Artikel Menarik

26 November 2012

Cara Mengatasi Gigi Kuning

Menghadapi masalah gigi kuning, jangan susah hati lagi. Ikuti tips di bawah ini bagi mengatasi rasa rendah diri lantaran gigi yang berwarna itu...

1) Bangun pagi gosok iggi, lepas makan gosok gigi dan amalkan menggosok gigi sebelum tidur. Gigi anda kemungkinan tidak akan bertukar menjadi putih tetapi lebih bagus dari menjadi rongak dan berulat.

2) Amalkan makan sirih supaya gigi anda tidak lagi kaler kuning tetpai bertukar kepada kaler lain pulak iaitu kaler merah.

3) Cubalah tersenyum tanpa perlu menunjukkan gigi, jadi tidak sesiapa yang tahu tahap kekuningan gigi anda itu.

4) Tukar dan ganti dengan gigi emas. Kalau orang kata kuning pun emas. Agak kalau sudah pokai, boleh jugak gadai.

5) Cubalah berkumur dnegan cecair peluntur warna pyulak. Kalau anda "jalan" sudah tidak ada masalah dan kerisauan berkenaan dengan gigi kuning lagi. Maklum la... sudah ke rahmatullah.

Jadi cara mengatasi gigi kuning ini adalah cukup senang dan mudah untuk semua dengan mengikuti tips-tips di atas ini dengan teliti serta cermat dan tidak perlu gopoh-gapah untuk mendapatkan gigi yang cantik dan berkilat gitu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tanda Muka Tidak Lawa

Kecantikan itu hanyak luaran sahaja. HEHE! Ayat penyedap hati ini. Apa pun, yang paling penting, anda kena sedar diri muka itu tidak lawa. Oleh itu, yang paling terpenting anda kena belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus dan sudah tentu gaji pun cukup bagus. Jadi, masa itu pasti dan yakin muka anda boleh direkeman dan ekjas jadi cantik, cun melecun sehinggakan air liur orang tengok. Ada duit, semua boleh jadi wooo...

1) Guna gambar artis Korea, kucing, kereta atau seumpamanya sebagai gambar di profile di Facebook.

2) Dalam gambar orang selalu salah sangka muka dan susuk tubuh anda sebagai entiti asing.

3) Anda akan bagi macam-macam alasan bila kawan Facebook yang tidak kenali ajak dating.

4) Motto hidup anda adalah "Bersyukur dengan apa yang ada".

5) Anda blind date dengan kawan Facebook yang tidak dikenali, dia terus block anda lepas keluar date itu.

Betul ke dengan statement di atas ini? Anda salah sorangnya? Ataupun bukan? Kalau anda apa yang perlu anda buat? Sebarang cadangan atau komen? Sila adukan dibawah ini. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tips Pipi Nampak Gebu

Ramai wanita / perempuan gemarkan pipi yang gebu, montel, comel walaupun mempunyai badan yang kurus tetapi kebanyakkan senang mendapat pipi gebu ini ialah wanita / perempuan yang mempunyai badan berisi sedikit. Oleh itu disini ada beberapa tips untuk membuat pipi nampak gebu...

1) Makan tanpa ada rasa hendak diet iaitu tiga kali sehari.

2) Tarik pipi itu setiap kali anda semua berehat atau tidak ada kerja untuk mengisi masa lapang.

3) Makan gula-gula, coklat banyak-banyak sampai mendatnagkan sakit gigi dan gusi... ia boleh membuatkan pipi nampak gebu.

4) Mekap pada bahagian pipi biar nampak tebal.

5) Kemam sahaja nasi di dalam mulut, rasa dan boring ataupun bosan barulah telan... selama itu pipi akan nampak tembam dan gebu.

6) Mintak sesiapa sahaj tumbuk pipi anda itu. Kalau tidak berani, tumbuk sahaja sendiri. Pasti akan gebu!

Anda sudah cuba tips di atas ini? Macam mana? Sudah ada perubahan? Kalau ada sila tinggalkan komen sedikit!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kehebatan Filem

Setiap filem yang diterbitkan mesti mempunyai kehebatan dan identiti tersendiri mengikut cerita, pelakon atau di mana ia dibuat sehingga dapat mengumpulkkan pengikut serta penontonnya yang tersendiri. Mari layan antara kehebatan filem yang ada ini...

HOLLYWOOD
Dengan hanya seorang hero yang berbekalkan wajah kacak ia mampu menghancurkan sebatalion askar tanpa cedera parah dan heronya terlalu hebat sehingga pandai dalam segala bidang. Banyak juga superhero yang lahir dalam filem-filem hollywood ini tetapi kebanyakkan tetap tewas kepada cinta. Hebat bukan?

CINA
Heronya yang sungguh cekap dalam aksi seni mempertahankan diri, boleh terbang, bergaduh dan membelasah pihak musuh dengan sekelip mata sahaja. Filem cina ini juga mempunyai banyak kumpulan kongsi gelap yang sungguh ganas tetapi sayang ia tetap tewas kepada kuasa cinta.

TAMIL / BOLLYWOOD
Seorang hero mampu menentang dan menggulingkan kerajaan yang korup, mampu bergaduh dengan pihak lawan seorang diri tanpa menggunakan senjata canggih, juga pandai menari di mana-mana dan bermacam-macam tarian dan gerenti terjerat dek cinta untuk pengakhiran yang bahagia.

INDONESIA
Mampu membuat cerita-cerita fantasi dan seram serta tahyul melampau meleret-leret sehingga mampu membuat ramai penonton yang lupa ada tugas sebenar mereka.

MELAYU
Selalu bertemakan tentang perebutan harta pusaka, adengan curang dengan pasangan, cinta terhalang atau pandai meniru dari filem-filem asing. Mempunyai kisah cinta yang hebat ketika muda dan berjumpa kembali pada usia tua sehinggakan membawa kepada beratus-ratus episod. Silap-silap ramai penonton membesar dengan satu-satu cerita.

Banyak kali kehebatan filem yang kita boleh lihat dan tonton daripada setiap filem daripada pelusuk dunia untuk tatapan anda ttapi kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang agak sama walaupun aksi dan adengan filem yang lain sedikit daripada biasa...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 November 2012

MyInovasi2012 : Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari

Pertandingan inovasi ini adalah satu program panji mercu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti demi manfaat kepada masyarakat. Pertandingan inovasi ini terbuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti. Sekiranya bersesuaian, penganjur menggalakkan supaya program pertandingan ini diserapkan ke dalam aktiviti pembelajaran dalam kursus kokurikulum yang berkredit di institusi masing-masing.

Tema Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari memaparkan hasrat dan semangat yang mengharapkan setiap inovasi yang dihasilkan oleh pelajar sentiasa berpaksikan kepada niat dan aspirasi untuk berbakti kearah mewujudkan sebuah masyarakat yang lestari.

Kumpulan kami My-ZUT1-2012 membuat inovasi yang bertajuk "MESIN PENCUCI BOTOL KACA" untuk kemudahan para Industri Kecil Sederhana untuk mencuci botol kaca kerana kebanyakkan industri kecil yang menggunakan botol kaca sebagai produk keluaran mereka perlu mencuci botol kaca secara manual dengan menggunakan air, berus dan kemungkinan pisau untuk membuang label di luar.

Botol terpakai ini lebih murah berbanding botol yang telah dibeli dan hal ini botol yang baru kebanyakkan digunakan oleh industri yang besar dan kemampuan untuk Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk membeli botol baru kemungkinan akan menyebabkan tidak mendapatkan keuntungan daripada hasil jualan mereka.

Oleh itu, kumpulan kami semas di Zon Utara yang diadakan di Politeknik Seberang Perai (PSP) yang bernombor My-ZUT1-2012 telah mendapat geran untuk kali ini untuk melakukan projek dan seterusnya layak untuk ke peringkat Nasional sebanyak RM5000.

Alhamdullilah, dengan duit geran ini kami dapat menampung untuk membiayai projek ini untuk kegunaan Semester 6 untuk membuat projek akhir kami dan sedikit sebanyak hanya menggunakan tenaga pekerja sahaja dan mengenai duit kami tidak lagi risau untuk memberi komponen atau barang projek.

Peringkat seterusnya kami bernombor My-INOVASI-04 yang menggunakan nombor id baru untuk kegunaan peringkat nasional yang akan di adakan di Dewan Za'ba,Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada 28-29 November 2012 yang bersertakan 2 m/s Poster bersaiz A1 dan juga 2 minit Persembahan Multimedia sama ada Klip Video atau Animasi berkenaan inovasi yang dicadangkan.

Kesemuanya telah siap dibuat dan dihantar. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar dan kami juga mengharapkan kemenangan milik kami. Insyaallah. Kami akan cuba terbaik. Doakan kejayaan kami disana nanti. Amin....
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 November 2012

Cuti Dan Tamat Semester 5

Hari ini merupakan hari yang terakhir aku pada Semester 5 di Politeknik Seberang Perai (PSP) dengan pelbagai dugaan serta perkara yang perlu dirempuhi dengan penuh onak duri. HEHE!

Semester 5 aku merupakan semester yang paling padat sekali pada diriku kerana semester ini pelbagai benda yang kena dilakukan dan perlu diselesaikan ditambah pula sibuk dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan agak membosankan.

Ditambah pulak dengan Proposal Projek yang kena dilakukan serta sibuk membuat design bentuk projek dengan menggunakan Autodesk Inventor dan juga terpilih di dalam MyINOVASI2012.

