Artikel Menarik

28 February 2011

Kuasa Misai

Salah satu benda yang membezakan lelaki dan perempuan ialah misai... tapi tak semua lelaki suka menyimpan misai. Mungkin rimas kot. Tahukan korang apakah kelebihan kalau korang ada misa. Antara sebab-sebabnya ialah...

1) Kelihatan garang dan boleh menakutkan orang terutama budak-budak kecil yang bertindak nakal.

2) Senang nak dapat kerja sebagai jaga atau pengawal keselamatan. Tak percaya cuba tengok diorang kat bank, kebanyakannya bermisai lebat.

3) Boleh buat segelintir perempuan terpikat kerana seorang lelaki bermisai dianggap aksesorinya lengkap.

4) Senang nak kenal andai di sesuatu tempat tuh ramai bernama yang sama. Contohnya Ahmad... disebabkan bermisai tebal mata digelar orang Mat Misai.

5) Nampak macho, maskulin dan kejantanannya terserlah jika terpampang misai melintang dan tebal.

6) Jika ada anak dara sunti akan membuatkan calon bakal menantu tak berani buat sembarangan.

7) Selalunya diberi keutamaan bila ada orang menyangka korang kelihatan bahai pegawai keselamatan atau sebaliknya.

Dengan adanya misai memang nampak begitu garang sekali dan menyebabkan banyak andainya yang akan di katakan oleh beberapa orang sekeliling tentang misainya itu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 February 2011

Tanda-Tanda Ayat Kemarahan

Kandungan perkataan dalam ayat yang dilafaz sudah cukup untuk aku tau ayat tu tanda kemarahan. Jadi, sebelum kena marah jangan la buat hal... jaga tingkah laku. Jangan marah haa... nanti cepat tua kerepot!

MAKWE
U ni bila I tanya je pasal khawin banyak sangat alasan. I dah naik menyampah dengar alasan-alasan U ni tau tak. Susah-susah sangat kita clash ajelah.

BOS
Kalau tau kerja tu banyak tak siap, sapa suruh keluar makan lama sangat. Tak boleh bungkus makan kat opis je ke?

CIKGU
Kalau rasa dah pandai sangat tak payah la buat bising time saya mengajar. Tolong keluar, jangan ganggu pelajar lain yang nak belajar.

KAWAN
Woi, kot ye pun pinjam barang aku tuh pandai-pandai la pulangkan balik bila dah guna. Jangan la nak buat macam harta mak bapak sendiri.

IBUBAPA
Dah tau benda maksiat yang ko buat ini salah, berani ko menconteng arang ye. Dah, berambus dari rumah ni! Buat malu orang tua aje.

JIRAN TETANGGA

Huh! Mak cik oi... awak tuh dah tua, laki pun dah takde. Dah tua buat la cara dah tua... tak payah la nak umpat dan jaja cerita orang. Esok susah takde orang nak tolong nanti.

PESAKIT
Eh, takde adab ke? Cakap tengking-tengkong, kalau tak nak layan orang sakit duduk rumah aje la. Nanti doktor datang saya report kat dia.

Ada lagi ayat lain jikalau nak marah, cuma korang perlu teliti ayat yang korang kena daripada sesiapa kat atas. Mesti ada terselit sesuatu makna yang korang akan paham ataupun tidak!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 February 2011

Yang Luar Biasa

Pernah tak korang rasa nak buat sesuau yang luar biasa dalam kehidupan harian. Kadang-kadang terpikir jugak nak buat tapi...

1) Buat rutin luar biasa, yang mana selama ini kalau ke dapur hanya untuk makan aje. Apa kata buat sesuatu yang luar biasa seperti basuh pinggan mangkuk, kendian susun ikut saiz kat rak, potong bawang, kentang, lap meja, mop lantai dan sebagainya.

2) Sahut kempen hijau dengan tengok pokok-pokok hijau kat taman setiap pagi atau buat taman kat rumah. Siram pokok bunga kat laman rumah serta laman jiran sebelah. Pokok tepi jalan pun siram sekali.

3) Ejek kengkawan yang boroi itu tak luar biasa, yang luar biasanya ialah kempiskan perut diorang dengan mencucuk perut diorang dengan jarum, Kasi keluar angin dalam perut tuh.

4) Andai tak kesampaian belajar kat over sea dan menjadi lawyer korang masih lagi menggapai gelaran sekan-akannya.. yang memang luar biasalah iaitu loyar buruk.

