Artikel Menarik

31 August 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52

Malaysia sudah merdeka ke 52 tuh! lama jugak kan? tetapi adakah semangat kemerdekaan itu masih ada di dalam jiwa anak-anak muda sekarang ini? Mesti ada tetapi adakah mereka mengetahui erti kemerdekaan? itu aku tidak pasti..

Apa-apa pon aku ingin mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan ke 52 buat Malaysia untuk kepada para pembaca blogger aku ini.

Malam ini mesti disambut dengan biasa dan hormatnya kerana Merdeka pada tahun ini dibulan Ramadhan. Jadi janganlah anda terlebih enjoy dan berseronok sampai tidak ingat dunia noh! kekeke! bukan apa, tadi aku tengok ramai yang hangging out malam-malam nie, entah gi terawih entah tidak aku tidak tahu..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

30 August 2009

Keluargaku beli rumah baru

Pagi tadi selepas sahur, aku ingatkan nak tidur sebentar, tiba-tiba dikejutkan oleh mak aku.. supaya suruh mandi kerana ingin balik kampung sekejap untuk melihat rumah yang baru dibeli. Ciri-ciri rumah itu ianya rumah berkembar, satu tingkat sahaja, macam rumah teres satu tingkat. Dalamnya seperti rumah-rumah biasa sahaja kot. Aku pon tidak berapa nak pasti pulak.

Disambungkan cerita tadi, lalu aku pon terus bangun dengan kesejukan ditambah pula dengan air yang begitu sejuk di pagi hari disebabkan semalaman hujan. Macam duduk dalam salji gitu!.. Selepas mandi, keluarga ku bertolak lah pergi ke kampung iaitu di Kemunting, Perak. Maksud aku, aku beli rumah disitu, kampung aku di seluruh negeri Perak.. hehe..

Harganya rumah itu boleh lah tahan dalam RM120,000 kot.. aku pon tidak berapa pasti, tokey rumah itu kata, rumah ini tahun depan naik lagi RM20,000... HUYOOOI!! dalam setahun naik begitu banyak meh??? biasalah dunia makin maju serta moden, ramai hendak beli rumah, jadi rumah macam gini begitu mahai la nampaknya.

Selepas itu, rumah itu baru dalam pembangunan, dalam akhir tahun ini kemungkinan siap rumah itu, ataupun paling lambat pon bulan 3 tahun depan. Kalau tahun depan siap, raya tahun depan di sana la nampaknya.. hahaha!

Rumah itu dekat sahaja dengan rumah Pak Tih ku, hanya beza taman sahaja tapi satu taman juga. Maksud aku, berbeza nama taman tapi satu kawasan taman.

Tapi lambat lagi nak pindah, tunggu ayahku pencen dahulu.. hahaha!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

28 August 2009

Dapat Top-Up RM5 percuma

Aku sungguh terkejut dan menghairankan buat hari ini, baru sahaja lepas bangun tidur, aku buka komputer ini untuk tengok website aku di www.rancak.org

Selepas itu aku sahaja nak lihat email yang telah lama tidak buka iaitu google mail. Lihat punya lihat, tiada apa sangat yang penting di INBOX. Aku terus buka SPAM mana nak tahu kot-kot ada benda yang best ke.

TIBA-TIBA aku ternampak kajian online internet tentang gejala MAT REMPIT ATAU SAMSENG JALANAN. Aku tengok macam best sahaja, lalu mengklik disitu. Aku baca-baca

Syabas dan Terima Kasih diucapkan kepada saudara/saudari yang memberikan kerjasama dalam menyertai kajian secara online bertajuk "Mat Rempit" atau "Samseng Jalanan"?. Seperti yang telah dijanjikan, bersama ini disertakan kod top-up bernilai RM 5.00 sebagai menghargai kerjasama anda.

MAXIS : ****************

Semoga anda terus memberi sokongan dan berusaha ke arah belia yang cemerlang.

" 1 BELIA 1 MALAYSIA "
ruj:info.ippbm/2979


Aku pon apa lagi ambik handphone ku lalu mencuba.. aku harap-harap boleh.. lalu ianya masuk betul, maknanya tidak tipu.. haha! aku dari mengantok terus tersedar.. terima kasih kerana ada gak orang nak bagi topup free.. aku pon dah lupa apa benda aku sudah buat dengan laman web BELIA ni..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 August 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa buat semua umat Islam terutamanya kepada followers aku dan para pembaca blog aku ini. Terima kasih kerana setia bersama blog ini lagi.

Disini aku lambat nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kerana aku sibuk menjalankan tugas-tugas ku tetapi walaupun dah puasa ke - 3 boleh juga ucap kan? hehe..

Jangan lupa juga untuk solat terawih buat anda semua. Takkan berpuasa je kot? solat tidak mahu?

Adakah anda berpuasa penuh buat ke - 3 hari berpuasa ini? Ada cerita hendak dicerita bersama tentang apa-apa benda yang berlaku di dalam waktu puasa? Mari kongsikan!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 August 2009

RaNCaK (dot) ORG

Disini aku ingin mempromosikan website baru aku iaitu RaNCaK (dot) ORG.

Website ini ditubuhkan untuk membentuk satu komuniti yang dimana anda boleh menggunakan forum untuk bersembang, upload gambar, kongsi link serta lain-lain lagi.

Website ini masih baru jadi ianya masih kosong dan tidak berisi sangat tetapi jikalau anda join pasti ianya berisi.


Kalau korang melawat blog ini alang-alang itu singgah lah ke www.rancak.org [RaNCaK (dot) ORG]


Terdapat pelbagai-bagai akitiviti menarik disana. Jumpa anda disana!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

17 August 2009

Kemahiran hantu

Berikut adalah beberapa skill asas yang perlu ada pada seorang atau seekor hantu dalam menyakat manusia-manusia. Tanpa menguasai kemahiran di bawah mereka pasti tidak digeruni dan amat susah untuk menakutkan atau menterkejutkan mangsa. Jadi untuk menguasi kemahiran ini mereka perlu pelajari terlebih dahulu. Macam manusia sekarang kena ada sijil. Jikalau ujian itu tidak lepas. Mereka bukanlah hantu!

Moonwalk Atau Berjalan Tak Jejak Tanah

Mana-mana hantu walau amatur macam mana sekali pun mesti menguasai kemahiran ini kerana ianya merupakan penentu yang awak itu hantu!

Terbang Tanpa Tali
Hanya hantu yang sah sahaja mampu terbang tanpa menggunakan tali atau kabel macam dalam filem tu.

Menukar Wajah Menjadi Hodoh
Bagi menumbulkan rasa seram, seekor hantu mesti mampu menampakkan rupa yang hodoh tanpa bantuan mekap atau topeng halloween yang terdapat di pasaran.

Mengilai Tanpa Serak

Semua hantu perlu menjalani latihan vokal intensif macam kelas akademi fantasi atau kelas-kelas lain kerana untuk mengilai sepanjang malam memerlukan teknik pitching serta falseto tertentu agar suara tidak serak atau batuk semasa menyakat.

Cabut Kepala

Ini bukanlah wajib bagi semua hantu namun kebolehan menanggalkan kepala ternyata memberikan kelebihan dalam sesi menakutkan orang.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 August 2009

Kenapa superhero ada identiti rahsia?

Siapa tidak kenal Clark Kent, Bruce Wayne dan Peter Parker. Tapi kalau difikirkan, kenapa pula diorang nak menyamar kalau kerja superhero itu baik? Apa yang diorang takut atau segan? Mari kita sama fikirkan!

Malu Kat Tok Imam
Yelah, masa bertugas pakai spender kat luar. Kalau tahu oleh tok imam, anak siapalah tu, memang malu satu kampunglah.

Ramai Sangat Datang Mintak Tolong

Dah tu semua orang tahu alamatnya, berduyun-duyun la nanti datang mintak tolong dengan superhero tu. Bila masa nak berehat, entahlah. Tak tolong nanti kecik hati pulak orang yang mintak tolong tu.

Nyampah Dekat Paparazi
Tidak cukup gambar tengah terbang sahaja, kalau boleh sampai dekat jamban pun diorang nak ambil gambar. Superhero pun nak privasi juga.

Pakat Tak Nak Buat Menantu

Hakikatnya superhero memang disanjung ramai tapi kalau korang tahulah diorang ni nak kat anak dara korang, sampai kiamat korang tak kasi kan? Maklum le power sangat, nanti nak kahwin lagi kan ke naya.

Takut Orang Jahat Kenal

Diorang ni hari-hari balun orang jahat maka secara automatiknya orang jahat memang teringin nak balun balik diorang tuh. Itu belum Along bukit beruntung, diorang bukan kira superhero ke tidak, utang mesti mau bayar. Itu yang pakat pakai nama samaran.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

14 August 2009

Cara Mudah Kuruskan Badan

Bila bercerita pasal nak kuruskan badan ni macam-macam petua orang bagi. Kat pasaran pun ada pelbagai produk yang boleh menguruskan badan. Tapi bagi sesetengah orang tu macam-macam cara dah cuba tapi tak jalan jugak. Jadi ni nak bagi tips sikit.

Bersenam
Memang la korang dah biasa dengar nasihat ini tapi cara aku lain. Apa kata lepas ni korang tak payah naik kenderaan nak pergi kerja. Jalan kaki sahaja. Kan ke jalan kaki itu satu senaman. Gerenti seminggu selepas itu kurus la badan. Itu pun kalau korang bernafas lagi la.

Kawal Makan
Bukan macam yang selalu korang dengar tu. Kawal makan aku ni ialah jangan tengok makanan langsung. Lapar minum air. Kalau ternampak gak makanan dan tak tahan nak makan gak, balut mulut tuh dengan selotape. Ha... baru tak boleh makan. Lepas sebulan bukan setakat kurus malah tinggal tulang.

Ambil Ubat
Terutama ubat yang selalu bagi berak-berak. Makan sikit je berak, makan sikit je berak. Gerenti selepas itu melepek la korang. Terasa kampus perut wa cakap lu.

Balut Badan Korang Sendat-Sendat
Jangan tidak boleh bernafas pulak kang jadi masalah lain pulak dah. Jangan balut macam nangka sebab kat kampung aku dia orang balut nangka longgar je. Hah.. bila dah balut tuh jangan makan pulak. Gerenti dua hari arwah.

Jangan Jadi Gemuk

Kalau korang tak gemuk, tak payah susah-susah nak kurus. Macam mana tak nak gemuk? Laa.. rujuk la balik petua aku bagi kat atas ni.. kan ke senang.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

13 August 2009

Tiada dihari lain tetapi ada menjelang 31 ogos

Tiada dihari lain tetapi ada menjelang 31 ogos. Itulah yang boleh kita lihat untuk menjelang 31 ogos iaitu hari Kemerdekaan Bagi Tanah Melayu iaitu Malaysia. Mari kita lihat apakah benda-benda itu.

Bendera
Biasa susah nak tengok bendera negara sendiri berkibar-kibar, apatah lagi benda negeri sendiri tetapi secara automatiknya menjelang je hari nak merdeka kat sana-sini benda berkibar-kibar. Dah jadi trend kan?

Semangat Merdeka
Tidak kira la melayu ke, cina ke, india ke, serani ke dan apa-apa ke.. kita semua rakyat Malaysia.. tiba-tiba sahaja semangat merdeka timbul. Menjelang je nak sambut merdeka semua suka melaung Merdeka! Merdeka! Merdeka! tapi entah tidak tahu apa ertinya ke tidak.. Tidak tahu la nak kata.

Kedai-Kedai Pacak
Time macam ini la banyak kedai-kedai pacak wujud, memang la buleh buat pendapatan lebih tapi kan ke elok kalau ikut prosedurnya. Pastu bukak satu kedai betul-betul punya.. Bukan siapa pon senang.. korang pun senang jugak kan?

Lagu Patriotik
Kat corong-corong radio, kat corong-corong speaker shopping kompleks baru la nak pasang lagu patriotik. Kalau tidak tangkap lagu cintan je.. Meleleh je rasa. Apa kalau haro-hari lain pasang lagu patriotik tidak boleh ke?

Cerita Patriotik
Kat wayang atau kat TV masa nak merdeka baru la tayang cerita-cerita patriotik ni.. kononnya nak kenag orang yang telah banyak berjasa la ni, tapi takkan la masa merdeka je baru nak kenang. Patut ke buat macam tu? Tok-tok pula masa ni la jugak baru nak cerita kat cucu zaman penjajag. Apa masa-masa biasa tak boleh cerita ke?

Peraduan
Wah.. ni kena masuk ni, mana tahu ada rezeki. Macam-macam peraduan diorang buat masa nak sambut merdeka. Hadiah pun sempoi habis pulak tu, tapi kan ke bagus kalau hari-hari biasa pun atau hari-hari buat peraduan. Leh masok? betul tak?

Pertandingan
Contoh la ni.. kereta berhiasa dan rumah tercantik. Apa, korang ingat contoh seperti ni masa bulan merdeka je korang buat? Cuba korang buat masa hari tak merdeka, dah tentu Malaysia ni jadi negara paling cantik, bersih dan kreatif kat dunia. Tak caya korang cuba la.. apa yang dicadangkan ini. Belum cuba, belum tahu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 August 2009

Kalaulah kita boleh nampak hantu

Kalaulah kita boleh nampak hantu bila-bila masa saja.. agaknya apa yang akan terjadi ye? Adakah kita akan selalu histeria, terlompat-lompat suka ataupun sebaliknya? Hmmm.. malas la nak cakap banyak, baca je la artikel kat bawah ni..

Takde Lagi Kes Histeria
Bila dah selalu sangat tengok hantu, maka takde la orang yang akan terjerit-jerit histeria lagi kalau terserempak dengan hantu! Nak takut buat apa.. hari-hari tengok, dah jadi perkara biasa la! Takde hal punya la.

Hantu Pulak Yang Takut Dengan Kita
Memang perkara ini akan menakutkan para hantu le sebab bila kita ni dah sentiasa boleh nampak diorang, maka kita pun pasti la kan menangkap diorang untuk dibuat kajian dan mungkin yang ada kena awet nanti dan jadi bahan pameran kat muzium hantu. Akan wujud bisnes jual hantu untuk pameran la nanti nampaknya seperti macam nak gantung kat sekeliling rumah ke buat cantik sedikit rumah itu. Hantu-hantu tak akan senang duduk sebab bimbang ditangkap manusia la jawabnya.

Jadi Kawan Rapat
BIla dah selalu nampak hantu, maka tak mustahil kita pun akan turut menjalinkan ikatan persahabatan yang murni dengan hantu-hantu tersebut. Lama-lama kita boleh kamceng dengan diorang semua itu dan ada juga yang lebih daripada kawan. Macam mana itu? anda fikirlah sendiri.

Hantu Pupus
Bila dah semua orang boleh nampak hantu, maka tak mustahil suatu hari nanti semua hantu akan pupus sebab manusia dok pakat ramai-ramai cari hantu dan kemudian bunuh hantu tersebut dari muka bumi ini!

Kita Tak Akan Takut Disakat Lagi

Sebab kita dah selalu nampak hantu ni makanya tak jadi hal la pada kita bila tetiba sahaja hantu ni muncul depan-depan kita. Kiranya hantu ini bukan lagi perkara yang menakutkan bagi kita la.. kita buat derk saja bila hantu nak sakat kita. Macam orang sakat kita. Kita akan marah ataupun suka.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

08 August 2009

Tahukah korang?

Zaman sekarang nak buat apa-apa kena ada ilmu pengetahuan, kena ambil tahu, kena rujuk pada mereka yang tahu, senang cerita, tahu takpe. Masalahnya manusia ni macam-macam perangainya, kalau nak tahu la..

Tahu Tapi Buat Tak Tahu
Ni jenis manusia yang tak suka pikul tanggungjawab. Kalau ngaku tahu karang banyak la pulak benda yang dia kena buat. Kekadang ada betulnya jugak tapi bila tak betul dia tak nak pulak tolong perbetulkan. Pendeknya golongan ini pun kira tak betul jugaklah.

Tak Tahu Tapi Buat-Buat Tahu
Ni manusia yang nak tunjuk terer walaupun haram tak tahu tentang sesuatu. dada kosong tapi asyik nak mendabik dada saja. selalu diorang ni jadi ketua sebab orang ingat dia ini serba tahu. Bangang tapi eksyen cam bijak. Bila silap saja salahkan orang bawah yang kononnya tidak reti membuat kerja.

Tak Ambil Tahu
Asalkan takde orang kacau diorang, apa berlaku kat sekeliling diorang tak nak ambil pusing mungkin takut pening. Apa orang dok bising diorang tak nak dengar. Buat hal sendiri, lu-lu-gua-gua, kaedah ni memang nampak tak betul dalam kehidupan bermasyarakatan tapi kalau dah masyarakat tahap MasyaAllah, mungkin jugak pendekatan ini yang terbaik.

Tak Tahu Menahu
Ni lagi teruk. Katak bawah tempurung pun keluar pergi makan kat luar sekali-sekala. Bukan tak anak ambil tahu tapi tah diorang ini dok kat planat mana tah. Semuanya diorang tak tahu seperti tahun apa sekarang pun diorang tak berapa nak pasti. Lantaklah.

Tahu Nak Makan Saja
Orang lain pakai orang diorang pakai perut. Tak banyak yang boleh dikatakan tentang otak diorang ni tapi perut diorang lagi canggih, siap ada perut kanan dan perut kiri, apa jumpa semua nak di'download'nya ke dalam perut. Kalau kat kampung orang kata dia ni buat perabih beras saja. Tak tahulah apa nak jadi dengan orang macam ini!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 August 2009

Sindrom Part Time

Part time atau dalam bahasa Melayunya kerja sambilan yang dilakukan walaupun telah mempunyai kerja tetap. Kebiasaannya orang akan melakukan kerja ini selepas jam 6 petang selepas waktu kerja dan di hari cuti. Tetapi apakah sebabnya mereka berbuat demikian? Jom kita cungkil rahsia ini dengan lebih mendalam..

1) Nak kahwin tetapi hantarannya pulak tinggi, terpaksa la buat part time

2) Gila pada duit. Dua puluh empat jam asyik ingatkan duit sahaja.

3) Takde kerja nak dibuat sebelah malam. Kira mengisi masa terluang la ni.

4) Sebab isteri ada empat, jadi permintaan untuk ini untuk itu terlalu tinggi. Gaji tetap yang ada tidak cukup kalau nak sara tanggugan yang ramai.

5) Nak tanggung kos pengajian, jadi terpaksa la kerja sambil belajar.

6) Buang lagi, takde pakwe atau makwe. Daripada buang masa begitu sahaja dengan melepak atau sebaliknya. Baik pergi kerja ada juga berfaedah.

7) Raya dah dekat, bonus duit raya belum tentu dapat. Jadi, baik ikhtiar sendiri cari duit lebih dahulu.

8) Hutang bank, hutang member, hutang lapuk.. hutang keliling pinggang. Kalau buat part time boleh la juga bayar hutang-hutang tu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 August 2009

Motorsikal ku siap di baiki tetapi..

Motorku iaitu 135LC telah siap dibaiki.. tetapi masih aku tak puas hati ada je yang tak ok lagi walau fork di hadapan telah siap dibaiki..

Hari sabtu ini dia suruh datang balik kedai dia.. masa itulah aku nak tukar ckit barang-barang baru..

Tetapi entahlah aku pon tidak tahu hendak cakap apa.. perasaan ku masih celaru.. walaupun motor siap dibaiki dengan coverset baru.. tapi aku rasa ianya buatan local bukannya original.. itulah menyebabkan aku rasa marah sekali.. tetapi strip cover ja baru.. yang itu aku pon boleh beli sendiri.. cuma beberapa ringgit sahaja..

Apa-apa pon hari sabtu ini aku hendak pergi ke kedai itu balik dan tanyanya kenapa ada alat yang tidak lengkap lagi..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 August 2009

Adakah itu janji yang betul atau sebaliknya?

Aku bengang tambah tension betul la dengan kedai motor ni.. dah la tarik motor aku kata dalam masa 2 minggu motor boleh siap.. tetapi sampai sekarang tidak siap-siap lagi.. kira dalam masa 2 minggu itu hanya kata kosong sahaja.. tetapi genap hari ini la motor aku di kedai itu selama 2 minggu dan esoknya jadilah 2 minggu 1 hari..

Baru petang tadi ingatkan nak pergi ambil motorsikal ku yang telah lama ku tinggalkan di bengkel motorsikal kerana berlaku perlanggaran teruk dengan si apek yang hanya tahu bawa motor sahaja.. Nasib baik aku tidak apa-apa.. tetapi motor aku dah tidak nampak macam motor lagi.. nampak macam roti canai.. dihadapan sahaja.. bukan dikiri dan kanan..

Aku pon nak cerita pon jadi tidak betul dah.. aku harap esok memang betul-betul kedai itu siap membaiki motor aku yang rosak itu iaitu Yamaha 135LC.. lama tidak naik motor itu rasa rindu membuak-buak "macam bini aku pulak"

Insurance cover pon tidak lambat.. paling lambut pon 10 hari buat 1st party macam aku ni.. tapi kedai itu sahaja buat lambat.. nak kata tidak boleh repair.. boleh sahaja kedai itu repair.. dah tahu ambik motor aku sebab nak claim insurance dan ambik duit sedikit.. cepat-cepat la siapkan motor aku itu.. dah la sekarang ini motor ayah aku jadi mangsa aku hendak ke mana-mana dengan motor.. kesian dia..

