Artikel Menarik

16 September 2011

Langkah Mengurangkan Kemalangan Di Jalan Raya

Bermacam-macam kempen dan pelbagai-bagai benda dilakukan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya ini. Setiap kali berada di jalan raya pasti kita akan terdedah kepada bahaya. Untuk itu ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini. Langkah di bawah ini lebih kurang macam langkah keselamatan la juga. Cuma korang kena perlu faham lebih...

1) Pasangkan seberapa banyak iklan gambar-gambar kemalangan ngeri menggantikan papan-papan iklan yang tak patut berada di jalan raya.

2) Perbanyakkan lagi denda-denda yang ekstrem kepada pesalah lalu lintas seperti melarang mereka menaiki sebarang kenderaan selama setahun atau buat kelas di tepi highway selama mana yang mungkin.

3) Berikan penghargaan seperti bonus kad kepada mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan lalu lintas.

4) Sebelum memulakan perjalan tak kira jauh atau dekat pastikan semua pemandu menghadiri kelas etika pemanduan berhemat.

5) Cetakkan baju, name tag dan akhbar khas untuk pesalah-pesalah jalan raya dan wujudkan juga program realiti untuk memberikan kesedaran kepada mereka.

6) Buat bonggol atau bumper setiap 100 meter.

7) Memperbanyakkan lagi lampu isyarat.

8)
Buat jalan raya seperti trek roller coaster untuk mengelakkan pemandu mengantuk.

9) Letakkan gerai-gerai jualan di bahu jalan yang mana semua peniaganya terdiri daripada anggota polis dan JPJ.

10) Kurangkan cuti atau jangan bagi cuti langsung. Jika tidak bercuti maka mereka tidak akan ke mana-mana.

Jikalau tidak boleh juga langkah-langkah di atas ini... Aku pun tak tahu nak buat apa dah kerana mungkin penunggang dan pemandu degil kot dan merasakan highway itu jalan dia sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment