Artikel Menarik

03 November 2011

Rancangan TV Dulu Dengan Sekarang


Zaman la nih, ada berpuluh-puluh siaran TV (tapi yang berbayar le) sampai boleh termuntah-muntah nengoknya... takdak rupa zaman dulu weh.. dulu dan sekarang amat berbeza sekali... nak tahu apadia? mari baca di bawah ini...

1) Takdak siaran ulangan yang terlampau-lampau ulangannya, kalau dah terlepas nak tengok drama ke filem yang best jenuhlah nak tunggu, ntah bila bakal diulang siaran semula.

2) Rancangan realiti TV takdak, dan tak pernah terfikir akan wujud rancangan bentuk macam gitu. Dapat tengok artis nyanyi live masa tuh pun dah kira nasib baik.

3) Dalam seminggu tuh tak sah kalau takdak pengumuman nih kat kaca TV (ecehhh. kaca TV tu, otai punya ayat) "HARAP MAAF SIARAN TERGENDALA SEBENTAR..." Diiringi muzik latar yang syahdu.

4) Siaran habis jam 12 malam pastu kuarlah bintik-bintik hitam putih macam TV rosak sampai le ke pagi besoknya baru ada siaran balik.

5) Wajib ada lesen TV yang kena renew tiap tahun (ala-ala lesen mandu le), pastu ada pegawai yang akan buat rondaan untuk cek.

6) Takdak spesfikasi umur untuk jenis-jenis rancangan TV, terpulang pada mak bapak nak handle untuk bagi anak nonton ke tidak.

Dulu dan sekarang teramat beza, biasalah dunia sudah maju dan macma-macam perkara sudah berubah seperti rancangan tv.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

5 comments:

  1. boring la tonton tv.. melayari internet lagi baik punyeerr :)

    ReplyDelete
  2. banyak perbezaan antara zaman dulu dan sekarang...

    ReplyDelete
  3. eh..
    sama macam tv kat umah atok la..
    nak pinjam tak ??
    hahaha
    *tak de kene mngene c(=

    ReplyDelete
  4. tang lesen tu tak tahan siap bg frame lg :)

    ReplyDelete