa-apa pon benda yang wajib jangan ditinggalkan bagi setiap umat Islam.. nak online-online juga tetapi ingat tentang perkara wajib supaya tidak mendapat kemungkaran daripada Allah S.W.T....

Apa-apa pon berilah sedikit bantuan.. paling serius pon hulurkan simpati kepada mereka.. kerana ini juga mendapat pahala yang begitu banyak menolong orang di dalam kesusahan.. betul atau tidak? aku pon tidak berapa pasti nie.. hehehe!!!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Apa dah jadi dengan Streamyx HOI!

Internet connection aku makin lama makin lembab jadinya.. apa sudah jadi dengan streamyx? aku nak surfing pon dah terbantut macam BONTOT!! tengah dok membara nie..

Kenapa kau streamyx? makin lama makin slow kau.. dan makin mahal pula harganya.. tapi tidak berkualiti langsung.. aku bukan nak kutuk.. tapi dah kenyataan wei!!

Apa kualiti internet di malaysia? kata nak jadi rakyat yang bijak ICT? tapi barang ICT punya mahai dan melambung-lambung tapi kualiti tidak ada pon? setakat dok sembang tuh baik tak payah! buat abeh duit rakyat sahaja!!

Bila nak maju kalau cam nie.. aiseh!! broadband? BEROK BAND? macam gitu kot?

Ape-ape pon kemungkinan masalah teruk.. tapi tidak ada berita atau news pon yang dikuarkan oleh streamyx.. sekurang-kurangannya bagi la news ka apa ka.. boleh gak standby.. hUAhauhu!@#$%^&*()!!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!