Dah tahu ambik motor aku.. selepas itu lajulah buat.. ni macam kura-kura dan siput sahaja.. nasib baik tidak kata siput sedut.. hehe.. sedap plak tuh!! apalah aku tengah merapu ini.. dah malam dah ni.. nak tidur dahulu.. diiringi dengan hujan yang menyejukan badan di malam hari..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

04 August 2009

Mataku rabun?

Adakah mataku sudah rabun? tidak!!! aku tidak mahu menjadi rabun..

Hal ini telah jadi mungkin disebabkan migrain aku yang aku alami sekarang.. aku tidak mahu menjadi rabun kerana cita-citaku untuk menjadi seorang tentera telah musnah berkecai!!!

Aku telah pergi ke kedai spectacle shop untuk periksa mata aku ini.. telah terbukti aku rabun akhirnya.. dengan rabun jauh sejauh 125 untuk sebelah kiri dan kanan..

Alamak! jadi sekarang aku kena pakai spek mata la jawabnya untuk selamanya??? hmmm!!! aku rasa ini mungkin disebabkan migrain.. kalau tidak perkara sebegini tidak akan jadi.. tapi aku tidak boleh melawan takdir.. kerana tertulis macam itu buat diriku.. ku terima dengan redha sahaja..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 August 2009

Apakah itu migrain?

Apa Itu Migrain?

Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Adakah anda biasa mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala? Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelilingnya? (selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk). Atau adakah anda biasa berasa amat sensitif pada bunyi (fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)?

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain.

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Migrain juga di kenali sebagai ´vascular headache´, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai ´henimikrania´ yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala.

Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi). Ia juga kadang-kala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura. Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.

Migrain juga adalah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

FAKTOR-FAKTOR PENTING PENYEBAB MIGRAIN
Keturunan
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.

Pemakanan
Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain.

Sesetengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini terjadi apabila kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (alergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.

Hormon
Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini kerana paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu.

Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.

Gaya Hidup Dan Penyebab
• Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain.
• Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
• Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta nasihat doktor sebelum mengambil ubat.
• Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu.
• Bunyi dan bau yang kuat.
• Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.
• Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.
• Merokok.
• Jantina ( 3 - 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).

JENIS-JENIS MIGRAIN
Classic Migrain
Bagi penghidap migrain jenis ini, kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang di kenali sebagai aura atau prodrome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit.

Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing, sukar bercakap dan fikiran bercelaru. Ini di sebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor.

Common Migrain
Ramai menghidap migrain jenis ini dan ianya terjadi tanpa amaran atau sebarang tanda.

Kesimpulannya, walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain, keadaan masih boleh dikawal. Ubat-ubatan yang ada kini dapat membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.

P/s : Aku juga mungkin ada migrain kerana aku telah pergi ke hospital disebabkan pening kepala yang melampau sampai kerja apa-apa pon tak boleh nak buat.. jadi doktor mengatakan aku ada tanda-tanda awal nak hadapi migrain ini.. pening siot apabila ada migrain.. aku rasa macam nak jerit dan tendang ja semua benda yang ada disekeliling.. aku ada sedikit info yang dibaca.. sahaja nak kongsikan dengan anda semua..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

01 August 2009

Rahsia Lelaki Melalui Zodiak

Rahsia lelaki melalui zodiak ini sangat menarik untuk dibaca oleh lelaki mengikut zodiak dia sendiri. Wanita juga boleh juga membacanya dengan ingin tahu teman lelakinya macam mana. Bermacam-macam jenis atau gaya ada disini. Tetapi ini hanyalah kajian sahaja. Jangan terlalu percayakan sangat dengan benda sebegini. Apa-apa pon mari kita lihat sekarang. Mana satukan zodiak anda (kepada lelaki).

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius

Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

P/s : Aku berbintang Sagittarius iaitu lahir pada bulan 12 mengikut haribulan yang ditetapkan.. kalau nak dikatakan mengikut rahsia lelaki ini.. banyak juga benarnya dan ada juga yang salah.. mungkin ada kajian yang betul.. dan ada juga yang tidak.. kita tidak tahu sebenarnya.. ini hanya untuk berseronok sahaja.. tapi kadang-kadang itu betul juga.. Jadi apakah bintang anda? dan bincangkan..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!