Artikel Menarik

29 August 2011

Sehari Lagi Berpuasa

Hari ini kemungkinan hari terakhir berpuasa pada Bulan Ramadhan tahun ini... adakah anda semua puasa penuh? Jika penuh, BAGUSLAH!

Bermacam-macam perkara telah berlaku pada Bulan Ramadhan ini buat diriku kerana tahun ini tahun ke-2 aku berpuasa di rantauan iaitu bukan dekat dengan keluargalah... bukan kat luar negara... HEHE!

 Ditambah pulak dengan hujan lebat dan kerap-kerap apabila akhir Bulan Ramadhan ini dan membuatkan aku sejuk seketika.

Sesungguhnya Ramadhan merupakan hari yang bertuah bagi kita kerana pelbagai-bagai benda kebaikan boleh dilakukan untuk menambahlan amalan kita.

Ramadhan juga sudah sampai di penghujungnya dan kemungkinan ada yang merasa sedih dan ada juga yang merasa gembira kerana nak Raya.

Apa-apa pun semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T pada bulan yang mulia ini... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment