Artikel Menarik

30 November 2011

Sentap Network : Komuniti Blogger Malaysia Paling Tersentap

Sentap Network merupakah sebuah Komuniti Blogger Malaysia Paling Tersentap yang berkongsikan mengenai apa sahaja tentang dunia Blogger supaya kita dapat berkongsi ilmu blogging semasa rakyat Malaysia.

Bak kata pepatah Sharing Is Caring, jadi di Sentap Network anda boleh berkongsi coding widgets, templates, design dan apa-apa sahaja mengenai Blogger disana.

Selain daripada itu, Sentap Network juga membuka ruang untuk para blogger daripada Wordpress platform untuk berkongsi mengenai plugins, templates, design dan juga lain-lain yang dibuat khas untuk Wordpress.

Tunggu apa lagi, wahai para Blogger! Mari daftar di Sentap Network dengan cara yang paling mudah ialah anda mestilah ada akaun Facebook!

Jikalau anda tidak mempunyai akaun Facebook pun tidak mengapa kerana kami menyediakan pendaftaran tanpa menggunakan akaun Facebook.

Kemungkinan ada sesetengah daripada anda tidak pernah menggunakan Forum! Tidak mengapa! Mari kita belajar forum sambil berkongsi mengenai Blogger disana! AHAKZ!

KLIK SINI UNTUK MASUK DAN DAFTAR!

Pssst : Forum masih baru dan isinya masih kosong, jadi kami perlukan anda untuk jadi isinya... Terima kasih...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

19 November 2011

Perasmian Radio Penang FM

Semalam merupakan Perasmian Radio Penang FM : Muzik Terbaik Untuk Anda..

Penang FM merupakah Radio Online Pertama di Pulau Pinang dan majoriti semuanya staff tinggal di Pulau Pinang tetapi ada juga orang luar di dalam Penang FM ini seperti Kedah, Perak, Perlis, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi yang senegara dengannya.

Semalam Perasmian Radio Penang FM teramat gempak kerana mendapat sambutan ramai daripada Penang FM dan juga Penang Community dimanakah boleh anggarkan semua sekali hadir di dalam 50 orang ke atas dan memang bising habis tempat Bowling di Sunshine Square, Pulau Pinang tersebut.

Pertama sekali bermula dengan Pendaftaran nama sesiapa yang ingin bermain bowling dan selepas itu perlawanan bowling di mulakan dengan rancak sekali. Ada yang menjadi strike, ada juga yang mendapat spare dan ada juga bola asyik longkang sahaja dikerjakan. HEHE!

Selepas itu, upacara potong kek di jalankan dengan pelbagai gelagat peserta untuk tangkap gambar bersama kek tersebut. Memang sungguh meriah sekali.

Upacara yang paling ditunggu-tunggu sekali ialah, upacara penyampaian hadiah dan saguhati kepada peserta-peserta yang menyertai bowling dan juga kepada semua peserta yang bernasib baik untuk memenangi saguhati daripada Penang FM dan juga Penang Community.

Selepas semua itu selesai, semua bertolak ke Naza untuk mengadakan sesi Karaoke di sana pulak sambil minum dan makan.

Bermacam-macam gelagat boleh kita saksikan sehingga ada yang gembira, malu, segan dan lain-lain lagi.

Apa-apa pun Penang FM dan Penang Community memang best.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

12 November 2011

Alasan Tertidur Semasa Bekerja

Mesti ramai antara anda yang secara tak sengaja atau tersengaja terlelap masa kat tempat kerja kan? Mesti ada punya, tipulah tidak ada pernah terlelap masa kat tempat kerja... mungkin anda salah sorang kot? Terdapat bebrapa lasan tertidur yang semasa berkerja di bawah ini.

1) Pokok getah dah habis toreh, jadi saya nak tidur kejap.

2) Saya tengah menghayati babak untuk shoot tidur, ada shooting malam karang.

3) Mana ada saya tidur.

4) Saya takdak niat pun nak tidur, kiranya tidak sah la tidur saya tadi tuh. Kan, kan, kan...

5) Saya bukan tidur betul-betul, tidur-tidur ayam aje.

Alasan di atas ini bolehlah digunakan semasa anda tertidur masa kerja, kalau tak boleh aku tak tahu. Pandai-pandai la anda kelentong bos atau sesiapa yang tegur anda itu. Janji terselamat daripada tindakan tatatertib.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tanda-Tanda Terlebih Yakin

Anda terlalu yakin jikalau sesuatu yang belum berlaku dan anda sanggup ambil risiko tentang perkara tersebut sehingga anda terlebih yakin pada diri sendiri dengan itu menyebabkan diri anda tenang. Tapi korang tak tahu benda itu jadi ke tidak? Jom baca di bawah ini untuk melebih tanda-tanda anda terlebih yakin...

1) Belanja kawan-kawan makan sebelum disahkan kenaikan pangkat supaya dapat membodek dan pinjam bila gaji kawan dah banyak nanti.

2) Kentut dengan selamba di khalayak ramai, berbunyi sikit punya berdentum. Bau tak payah ceritalah... macam sulfur.

3) Tenang sahaja walaupun belajar di saat-saat akhir walhal esok periksa.

4) Dah tahu motor kapcai takdak modifikasi untuk boleh terbang tapi bawak sampai badan terbang seperti motor RXZ yang selalu buat tuh.

5) Mengorat awek cun tahap buah jambu walhal muka korang itu huduh, dah tuh miskin pulak tuh.

6)
Cuba mencipta rekod, tidur dalam kandang singa selama beberapa hari.

Kalau benda itu jadi benda lain macam mana? Anda terlalu yakin pada diri sendiri? Kalau aku aku tengah-tengah je.. relax dan cool tapi tak yakin sangat kerana bila yakin sangat macam-macam perkara boleh berlaku... silap-silap salah silap kita kot yakin jer.. iaitu dengan selamber je buat taktau.. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

11 November 2011

Sekolah Idamanku


Setiap pelajar mesti mempunyai citarasa dan inginkan sekolah idaman untuk diri sendiri supaya senang di dalam pelbagai-bagai di dalam pelajaran dan untuk berjaya kelak. Di bawah ini terdapat beberapa jenis sekolah idaman yang tersenarai untuk dibaca oleh semua terutamanya pelajar. Adakah anda ingin sekolah idaman seperti ini?

1) Tentukan sendiri nak belajar mata pelajaran apa dan cikgu yang bakal mengajarnya. Tak nak cikgu yang garang dan banyak bagi kerja sekolah.

2) Tak perlu pakai pakaian seragam sekolah.. baru la boleh berfesyen. Nak belajar bukan pakaian tapi orangnya.

3) Malas nak tension menghadapi exam... bila dah rasa bersedia nak exam baru ambik. Selagi tak bersedia, belajar je macam biasa.

4) Tak nak ada kerja sekolah yang kena buat kat rumah. Kerja sekolah buat kat sekolah, kat rumah untuk istirehat.

5) Selaras dengan dunia serba canggih, cara belajar pun kena canggih. Contohnya belajar melalui laman sosial yang ada di internet.

6) Kantin di sekolah setaraf dengan restoran yang menyediakan pelbagai menu menyelerekan barulah terjamin pembesaran dan kecergasan.

7) Bangunan sekolah bagaikan hotel lima bintang yang dilengkapi kolam renang, bilik darjah ada hawa dingin dan bilik air. Baru tenang dan selesa nak belajar.

8) Perhimpunan bukan di dataran atau padang sekolah tapi di pusat-pusat peranginan. Ucapan-ucapan juga tidak perlu.

9) Hadiah pelajar cemerlang tak nak la kotak pengsil, buku atau pllag tpi banglo, kereta atau paling koman pun handphone teknologi terkini. Baru la semangat nak tekun belajar.

10) Akhir yang last... sentiasa lulus cemerlang dalam peperiksaan. Walau apa pun keputusan cikgu atau pemeriksa tetap meluluskannya, kan senang.

Nama pun sekolah idaman, pasti semuanya khayalan belaka dan jarang sekali untuk menjadi benar-benar belaka dan anggapnya ianya di dalam mimpi sahaja...

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

10 November 2011

Ping-o-Matic!

Ping-o-Matic! atau disebut pingomatic secara amnya ialah sebuah laman website yang memyediakan perkhidmatan percuma untuk para blogger untuk ping posting ataupun entri pada blog di dalam search engine(enjin carian) seperti Google Blog Search, My Yahoo!, Weblogs.com, Feed Burner dan lain-lain lagi enjin carian yang popular.

Dengan menggunakan Pingomatic ini, kemungkinan besar pagerank(peringkat halaman) anda akan menaik tinggi secara berperingkat-ringkat kerana kemungkinan besar sesetengah blogger lain menggambik posting / entri itu dan backlinkkan ke blog anda.

Ada juga sesetengah post di dalam blog anda yang keywords(kata kunci) yang sedang hangat di dalam enjin carian tidak dapat detect posting / entri anda itu dan menyebabkan kekurangan pengguna / pelawat di dalam blog anda. Jadi gunalah laman ping untuk menaikkan blog anda di dalam search engine(enjin carian) di atas sekali.

Adakah anda pernah menggunakan laman ping yang lain? Jikalau ya! Baguslah kalau sebegitu rupa dan yang ini untuk sesiapa yang tidak tahu mengenai Pingomatic ini sahaja dan kemungkinan juga Ping-O-Matic! ini ramai orang gunakan services(perkhidmatan) ini berbanding dengan yang lain. Maaf kalau tersilap.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang tidak pernah ping posting di dalam blog, anda amat di galakkan menggunakan Ping-O-Matic! ini untuk anda ping posting anda supaya berada didalam search engine(enjin carian) dan blog anda akan berada di dala beberapa keywords(kata kunci) pengguna lain sedang mencari seperti di dalam Google Search.

Semoga berjaya!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kelebihan Menjadi Orang Tua

Banyak kelebihan menjadi orang tua ini kalau anda hendak tahu, tetapi sesetengah orang takut menjadi tua. Kenapa? anda fikirlah sendiri sebab di bawah ini nak cerita tentang kelebihan menjadi orang tua sahaja.. Biar tua fikrah, jangan tua fikiran. Fikir-fikirkan...

1) Tak perlu bimbang rahsia keburukan masa zaman muda terdedah pasal kebanyakan kengkawan dah pun selamat ke rahmatullah, kalau ada yang hidup pun, ntah-ntah dah lupa.

2) Boleh baca surat khabar dengan tentang, walaupun cucu pasang muzik kuat-kuat pasal sound telinga dah rabak dalam erti katanya, pekak-tuli.

3) Kalau tak berkenan dan rasa meluat tengok gelagat bebudak muda yang buat kelaku tak senonoh, boleh tanggalkan spek mata.

4) Kepada yang lelaki adalah sangat-sangat bertuah kerana berpeluang mendapat pangkat "Datuk" setelah memperoleh cucu.

5) Terdapat kupon dan tiket untuk warga emas yakni orang-orang tua dengan bayaran setengah harga je.

Banyak lagi kelebihan orang tua ini kalau difikir-fikirkan balik dan sesesungguhnya orang ini boleh dikatakan pengalaman lebih jadi oleh itu kadang-kadang kita patut dengar apa yang mereka perkatakan jikalau ia benar dan tidak melanggar apa-apa hukum.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Minggu Belajar (Study Week)

Minggu ini merupakan minggu belajar bagi semua Politeknik seMalaysia yang akan menempuhi peperiksaan akhir tahun bagi sesi Jun/Julai 2011 termasuk aku sekali.

Kepada pelajar Politeknik, adakah anda sudah sedia untuk duduk di dalam dewan peperiksaan ataupun dewan kuliah mahupun bilik kuliah untuk hadapi peperiksan akhir(PA) ini? setelah menempuh selama satu semester untuk belajar pelbagai-bagai ilmu yang kita tidak pelajari sepenuhnya di dalam kehidupan kita ini?

Kalau sudah sedia! ya, anda memang boleh masuk dewan peperiksaan sekarang... HEHE! tetapi sabar ada lagi beberapa hari lagi iaitu minggu depan nak start dah peperiksaan akhir. Bagi yang semester 6 kiranya tahun ini merupakan tahun last bagi anda untuk memperjuangkan ilmu anda yang anda belajar selama ini dalam satu kertas sahaja bersama pensel dan pen serta alat tulis yang lain... Projek sudah siap dibentangkan, sekarang fokus pula untuk peperiksaan.

Untuk pelajar yang akan menduduki latihan industri iaitu lebih dikenali sebagai pratikal untuk semua pelajar universiti. Andakah anda sudah sedia? tapi jangan lupa... peperiksaan belum habis lagi. Bagi habis dahulu peperiksaan baru fikir pasal latihan industri! ahaks!

Apa-apa pun semoga berjaya untuk semua pelajar Politeknik dan jugak kolej atau universiti yang lainlah dan yang paling penting ialah pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Semoga anda berjaya di dalam peperiksaan nanti. Jangan lupa untuk study rajin-rajin. Study smart not study hard!

Pssst : Adakah anda tahu markah penilaian berterusan(PB) anda sebelum menduduki peperiksaan? kalau sudah... kongsilah sikit... baru semangat berkobar-korbar masuk dewan periksaan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

09 November 2011

Simbol T-Shirt Dengan Personaliti

Sekarang t-shirt boleh dikatakan bermacam-macam design yang ada pada coraknya sehingga corak yang pelik-pelik muncul di depan atau belakang t-shirt sebut... adakah anda tahu simbol t-shirt dengan personaliti pemakainya ialah apa? jom kita baca di bawah ini...

T-SHIRT IMEJ KUMPULAN ROCK/PENYANYI
Semada ada takde baju lain nak pakai, baju lain habis pakai - tak basuh lagi atau beliau memang peminat fanatik artis tersebut. Lantak la pun ke dia.

T-SHIRT IMEJ PERLANCONGAN
Kemungkinan diberi oleh kengkawan, sedara-mara sebagai ole-ole. Kalau beli sendiri, nak bagi tahu la yang pernah pergi melancong kat sana tuh.'

T-SHIRT LOGO UNIVERSITI

Nak bagi tahu yang beliau uth pelajar universiti, rasa cam bangga je pakai. Kalau awek tengok rasa ek le sikit gamaknya.

T-SHIRT IMEJ IKALAN
Sah-sah la baju dapat free, pakai ajelah.

T-SHIRT SEASONS ALA BUNDLE
Rasa macam kool je menunjukkan jiwa sorang yang bebas namun sesetengahnya masih sibuk jaga tepi skirt artis-artis tanah air.

T-SHIRT BERJENAMA a.k.a BRANDED
Ala... macam le tak tau pakai t-shirt Paul Smith yang tiruan punya je. Nak merasa, nak beli yang original tak mampu.

Ada lain-lain lagi simbol t-shirt yang pelik dan menabjukkan pada t-shirt sekarang nih. Sekarnag cuba lihat t-shirt yang korang pakai ada simbol apa? kalau simbol pelik-pelik tuh janganlah dipakai kerana simbol t-shirt kita pakai itu melambangkan diri kita yang sebenar. Kenapa? sebab kalau kita suka t-shirt itu baru kita pakai. Kalau tak suka kita tak pakai. Betul ke tak?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Perkara Lawak Tentang Kentut

Sesuatu yang lawak tentang kentut, yang korang patut ambik tahu supaya tahu kentut tuh lawak dan sungguh menggeli hati jadi untuk itu sila baca di bawah ini untuk maklumat lebih lanjut...

1) Budak kecik anggap kentut adalah perkara yang lawak, tak caya kentut kat bebudak mesti diorang kan main suka gelak... bagai tak hingat.

2) Terdapat variasi bunyi kentut, ada yang berbunyi panjang meleret-leret, pendek tersemput-semput, bergegar seisi alam dan sebagainya.

3) Kebanyakkan orang akan merasa lega dan puas hati selepas kentut tapi mampuih le nak ngaku. Kena pulak kalau orang perasan.

4) Kalau awek terkentut, korang akan pura-pura buat tak tau dan kalau tau pun masih anggap tak kisah walaupun korang rasa lawak... gelak dalam hati je lah.

5) Kalau orang tua pulak terkentut, pun korang akan buat-buat bodoh tak heran. Kurang hajo le nak gelakkan depan-depan, ye tak? Takkan benda ni pun nak bagi tahu.

6) Kalau budak kecik gelakkan orang tua yang terkentut, tuh cerita lain... nama lagi budak-budak dan pada budak kecik ni, kentut adalah cool. (rujuk nombor 1).

7) Kentut berfungsi sebagai signal untuk bagi tahu yang korang mengalami tanda-tanda untuk yuk-yuk. Kiranya takdaklah korang terukk-ukk tanpa sedar.

8) Kentut menunjukkan korang masih hidup, dan nikmatilah kentut dengan kata lain... "kentut mesti terus, barulah ceria kehidupan."

Kentut sebenarnya bukan satu perkara lawak tapi sesetengah orang menganggap ianya lawak disebabkan bunyi vibrator yang rancak serta gempak malahan pulak syok didengari. Jadi, orang yang mengutuk itu kadang-kadang bergurau. Oleh itu, terjadilah perkara lawak disitu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

08 November 2011

Sepuluh Fakta (Dunia) Lawak

Berikut adalah fakta yang boleh tahan jugaklah kelawaknya tapi kalau korang rasa tak lawak. Sah lah yang korang ini tak cool langsung. Di bawah ini ada beberapa fakta dunia yang agak lawak dan korang nak tahu apa dia? mari baca di bawah ini...

1) Cola-cola asalnya berwarna hijau

2) Perempuan mengerdipkan mata dua kali lebih banyak daripada lelaki.

3) Menahan nafas takkan mengakibatkan korang mati.

4) Babi tak dapat melihat langit.

5) 111,111,111x111,111,111 = 12,345,678,987,654,321

6) Otot terkuat dalam badan adalah lidah.

7) Sebut "sixth sick sheik's sixth sheep's sich" berulang kali, mesti boleh mahir cakap english.

8) Madu adalah satu-satunya makanan yang tidak akan busuk.

9) Semua beruang kutub kidal

10) 99% orang telah mencuba mengkonformkan fakta nombor 5 itu betul ke tidak.

Bermacam-macam fakta dalam dunia ini dan ada fakta yang lawak dan ada fakta yang serius... Pandai-pandai koranglah menganalisis sendiri..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 November 2011

Rancangan TV Dulu Dengan Sekarang


Zaman la nih, ada berpuluh-puluh siaran TV (tapi yang berbayar le) sampai boleh termuntah-muntah nengoknya... takdak rupa zaman dulu weh.. dulu dan sekarang amat berbeza sekali... nak tahu apadia? mari baca di bawah ini...

1) Takdak siaran ulangan yang terlampau-lampau ulangannya, kalau dah terlepas nak tengok drama ke filem yang best jenuhlah nak tunggu, ntah bila bakal diulang siaran semula.

2) Rancangan realiti TV takdak, dan tak pernah terfikir akan wujud rancangan bentuk macam gitu. Dapat tengok artis nyanyi live masa tuh pun dah kira nasib baik.

3) Dalam seminggu tuh tak sah kalau takdak pengumuman nih kat kaca TV (ecehhh. kaca TV tu, otai punya ayat) "HARAP MAAF SIARAN TERGENDALA SEBENTAR..." Diiringi muzik latar yang syahdu.

4) Siaran habis jam 12 malam pastu kuarlah bintik-bintik hitam putih macam TV rosak sampai le ke pagi besoknya baru ada siaran balik.

5) Wajib ada lesen TV yang kena renew tiap tahun (ala-ala lesen mandu le), pastu ada pegawai yang akan buat rondaan untuk cek.

6) Takdak spesfikasi umur untuk jenis-jenis rancangan TV, terpulang pada mak bapak nak handle untuk bagi anak nonton ke tidak.

Dulu dan sekarang teramat beza, biasalah dunia sudah maju dan macma-macam perkara sudah berubah seperti rancangan tv.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Peperiksaan Makin Hampir

Peperiksaan makin hampir, banyak persediaan perlu dibuat supaya mendapat result yang gempak serta rancak. Banyak persiapan perlu dilakukan dan sungguh memeningkan kepala aku ini sehingga kadang-kadang macam malas nak belajar terus pun ada tetapi apa boleh buat nak menuntut ilmu perlu juga buat.

Semester ini aku perlu hadapi 5 paper untuk peperiksaan akhir dan markah penilaian berterusan (PB) aku pun belum tentu lagi lulus... kenapa? sebab banyak sangat subjek susah semester ini dan sungguh memeningkan kepala dengan persamaan equation yang begitu banyak sekali dan bermacam-macam lagi.

Nasib baik subjek yang tiada peperiksaan akhir sudah habis dan markah penilaian berterusan (PB) rasanya tak mampu kot untuk mendapat cemerlang tetapi aku mengharap dapat cemerlang lah sebab aku banyak main semester ini. HAHA!

Apa-apa pun aku minta jasa baik kalian semua supaya mendoakan aku supaya dapat menjawab peperiksaan akhir dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Belajar dan belajar dah tetapi ilmu tak masuk-masuk. Otak benak kot? HAHA! ataupun teringat benda lain ni... awek? oh tidak! aku masih solo yer! (apa benda aku merapu ini)

Selain itu, kepada yang lain yang nak ambik peperiksaan bermula minggu depan bagi semua pelajar Politeknik seluruh Malaysia... semoga berjaya diucapkan dan aku berdoa agar anda semua dapat menjawab dengan baik sekali... jangan lupa belajar juga dan jangan mengharapkan tanpa belajar anda boleh skor 100%...

SEMOGA BERJAYA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Pejabat Idamanku

Sebagai pekerja tetap di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara. Setiap hari pergi dan balik kerja gerenti ada berangan-angan ingin memiliki pejabat macam...

1) BOLEH MASUK KERJA IKUT SUKA... bos tak marah. Kalau tak nak datang pun bos buat tak tahu sahaja tapi gaji tetap jalan seperti biasa.

2) Kalau boleh nak KENDERAAN DISEDIAKAN ke mana pun saya nak pergi. Tak kisahlah apa jawatan dalam pejabat tuh semua ada kenderaan sendiri. Nak lagi best kompeni takkan ambik balik kenderaan tuh, kira hadiah kepada stafnya yang disayangi.

3) BOLEH AMBIK GAJI SESUKA HATI, tak payah nak tunggu hujung bulan. Rasa-rasa tak cukup, masuk je bilik bos mintak duit tunai... tak payah bayar balik pulak tuh.

4) Nak MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN, semua dihidangkan ala hotel, siap berpakej dengan makan malam bersama keluarga lagi.

5) Setiap staf ada BILIK DAN SECRETARY, di tambah pula dengan bilik yang lengkap dengan TV, sofa, bilik air, katil dan set karaoke... senang nak hilangkan tension.

6) Ada kemudahan BERSHOPPING, tak payah susah-susah nak keluar beli barang. Semuanya ada dalam pejabat, lepas tuh barang-barang tuh semua main ambik je dan tak payah bayar langsung pun.

7) Buat kelainan, nak naik tingkat paling tinggi ke naik lift tapi kali ini saya nak PERGI PEJABAT NAIK ROLLERCOSTER dan itu merupakan paling senang seperti bekerja sambil berhibur.

8) Sebulan sekali adakan FAMILY DAY DI LUAR NEGARA. Seratus peratus perbelanjaan ditanggung kompeni termasuklah pemberian buah tangan kepada jiran.

9) Yang terakhir nak RAKAN SEKERJA MACAM MODEL, termasuklah mak cik kantin, akak cleaner dan akak yang jual sirap depan pejabat. Barulah semangat nak datang pejabat walau di hari cuti.

Jikalau semua itu ada dalam pejabat yang realiti, sungguh indah dunia ini dan ingat! semua itu hanyalah khayalan dan tidak mungkin jadi kenyataan dan itu merupakan satu idaman sahaja. Sesungguhpun kalau jadi realiti, teramatlah bertuah di dunia ini. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Cantik Tak Kereta Saya Kalau

Ramai pemilik kereta baru atau lama yang suka nak menambah cantikannya sama ada menambah atau menggantikan aksesori. Rasanya cantik tak kalau saya...

1) Letak lukisan air brush potret sendiri atau famili kat bonet depan kereta ataupun kat pintu kereta supaya lebih cantik dan menarik.

2) Letak lampu kelip-kelip, siap dengan muzik hari raya sekeliling kereta sempena menyambung apa-apa perayaan.

3) Letakkan kerusi urut menggantikan kerusi yang ada supaya senang dan tidak lenguh badan jikalau jalan jauh seperti utara pergi ke selatan.

4) Letakkan TV plasma 42 inci supaya senang menonton cerita kegemaran di mana saja dengan puas hati.

5) Letakkan bunga-bunga di sekitar kereta saya supaya nampak lebih menarik dan menabjukkan.

6) Letakkan loceng di pintu kereta, sesiapa yang nak masuk kereta kena tekan loceng dahulu.

7) Letak bakul atau raga kat bonet depan seperti motosikal yang kadang-kadang orang pakai sebagai bakul tambahan.

8) Warnakan kereta dengan pelbagai warna dengan tayar-tayarnya sekali supaya nampak sepadan dan satu warna sahaja dipamerkan.

Terdapat pelbagai-bagai lagi idea yang menarik untuk mencantikkan kereta ini dan yang paling best ialah letak peralatan yang jarang atau tidak langsung orang pakai supaya nampak keunikkan dan keajaiban yang berlaku pada kereta tersebut. Tidak kiralah habis tutup satu kereta ataupun tidak dan yang penting adalah berpuas hati dengan apa yang dilakukan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!