Korang fikir cara lain perkara yang luar biasa iaitu lain dari lain perkara biasa yang korang selalu buat dan cuba korang buat kat diri korang! Gerenti memang best! Gempak! dan Dasyat! BEB!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 February 2011

Tanda Korang Tak Pandai Masak

Sekarang ini, kaum hawa mesti tahu untuk masak kerana dia akan meendirikan rumah tangga dan hal ini amatlah perlu di ketahui. Akan tetapi ada juga yang tidak tahu memasak walaupun hendak ataupun sudah berumah tangga! Disini ada beberapa tanda korang memang tak pandai masak!

1) Peti sejuk korang sarat dengan makan sejuk beku yakni pek yang siap sedia dimasak, tinggal panaskan aje dalam oven.

2)
Perkara paling utama dibuat untuk memasak ialah cari orang gaji.

3) Korang masak air dan tak tahu camne nak tahu air itu dah masak ke belum sebab rasanya masih sama aje.

4) Korang masih rujuk buku resipi walaupun menu yang sama pernah dimaska dah berulang-ulang kali dan korang disahkan tidak menghidap penyakit nyanyuk ke atau yang sewaktu dengannya.

5)
Mak korang benar-benar memaksudkan yang korang tak panai masak masa rombongan datang hendak meminang korang.

6) Nak potong bawang pun korang terpaksa terpikir-pikir, nak potong bulat ke, tegak ke, melintang ke, kulit nak kena kupas ke. Aduuuu.. yai!

Jadi, kepada orang lelaki! carilah jodoh anda yang pandai memasak kerana tidak rugi dan boleh berjimat dalam pembelanjaan! NGEE!!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 February 2011

Pesan Bonda

Maka adanya telah berperi sang bonda kepada anakandanya pada suatu hari. Akan dendang pesannya adalah seperti arakianlah bunyi ingatannya. Semoga dapat juga menjadi panduan sekalian yang ada hendaknya.

1) Duhai anakandaku, jikalau tak tertanggung engkau menahan kesedihannya usalah dipendam di dalam hati nescaya matilah jiwamu kelak, merana badan. Hendaklah engkau menangis semahunya kerana ia dapat mengurangkan rasa gundah gulanamu serta mengurangkan gelsisah dirimu tapi jangan over sangat nanti orang kata mengada pulak.

2) Akan jika anakanda bergembira suka, tapi mengapa kalau hendak bergembira tertawa sampai terbahak-bahak jugak adanya selagi tidak sampai boleh membuat dirimu menjadi mudarat. Kelah yang rugi kamu jugak jika ditahan ke wad giler.

3) Jikalau meluap rasa amarahmu bagai tak tertahan lagi maka hamburkanlah dengan cermat kerana jika didiamkan maka menjadi bak api di dalam sekam, membakar dalam diam. Namun berpada-padalah dalam melepaskan marahmu, jangan anakanda pikerkan marah anakanda sorang aje. Silap hari bulan keluar surat khabar front page berita anakanda menetak orang dan orang menetak akanda.

4) Tetapi andainya wujud perasaan malu dalam sanubarimu wahai anakandaku, maka berhati-hatilah. Pilihlah langkah yang bijaksana, usah pulak anakanda berandi mempamerkan kemaluan anakanda itu, nanti dikata dek orang..... "Anak siapalah ini?" Buat malu bonda je.

Korang perlu beringat kerana pesan bodan amat berharga dan tinggi nilainya! Jadi janganlah derhaka kepada ibu sekalian dan patuhi nasihat mereka jikalau mereka memberi nasihat yang benar.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 February 2011

Perkara Yang Makin Kuat Terjadi Pada Orang Tua

Tak tau la nak kata apa... agaknya makin tua makin buang tabiat kot ataupun tension terlalu banyak kot tapi nak tension tentang apa? Lantak la, janji hepi dan jangan la sampai menyusahkan orang lain yang berada di sekeliling.

KUAT MENGUMPAT
Sebagai contoh satu hari pasti tak lengkap hidup ni kalau tak mengumpat anak jiran tetangga kepada jiran-jiran lain.

KUAT TIDUR
Sebagai contoh bila ditanya, "Mana ibu dan ayah kamu?" maka si anak menjawab, "Ada kat rumah; tidur," Sah la menunjukkan orang tua sekarang memang kuat... tapi kuat tidur.

KUAT BERJALAN

Bukan berjalan pagi-pagi, tu senaman namanya tapi makan angin. Tengok aje la kalau ada rombongan yang naik bas, yang pergi rata-ratanya orang tua.

KUAT BERTANDING
Dah tua-tua takde keja nak buat, time ni cari la kerja seperti tanam bunga, tukar langsir... kemudian cerita kat jiran kemudian gaduh dan kemudia masing-masing bertanding sampai pokai laki.

KUAT MEMBEBEL
Biasa la... anak, cucu dan cicit bertambah ramai maka secara otomatik orang tua akan kuat membebel, Macam-macam karenah anak, cucu dan cicit buat... cakap baik-baik memang diorang tak nak dengar, lepas kena bebel baru la diorang nak duduk diam.

Ingat! Tak semua orang tua sebegini, cuma ada sesetengah sahaja! Biasalah tuh! Lumrah kehidupan dan semua orang akan laluinya nanti! So, bersabarlah! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

22 February 2011

Apa Yang Lelaki Patut Tahu Pasal Perempuan

Kalau yang dah berbini tu mesti dah sedia tahu camne perangai isteri memasing tapi takdelah semua isteri kat Malaysia ini tak okey. By the way, yang takde calon atau tengah nak cari calon maka korang patut tahu supaya takde kena culture shock kalau jadi kat batang hidung sendiri nanti. Jadi, apa dia? Jom kita baca kat bawah ini.

1) Orang perempuan memang pandai nak berjimat cermat.

2) Tapi pantang nampak perkataan "sale", "diskaun" dan yang sewaktu dengannya... gatal je tangan nak beli walaupun tak penting.

3) Suka beli baju dan kasut yang mahal... yang ada jenama tapi tak pakai. Simpan dulu kot! Nanti kalau ada majlis yang sesuai baru pakai.

4) Walaupun masih banyak baju dan kasut yang masih okey untuk dipakai atau yang tak pakai lagi pun ada lagi tapi diorang tetap jugak nak beli.

5) Bila pakai baju baru korang puji penampilan diorang tapi diorang pulak tak percaya keikhlasan korang. Diorang sangka korang perli atau hanya nak ambil hati.

Tak semua perangai yang sama sebegini, cuma ada sesetengah sahaja. Untuk menjamin masa depan, kenalah pilih perangai yang ok sikit. Biasalah! Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

21 February 2011

Tak Salah Sekiranya Korang Hadiahkan

Kekadang nak pilih hadiah pun memingkan kepala, tak tahu nak pilih apa yang sesuai. Sebenarnya nak bagi hadiah ni kena ikhlas je... bagi la paa pun tau la seseorang tu nak memanfaatkannya bagaimana. Contoh yang paling famous dan terdekat ialah hadiah untuk awek.

RANTAI
Nak beli rantai emas memang la mahal. Tak semestinya korang kena bagi rantas emas, tak salah kalau korang bagi rantai basikal atau rantai motor. Nanti kalau tak digunakan boleh bagi bapak diorang untuk motornya.

KASUT
Nak membeli dan memilih kasut untuk perempuan memang korang susah punya nak mencari. Jadi tak salah jugak kalau korang hadiahkan kasut getah, pasal kasut ini bapak atau mak dia pun boleh guna untuk pergi motong getah.

BUKU RESIPI
Daripada korang hadiahkan novel tak salah kalau korang hadiahkan buku resipi. Walaupun buku ini takde guna untuk awek korang tapi emak diorang boleh guna untuk masak.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

20 February 2011

Tips Selamat Naik Teksi

Teksi merupakan salah satu pengangkutan awam untuk memudahkan semua orang bergerak. Masih ramai lagi yang tidak tahu beberapa tips agar selamat menaiki teksi. Antara tips agar selamat menaiki teksi ialah...

1) Sebelum menahan teksi pastikan tayar teksi tersebut ada empat, jika korang terlihat tayarnya tiga itu bukan teksi tetapi beca.

2) Korang juga perlu periksa jumlah kerusinya. Kalau korang rasa banyak sangat itu bukan teksi tapi itu adalah bas mini.

3) Tolong beritahu destinasi korang dengan jelas untuk mengelak pemandu teksi berkenaan menghantar korang ke tempat yang lain atau rumahnya.

4) Di pertengahan jalan kalau sedar arah destinasi korang salah, janngan malu untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan.

5) Pastikan diri korang sudah masuk dan duduk dalam teksi baru bagi isyarat kepada pemandu untuk bergerak.

6) Jangan lompat dari teksi gara-gara nak terlepas dari membayar tambang kerana ini akan menyebabkan kemalangan.

7) Jangan tidur dalam teksi, besar kemungkinan meter teksi akan diubah.

8) Pastikan tambang ke destinasi yang dituju relevan dengan meter teksi.

Korang semua perlu tahu tips yang berguna ini supaya korang selamat menaiki teksi dan berjaya sampai ke destinasi tanpa tersalah arah dan bermasalah!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 February 2011

Jawapan Selamat SMS

Bukan sesaja tak nak balas tapi kerana ada sebab tertentu atau terlupa maka alasan lambat membalas mesti la relevan agar perhubungan tidak renggang. Bukan temberang atau menipu tapi berhelah sambil menutup kelemahan diri agar tak terdedah. HEHE!

KALAU YANG SMS ITU ADALAH EMAK ATAU AYAH
ALASAN : "Maaf la mak, ayah... henpon dalam beg tadi. Ni baru teringat nak call tapi emak dan ayah dah SMS dulu."
PADAHAL : Tidur sampai pukul 12 tengah hari pasal tuh lambat balas SMS ibu dan ayah.

KALAU YANG SMS ITU COUPLE
ALASAN : "Bateri henpon habis, charger pulak tertinggal kat opis. Ni baru lepas pergi ambik, lepas charge terus balas SMS awak."
PADAHAL : Keluar pergi tengok wayang dengan kapel lain, takut kantoi henpon diOFFKan.

KALAU YANG SMS ITU KAWAN SEJENIS
ALASAN : "Sori la, kredit aku takde nak balas, ni lepas topup baru boleh balas. Aku khabar baik, ko pulak macam mana?
PADAHAL : Time tu bukan takde kredit tapi asyik berbalas SMS dengan teman. So SMS kawan sejantina tak nak layan tapi bila dah boring baru sibuk cari member.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H Masihi 2011

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul ke 1432H Masihi dan pada tahun 2011.

Mari kita mengembalikan zaman kegemilangan Rasulullah! dan juga lupa selawat ke atas Baginda dan menghadiri perarakan dan majlis-majlis ilmu yang di adakan kerana banyak ganjarannya nanti!!!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 February 2011

Google Sambut Valentime?

Google hari ini menukar image Google yang selalu di pakainya berbentuk tulisan biasa yang berkaler-kaler kepada image Google berbentuk Valentime!

Kiranya macam mengalakkan valentine pada hari ini! Jadi umat Islam jangan mudah terperdaya dengan hari valentine. Kenapa? Sebab ia mengalakkan perzinaan yang kita semua sudah ketahui iaitu di murkai oleh ALLAH S.W.T.

Jadi, janganlah mudah terpecaya dan menyambut hari ini kerana tidak elok oleh orang Islam. Sekadar mendengar dan mencegah kawan jikalau ada yang menyambutnya.

Jadi, jangan terikut-ikut sangat dengan kafir laknattullah itu! Sekian!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

13 February 2011

Fakta Tentang Kala Jengking

Cuba teka, apakah haiwan paling berbisa? Ermm, ramai yang menyebut ular... tetapi tahukah korang bahawa satu daripada haiwa berbisa ini adalah kala jengking. Kala jengking terkenal dengan sengatan yang terletak di hujung ekor.

So, aku nak cerita sedikit tentang biodata ataupun fakta sedikit tentang kala jengking kat sini! HAHA!

1) Terdapat 2000 jenis kala jengking di bumi ini. Namun hanya 30 hingga 40 jenis sahaja yang berbisa sehingga boleh membawa maut.

2) Kala jengking merupakan haiwan karnivor berkaki lapan.

3) Kala jengking hanya berada di dalam batu semasa siang hari dan mmula memburu apabila malam.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 February 2011

Fakta Tentang Nyamuk

Bunyinya di waktu malam boleh menganggu tidur yang nyenyak. Di tambah pula gigitan yang mendatangkan gatal dan juga rasa tidak selesa. Kesannya membuatkan kulit kita terasa gatal sehinggalah meninggalkan alergi seperti kemerah-merahan. Malah lebih malang sekiranya gigitan tersebut membawa penyakit yang berbahaya seperti denggi dan malaria.

Jadi, jom kita lihat fakta-fakta yang menarik tentang nyamuk neyh!

1) Cuba teka! Nyamuk ada berapa kaki? Ya betul! Nyamuk mempunyai enam kaki!

2) Nyamuk jantan lebih ringan berbanding nyamuk betina.

3) Hanya nyamuk betina yang mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan itu.

4) Nyamuk suka warna hitam! Jadi jangan pakai baju hitam dan berada di tempat gelap untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk.

5) Nyamuk suka menyerang manusia ketika bulan penuh.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 February 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Selamat Tahun Baru Cina / Happy Chinese New Years / Gong Xi Fa Chai kepada semua Chinese di seluruh Malaysia ataupun seluruh dunia! Semoga mereka dapat merayakan bersama dengan keluarga tersayang!

Jangan lupa bagi ANGPOW itu penting! HAHA!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!