Bertambah-tambah sibuk sebagai seorang pelajar di hujung-hujung semester kerana perlu melakukan projek dan study serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pelajaran.

Pada semester ini aku mengambil sebanyak 4 kertas peperiksaan terakhir iaitu Thermodynamics 2, Industrial Management, Engineering Mathematics 4, Pnuematics & Hydraulics. Kesemua subjek/kursus di atas ini agak "killer" jugalah. Berpinau mata dan kepala otak aku nak study semua ini.

Tambahan pula, aku mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pada sesi November 2012 ini dan aku katakan agak mencabar juga peperiksaan MUET ini kerana aku tidak begitu menguasai Bahasa Inggeris / English Language dengan begitu sempurna lagi.

Aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar dan tiada cacat cela yang telah aku lakukan sepanjang aku belajar pada semester 5 ini untuk terus petgi ke semester 6 ini dengan jayanya. Amin....
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 November 2012

Di Sebalik Harimau Bintang

Kali ini aku hendak memperkenalkan sejenis lagi haiwan yang jarang-jarang dapat dilihat dan seboleh-bolehnya tidak mahu dilihat kecuali di zoo sahaja kepada anda...

1) Harimau bintang memiliki corak bertompok gelap pada kulitnya untuk penyamaran walaupun ia bukanlah bekerja sebagai ejen perisik.

2) Ia mampu membawa binatang buruannya ke atas pokok untuk mengelakkan daripada dirampas haiwan lain. Ini bermakna ia bukanlah memanjat pokok untuk mencuri rambutan.

3) Corak pada kulit harimau bintang adlaah berbeza dengan yang lain seperti cap jari manusia. Tetapi itu tidak bermakna ia boleh digunakan untuk mesin pengesahan cap jari.

4) Harimau bintang adalah haiwan maging iaitu makan daing tetapi ia tidak sekali-kali memakan daging masak kurma ataupun dading rendang di Hari Raya.

5) Walaupun namanya harimau bintang, ia bukanlah seorang bintang pujaan ramai ataupun pernah menaiki kapal angkasa dan pergi ke bintang.

Harimau bintang ini anda mungkin dapat dilihat melalui zoo dan corak pada badannya amatlah cantik kerana bertompok-tompok. Anda mungkin sudah kenal dengan harimau bintang ini kan? Siapa yang tidak tahu harimau bintang? Sila komen di bawah ini dengan segera.. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Soalan Sejarah Yang Tidak Masuk Akal

Memang ramai daripada kalangan kita yang tidak minat langsung menkaji tentang sejarah walaupun kita sepatutnya perlu tahu bahawa sejarah dicipta setiap hari sampai sekarang ini. Andai kata kalau anda masuk ujian mahupun peperiksaan sejarah dan dapat soalan macam ini, apa agaknya jawapan anda?

1) Pukul berapakah Parameswara menemui Melaka?

2) Siapakah nama orang yang memasang tayar Kereta Nasional pertama Malaysia?

3) Berapakah nombor plat kenderaan kawan baik Menteri Pertanian pertama?

4) Apakah jenama pen yang digunakan untuk menulis deklarasi kemderkaan Tanah Melayu?

5) Senaraikan nama orang yang tidak dapat hadir semasa upacara kematian J.W.W. Birch?

Kalau macma soalan ditanyakan pada anda seperti soalan diatas, apakah perasaan anda? reaksi anda? jawapan anda? terutamanya diwaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek Sejarah.. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kalau Semua Orang Jadi Kaya

Pernah atau tidak anda terfikir kalau semua orang di dalam dunia ini kaya-raya belaka, apa yang akan terjadi agaknya? Makin aman dunia ke? Ataupun makin huru-hara ke? Kalau semua orang jadi kaya, apa yang jadi agaknya? Kaya pula hendak jadi apa? Mari kita baca di bawah ini jikalau semua orang hendak jadi kaya-raya...

1) Semua orang berebut-rebut hendak buat rumah sebesar kilang beras. Silap-silap ada yang buat rumah yang sama tinggi dengan gunung everest.

2) Koleksi kereta setiap seorang mesti tidak kurang sepuluh jenis. Ada pulak yang sanggup beli keretapi hendak bagi saham diri itu tinggi.

3) Inflasi makin naik sebab duit kecil-kecil sudah tidak ada nilai. Setakat not limat ringgit itu budak-budak buat main kuda longkang sahaja.

4) Masalah berebut harta tetap ada sebab manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada di dalam hidupnya.

5) Tidak ada sesiapa yang sanggup kerja buruh. Semua orang sibuk mencari siapa yang hendak kerja berat. Siapa yang nak, ye tak?

