Artikel Menarik

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan tidak lupa di seluruh dunia terutamanya yang selalu melawat blog aku ini. Ehem-ehem... Terima kasih banyak-banyak buat korang. HEHE!

Berapa lembu, kambing, unta yang akan tumbang kat kawasan korang pada tahun ini? Kat kawasan ini di dalam 3 atau 4 ekor sahaja. Itu semuanya ialah lembu. Aku pon kurang pasti sebab aku tak melawat lagi lembu-lembu tersebut. HEHE!

Kepada ahli keluarga korang yang ada pergi mengerjakan haji. Semoga perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Insyaallah!!! Aku teringin nak pi haji tapi apakan daya!!! duit tiada dan mungkin masih muda. Sesuatu hari nanti insyaallah!

Kalau ada daging yang lebih-lebih itu, sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan tau. Sebab pada hari raya aidiladha ini lah banyak akikah di lakukan. Semoga amal ibadat yang di lakukan mendapat rahmat.

Apa-apa pon selamat menyambut hari raya aidiladha dengan gembira!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment