Artikel Menarik

18 September 2011

Ayat Kutuk Yang Tak Boleh Diampun

Berikut adalah ayat mengutuk yang makan dalam sedalamnya, kalau terkena sekali kat batang hidung mulut telinga sendiri, rasa macam nak ambik lesen membunuh je... sebab apa? sebab ayat ini meninggalkan kesan yang teramat sangat sehinggakan membuatkan anda jadi gila sebentar... HAHA!

1) "Sungguh menakjubkan kerana fikiran kau macam peti ais, selalu tertutup."

2) "Tahniahlah! Aku rasa kau adalah bukti yang manusia boleh hidup tanpa otak mahupun akal."

3) "Kalau bodoh merupakan hal yang membahagiankannya, kau sangat beruntung."

4) "Tiba-tiba aku teringat sangat kat kau, masa tu aku kat zoo tengah tengok monyet."

5) "Aku percaya kamu bukannya bodoh tapi orang lain tak percayakannya."

Memang terasa dalam sedalamnya dengan ayat di atas ini... ayat di atas ini sesuai untuk kenakan kawan korang ataupun korang memang tak puas hati dengan kawan korang tetapi malas nak marah... cuma beri ayat makan dalam je.. lepas tuh pandai-pandai dia terasa... kalau tak terasa juga aku tak tahu nak kata apa.. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 September 2011

Tanpa Sedar Korang Sebenarnya Merbahaya

Berikut adalah keadaan luar sedar yang berlaku kat diri korang yang secara tak langsung membawa pengaruh luar biasa bahayanya kepada orang lain.

1) Korang bawak kereta macamlah korang tuh pelumba Formula One dan lebih parah sebab menganggap jalan raya tu litarnya.

2) Korang minum alkohol sampai memudaratkan diri tuh lantaklah tapi bila masih tak sedar diri nak bawak kereta dan pandu macam ...tut... (boleh isi sukahati dengan perkataan yang sesuai).

3) Memang tak kisah dengan tahap kesihatan diri tapi tengoklah orang sekeliling. Tak pasal-pasal jadik pengguna pasif yang kemungkinan boleh kena dek asap rokok korang tuh.

4) Makan pisang pastu selamba saja buang kulitnya merata-rata. Takdak kesedaraan sivik satu hal, boleh menyebabkan orang jatuh tergolek dah tentu.

5) Melintas rel kereta api... yang ini dah sah-sah merbahaya kepada nyawa sendiri. Tak tahu nak kata apa dah dengan orang macam nih...

Setiap pembuatan haruslah dimulakan dengan niat tetapi kalau kes seperti di atas ini mereka main bedal je... mereka fikir mereka selamat padahal tidak...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Langkah Mengurangkan Kemalangan Di Jalan Raya

Bermacam-macam kempen dan pelbagai-bagai benda dilakukan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya ini. Setiap kali berada di jalan raya pasti kita akan terdedah kepada bahaya. Untuk itu ikut sahaja langkah-langkah di bawah ini. Langkah di bawah ini lebih kurang macam langkah keselamatan la juga. Cuma korang kena perlu faham lebih...

1) Pasangkan seberapa banyak iklan gambar-gambar kemalangan ngeri menggantikan papan-papan iklan yang tak patut berada di jalan raya.

2) Perbanyakkan lagi denda-denda yang ekstrem kepada pesalah lalu lintas seperti melarang mereka menaiki sebarang kenderaan selama setahun atau buat kelas di tepi highway selama mana yang mungkin.

3) Berikan penghargaan seperti bonus kad kepada mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan lalu lintas.

4) Sebelum memulakan perjalan tak kira jauh atau dekat pastikan semua pemandu menghadiri kelas etika pemanduan berhemat.

5) Cetakkan baju, name tag dan akhbar khas untuk pesalah-pesalah jalan raya dan wujudkan juga program realiti untuk memberikan kesedaran kepada mereka.

6) Buat bonggol atau bumper setiap 100 meter.

7) Memperbanyakkan lagi lampu isyarat.

8)
Buat jalan raya seperti trek roller coaster untuk mengelakkan pemandu mengantuk.

9) Letakkan gerai-gerai jualan di bahu jalan yang mana semua peniaganya terdiri daripada anggota polis dan JPJ.

10) Kurangkan cuti atau jangan bagi cuti langsung. Jika tidak bercuti maka mereka tidak akan ke mana-mana.

Jikalau tidak boleh juga langkah-langkah di atas ini... Aku pun tak tahu nak buat apa dah kerana mungkin penunggang dan pemandu degil kot dan merasakan highway itu jalan dia sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 September 2011

Tanda-Tanda Terlebih Tonton Sinetron

La nih bukan main bersepah drama-drama Indon kat TV Malaysia. Tak kira pagi, tengah hari, petang, senja, malam lebih kurang sama sahaja ceritanya. Berderet-deret dramanya sampai tak tertengok buatnya. Di bawah ini terdapat tanda-tanda korang terlebih tonton sinetron...

1) Korang buat aksi terkejut dengan mimik muka yang super-duper over yakni mulut ternganga luas dan bijik mata dibeliakkan sampai nak terkeluar.

2) Berupaya berbahasa Indonesia dengan fasih dan dalam masa yang sama lupa berbahasa Malaysia pulak dah.

3) Laki balik mengamuk tak hingat sampai nak bakar TV pasal korang masih belum masak dek terlalu leka menonton.

4) Memanggil laki dengan panggilan "mas" sampaikan orang tua tuh terteleng-teleng kepala mencarik sapa orangnya yang korang panggil tuh.

5) Kalau dulu berlaku trend memberi nama anak sempena nama-nama artis tempatan cam Zena, Era, Nora, Lisa dan sebagainya maka kali ini nama-nama pelakon drama sinetron pulak yang menjadi pilihan.

Pelik bukan? pelik-pelik pon dah jadi macam biasa je... Biasalah mungkin drama tempatan kurang laku kot ataupun kurang laris... tetapi bagi aku drama malaysia lagi best... HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 September 2011

Di Sebalik Surat

Pernah dapat surat? Pernah baca surat? Pernah bagi surat? Pernah ambik tahu perkara di sebalik sepucuk surat? Nak tahu perkara yang ada di sebalik surat? Sila baca surat, Eh! Sila baca...

1) Posmen selalu dilihat menghantar surat ke rumah akan tetapi belum pernah terlihat surat menghantar posmen ke rumah bilamana posmen menghadapi masalah di jalan raya.

2) Walaupun di setiap surat adanya setem yang mempunyai harga tertentu, korang sesekali tidak dibenarkan mengantikan gula-gula dengan setem walaupun harganya sama.

3) Surat yang paling ditunggu-tunggu adalah surat dari kekasih hati dan surat yang paling digeruni ialah surat dari bank yang mengatakan bahawa kereta korang akan ditolong tarik secara berhemah.

4) Surat layang, burung layang-layang dan bermain layang-layang di petang hari adalah tiga perkara yang berlainan. Jangan sesekali menyuruh burung layang-lyang menghantar surat layang sambil bermain layang-layang.

5) Melekatkan setem kepada surat khabar tidak sesekali akan mengubah surat khabar menjadi surat biasa dan bertanya khabar kepada surat khabar adalah perkara sia-sia.

6) Maksud tersurat adalah bukan sejenis surat rasmi, mahupun bukan surat rasmi yang boleh ditampal setem.

Oleh itu terdapat banyak maksud surat di sebalik surat tersebut... Anda memahami atau tidak itu terpulang kepada anda... yang penting surat yang dihantar sampai dirumah bukan ketika anda berada di shoping kompleks.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Banyak Rumah Terbuka

Banyak rumah terbuka masa raya minggu ke dua ini sampai aku tak tahu mana nak pergi...
Semua rumah terbuka pun daripada member-member aku daripada sekolah rendah sampai tempat sekarang aku belajar ini...
Best jugak sebab aku dapat makan FREE! HAHA!..
Adakah makan FREE? tajuk utama untuk raya ini? Aku rasa tidak... sempena raya ini kita berkunjung rumah terbuka kerana untuk mengeratkan silaturahim di antara rakan-rakan dulu yang sekian lama terpisah...
Masa inilah kita nak bertemu berkembali kalau tidak hari-hari lain... betul tak?

Kepada yang sudah besar tuh jangan nak pergi Raya Rumah Terbuka nak duit raya sebab korang ingat korang itu kecil lagi ker? dah besar panjang dah pun!!! cuma tak bekerjanye tak lagi... betul tak? (aku main teka ja) HAHA!

Oleh itu semoga anda bergembira di hari raya ini walaupun sudah masuk minggu ke dua...

Pssst : Nanti jangan lupa yang mana tinggal puasa tuh ganti balik yer! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!