Kalau semua orang jadi kaya, kemungkinan huru-hara lebih banyak terjadi daripada perkara baik yang akan terjadi. Kenapa? Tanyalah diri anda sekarang ini, anda kaya ataupun tidak? Kalau anda kaya, anda hendak buat kerja yang susah ke tidak? Tetapi sebelum kaya anda buat kerja susah dulukan? Ataupun memang anda sudah kaya dengan harta warisan pusaka nenek moyang. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Sebab-Sebab Berpoligami

Walaupun isu poligami sudah lama surut, tetapi tidak semestinya tidak ada lelaki yang berangan hendak berpoligami. Cuba tanya diorang, apa agaknya sebab diorang beriya-iya hendak berpoligami sangat itu ye? Kenapa mesti poligami? Kenapa bukan origami atau apa-apa sahaja?

IKUT SUNNAH NABI
Alasan paling popular yang dikemukakan oleh kaum suami kepada isterinya mahupun sesiapa sahaja yang bertanya tentangnya...

MENYELAMATKAN WANITA TERANIAYA
Rasa kasihan dengan wanita-wanita yang selalu teraniaya. Tetapi kenapa yang bunjang, bukan janda?

ADA KEMAMPUAN
Duit banyak sangat dekat dalam bank. Memang mampu dari segi zahir apatah lagi batin.

BINI TIDAK BERANAK
Sunyi sebab tidak ada anak daripada bini pertama. Kalau yang kedua pun tidak beranak juga, carilah yang ketiga.

SEBAB SERONOK
Saja suka-suka hendak rasa hidup berpoligami. Memang terlingkuplah anak bini anda nanti!

Begitulah sebab-sebab berpoligami yang mungkin dijawabkan oleh sesiapa sahaja kenapakah berpoligami? Kemungkinan ada juga jawapan yang lain yang lebih hebat lagi daripada anda? Boleh kongsikan bersama kami.. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

02 November 2012

Masa Terasa Cepat Bila

Selalu kita dengar dialog ini... "Cepatnya Masa Berlalu"... Terungkap selalunya apabila tengah seronok-seronok, jarang berlaku ketika tengah sedih bukan? Pastikan anda pun turut terasa sebegitu rupa. Jadi contohnya masa terasa cepat apabila...

1) Tengah baru berkenal-kenalan... bila keluar dating itu rasa sekejap sahaja rasanya.

2) Melihat kawan sebaya sudah hendak kahwin, lagi sadis apabila ada yang sudah ada anak.

3) Baru dapat gaji... eh, tidak sampai sejam sudah hendak habis duit buat belanja.

4) Hari Ahad, tetiba sahaja sudah hendak masuk hari Isnin.

5) Pergi bercuti... hendak tunggu bukan main lama tetapi apabila tengah bercuti itu sekejap pula rasa hendak habis percutian itu.

6) Baca Blog ShakRoil eWanT, tengah syok layan baca sambil senyu, sengih, gelak, ketawa seorang tahu-tahu sudah habis artikel yang dibacanya. Jadi tunggu sahaja artikel baru daripada ShakRoil yer!

Memang masa terasa cepat sangat apabila anda bersuka-ria dan anda merasakan masa itu lambat sangat apabila sedih kerana apabila bersuka-ria, akal dan otak kita tidak memikirkan waktu dan sebaliknya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tanda Anda Tidak Ada Kawan

Apa tandanya yang anda itu tidak berapa hendak ada kawan. Tidak kisahlah kawan sejenis mahupun lain jantina. Pendek kata anda ini boleh dipanggil Mr. Lonely yang dinyanyi oleh Akon itu laa... Nak tahu atau tidak apa tandanya? Sila baca di bawah ini dengan teliti...

1) Telefon bimbit anda hanya berbunyi bila bateri hendak habis sahaja.

2)
Buat post di dalam Facebook, anda sendiri like dan anda sendiri jugak komen.

3) Hanya tahu jalan balik ke rumah, bukan tidak ada masa hendak keluar tetapi tidak ada sesiapa yang hendak ajak anda keluar.

4) Membeli kek sendiri di sambutan hari jadi anda sendiri.

5) Tidak pernah dapat mana-mana jemputan kahwin mahupun kenduri cukur jambul.

6)
Jadi rimas apabila berada di tempat awam mahupun yang mempuyai orang ramai.

7) Mempunyai seekor haiwan peliharaan yang dianggap kawan baik untuk meluahkan perasaan apabila keseorangan.

Jikalau anda tanda sebegitu rupa, bermaknya memang sah anda tidak mempunyai kawan mahupun rakan dan juga kawan rapat mahupun rakan karib yang hadir di dalam hidup anda untuk bersembang, mengajak keluar, membuat perkara-perkara yang menarik dan juga lain-lain lagi. Yang paling senang disimpulkan disini ialah melakukan aktiviti harian dan riadah bersama rakan mahupun kawan....
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!