Artikel Menarik

29 July 2011

Adab Makan Di Rumah Orang Kahwin

Aku nak kongsi sikit tentang adab makan di rumah orang kahwin ini... Berikut adalah tatasusila semasa menghadiri majlis jemputan ke kenduri orang kahwin... sila baca betul-betul sebelum melakukan dan jangan sesekali tidak beradab ketika makan di rumah orang kahwin tau! supaya anda tidak disalah anggap dan bermacam-macam lagi!

1) Jangan komplen secara terbuka kat tuan rumah cakap menu lauk-pauk tak sedap, air tak cukup manis ke, tak sejuklah.

2) Dah habis makan tuh, sila blah. Orang lain pun nak duduk makan jugak. Nak hisap-hisap rokok, borak-borak, sila bawak bangku sendiri dari rumah.

3) Makan kat tempat duduk yang dikhaskan untuk tetamu, bukan kat tempat hidangan pengantin ataupun masuk rumah tuan rumah sambil on TV.

4) Makan dengan gelojoh, sampai orang sebelah-menyebelah rasa menyampah lalu menempeleng korang patblas kali das.

5) Bawak kengkawan dalam seploh atau doploh orang yang tak diajak pun oleh tuan rumah. Melainkan korang memandai-mandai sendiri, konon nak bertemanlah.

Jadi beradablah ketika makan di rumah orang kahwin dan jangan pulak terlalu tamak dan gelojoh mengakibatkan ramai mata yang memandang walaupun korang rasa diri korang tidak diperhatikan... padahal ramai yang meliha...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment