Artikel Menarik

31 May 2012

Di Sebalik Kerusi

Majoritinya jikalau semua orang ingin duduk mesti ingin duduk di atas kerusi. Mana-mana yang tidak duduk di atas kerusi maka dia tentu tidak dapat beza mana satu kerusi dengan pinggang. Jadi mari kita sama-sama singkap perkara yang jarang berlaku di sebalik kerusi...

1) Kerusi yang paling mahal adalah kerusi-kerusi yang ada di dalam parlimen, bukan kerusi di dalam dewan parlimen tetapi suatu simbol untuk mendapatkan keistimewaaan bercakap di parlimen.

2) Kerusi yang paling direbut pula ialah kerusi di dalam majlis hari jadi ataupun kerusi di jamuan akhir tahun malah majlis hari perkahwinan dan segala lain-lain majlis yang perlu duduk di atas kerusi iaitu bakal tercetus permainan rebut kerusi bersama rakan-rakan dan orang lain.

3) Kerusi yang paling orang tidak suka pula ialah berdiri di atas kerusi. Perkara ini terjadi apabila mana anda terlambat masuk kelas ataupun tidak menyiapkan kerja sekolah pada zaman persekolahan.

4) Kerusi yang boleh membuatkan hati anda jeles dan iri hati ialah kerusi baru jiran rumah anda dan jirang anda juga boleh dikategorikan sebagai kerusi berlagak dan bangga.

5) Sampai sekarang masih belum dilihat lagi mana-mana kerusi yang pandai bermain bola, jadi dari mana datangnya simpulan bahasa "kaki bangku"? Adik-adik, bangku dan kerusi adalah benda yang sama yer.

6) Walaupun anda duduk di kerusi pengerusi ini tidak bermakna secara automatik ataupun direct anda dilantik menjadi pengerusi dan jangan pula anda menghempuk kepalada pengerusi dengan kerusi jika cadangan anda tidak diterima pakai.

Kalau difikirkan banyak lagi benda di sebalik kerusi ini yang boleh diterjemahkan dan ditulis untuk anda semua tetapi jikalau terlampau banyak penerangan anda pula menjadi pening dan tentang aku pula jangan ditanya. Lagi pening untuk membuat penerangannya. Oleh itu, gunalah kerusi dengan sebaik mungkin dan ianya untuk duduk dan jangan digunakan untuk perakra-perkara lain seperti memukul orang menggunakan kerusi pun ada yang terdapat pada sesetengah filem dan kemungkinan juga realiti..;..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

30 May 2012

Kehidupan Dan Bola Sepak

Ramai yang minat tengok bola sepak, tetapi sejauh mana anda perasan yang dalam permainan bola sepak banyak perkara yang boleh anda belajar dalam kehidupan. Kalau anda tidak percaya cuba baca, cuba laa...

1) Berebut-rebut mengejar bola sepertimana berebut mengejar dunia. Walaupun ramai menghilang, anda tetap terus dalam mengejar dunia.

2) Bersusah payah nak menjaringkan gol sama seperti bersusah payah nak mengejar cita-cita untuk berjaya. Mana yang kuat dan selalu berusaha sahaja yang boleh dapat apa yang dicitakan.

3) Dihalang oleh pihak lawan sama juga seperti halangan-halangan yang ada di dunia yang penuh dengan pancaroba. Pandai pilih jalan maka selamatlah hidup.

4) Segala kesalahan anda pada orang lain pasti akan dibalas, tidak kira baik ataupun buruk sama aseperti dilayangkan kad merah atau kad kuning di dalam perlawanan bola.

5) Jika anda berjaya menyumbat gol semua akan sorak gembira. Begitu juga dengan kehidupan harian anda... bila kaya semua suka tetapi bila anda berduka ramai mencemuh sehingga lupa bakti anda.

6) Dalam satu perlawanan bola sepak mesti diawasi dan akan diperhati oleh pengadil dan penjaga garisan supaya segalanya teratur. Sama seperti kehidupan harian anda yang telah ditentukan tetapi anda sering lupa yang anda sentiasa "diperhatikan" tiap saat dan waktu.

Oleh itu, kehidupan dan bola sepak tidak boleh dipisahkan kadang-kadang tetapi anda kena beringat juga kerana setiap sesuatu benda yang berlaku ada hikmahnya, tidak kiralah baik atau buruknya. Anda usaha anda dapat. Anda tidak usaha anda tidak akan dapat...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

29 May 2012

Di Sebalik Korban

Apakah itu korban? dan siapakah yang terkorban? Ada apa pula dengan korban? Mesti anda tertanya-tanya apakah benda di sebalik korban inikan? Pelbagai-bagai maksud boleh dimasukkan dengan perkataaan korban ini seperti ayat-ayat di bawah ini. Sila baca dengan teliti supaya anda tidak tersilap maksudnya dan sebaliknya...

1) Dengan pengorbanan kita mengorbankan binatang ternakan pada Hari Raya Korban dapatlah fakir-fakir miskin merasai kenikmatan yang jarang dirasa.

2) Dengan keghairahan kita mengejar cinta maka dikorban mahkota diri dan menjadi mangsa korban akibat ikut nafsu.

3) Dengan mengikut hati maka banyak juga orang-orang yang terkorban akibat daripada sikap yang baran dan tamakkan harta.

4) Dengan kecuaian maka banyak mangsa-mangsa korban jalan raya Hari Raya yang mulia.

5) Dengan sikap yang tidak pernah puas dengan apa yang ada maka sanggup korbankan segala harta benda, pusaka dan apa sahaja demi memenuhi kehendak nafsu yang tidak berkesudahan.

6) Dengan amanah dan tangggungjawab yang diberi ramai pejuang yang mengorbankan nyawa demi memberi kehidupka cucu-cicit serta generasi seterusnya mengecap kemerdekaan dan kebahagiaan.

Korban sesuatu pada Hari Raya Korban merupakan satu yang sangat mulia dan pengorbanan juga yang diberikan untuk memajukan hidup dan diri sendiri malah serta setiap orang yang berada disekeliling merupakan satu amalan yang sangat bagus dan baik tetapi jikalau berkorban untuk sesuatu yang tidak elok seperti membuat satu perkara yang dilarang adalah tidak baik untuk dirinya dan sebaliknya. Apa-apa pun anda ada akal fikiran yang waras, jadi anda fikirlah sendiri bak kata Nabil Raja Lawak "lu fikirlah sendiri! sekian"
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

28 May 2012

Usop Yusuf Yusof

Usop ialah nama kependekan atau panggilan ringkas dari nama Yusuf atau Yusof. Di kalangan orang putih ataupun mat saleh Yusuf dikenali sebagai sebutan Joseph. Sememangnya nama Yusuf ialah nama seorang Nabi, Nabi Yusuf yang merupakan insan paling kacak, hensem, tampan dan macho dalam duniawi ini. Di bawah adalah beberapa senarai nama Yusof atau Yusuf atau Usop yang mungkin anda kenali...

USOP SONTORIAN
Siri animasi Malaysia keluaran Kharisma Pictures.

USOP KOPRATASA
Seorang anggota dari trio Kopratasa. Masihkan kau ingat, masihkah kau ingat?

YUSUF HASLAM
Pelakon, pengarah dan abah kepada Syamsul Yusof, direktor filem Khufarat. Eh, Khurafat.

YUSUF KELANA
Penulis skrip drama Gerak, Gerak, Gerak Khas... Yusuf Haslam.

YUSUF ISLAM (CAT STEVENS)
Dulu penyanyi, sekarang pendakwah biarpun masih menyanyi. Dunianya bukan lagi Wild World seperti judul lagu hitsnya itu.

YUSUF TAIYOOB
Yang ini jutawan kurma, bukan pakar masak kormak ye!

USOP WILCHA
"Siapa setuju awok lebih popular daripada ShakRoil eWanT, sila angkat tangan macam saye!"

Usop, Yusuf dan Yusof merupakan nama kepada seseorang yang ada namanya seperti nama Usop, Yusuf dan Yusof ini dan jikalau nama anda dekat-dekat bunyinya seperti nama ini adalah boleh juga diterima tetapi senarai di atas ini adalah lebih popular daripada anda. Oleh itu, aku ingin meminta maaf jikalau anda mempunyai nama seperti di atas tetapi tidak disenaraikan. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 May 2012

Karakter Lelaki Dari Caranya Ketawa

Cuba perhatikan ketawa teman lelaki mahupun boyfriend anda ataupun ayah serta abang dan juga adik lelaki malah tidak lupa juga sesiapa sahaja lelaki yang ada di atas muka bumi ini yang anda kenal atau tidak itu terpulang kepada anda kerana sekarang ini aku ingin berceritakan tentang karakter lelaki dari caranya ketawa. Anda ingin tahu lebih lanjut? Sila baca di bawah ini dengan satu persatu dan teliti...

LELAKI KEDEKUT
Ketawanya pendek-pendek serta ringkas sahaja bunyinya.

LELAKI DERMAWAN
Berketawa sambil menabur duit kepada orang yang berada di sekelilingnya.

LELAKI KURANG PERTIMBANGAN
Tidak boleh berhenti ketawa sehingga terbahak-bahak.

LELAKI PENGECUT
Langsung tidak berani ketawa dan mukanya di dalam ketakutan.

LELAKI KURANG AJAR
Orang bersedih tetapi dia boleh bantai ketawa berdekah-dekah, memang biadab.

LELAKI LEMAH SEMANGAT
Pengsan mendengar ketawanya sendiri dan tidak sedarkan diri.

Terdapat pelbagai-bagai lagi cara lelaki ketawa yang anda dapat nilaikan jikalau anda perhatikan betul-betul dari setiap gaya yang dilakukan terutamanya di mulut adakan getaran pada bibir terlalu bergetar ketika ketawa ataupun keras sahaja tetapi bunyi keluar terlampau kuat. Oleh itu, anda kena fikir sendiri apakah cara ketawa yang anda rasakan dari untuk mengenali karakter lelaki tersebut hanya daripada caranya ketawa sahaja.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 May 2012

Tanda Seorang Yang Kuat Bekerja

Disini ada beberapa tanda anda merupakan seorang yang kuat bekerja dan jikalau tidak ada satu pun yang sama dengan diri anda maka tanpa perlu berfikir panjang, sahlah anda tidak tergolong sebagai seorang yang err... seperti tajuk di sebelah ini iaitu tanda-tanda seorang yang kuat bekerja...

1) Mempunyai dua, tiga kerja extra ataupun kerja lebih yang dibuat part time ataupun sambilan selepas waktu bekerja biasa ataupun normal... bukan kerana nak cari pendapatan lebih ataupun apa-apa sahaja tetapi sebab anda suka melakukannya.

2) Kawan-kawan semua sudah lepak dekat rumah layan anak cucu tetapi anda masih tidak terfikir pun hendak berhenti kerja, lagi nak sambung kontrak kerja adalah.

3) Sedih dan pilu mengalahkan anak yatim nestapa "Lela Majnun" bila tengok jam sudah nak habis waktu bekerja... kalaulah masa boleh berhentikan bagus.

4) Ada bini, anak pun berderet bolehlah tahan tetapi langsung tidak boleh ingat masa bila berkahwin... sedar-sedar tengok anak sudah besar panjang.

5) Motto hidup anda adalah berbunyi seperti ini, "Hidup untuk bekerja" bukannya "Bekerja untuk hidup".

6) Berasa sangat stress ataupun tekanan pula apabila hari cuti... memang tidur tidak kenyang, makan tidak basah, mandi pun tidak lena dibuatnya. Hah, memang sah sangat stress ataupun tekanannya itu sampai tidak perasan langsung.

Jikalau anda ada ciri-ciri ataupun tanda-tanda di atas ini, memang sah anda merupakan seorang yang kuat bekerja sehinggakan anda lupa akan diri sendiri tentang perkara lain dan hanya anda ingatkan ialah bekerja dan bekerja sahaja sehingga akhir hayat tetapi tidak kaya-kaya pun! HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

24 May 2012

Sebab Tidak Perlu Cari Kerja

Kebarangkalian alasan yang bersabit di bawah adalah untuk memberi kelonggaran kepada anda tidak perlu bersusah payah nak memikirkan pasal kerja iaitu...

1) Tidak perlu bersusah payah nak cari kerja disebabkan kerja yang datang cari anda.

2) Ibu ayah dan mak bapak kaya-raya, bak kata pepatah "berkoyang gedung di darat, berpeti kapal di laut."

3) Bapak mentua tokey kayu balak, harta melimpah... makan sampai lapan belas keturunan pun tidak habis-habis.

4) Jumpa harta karun.

5) Masih bayi dan di bawah umur tanggungan emak dan bapak.

6) Anak-anak tiap-tiap bulan tidak miss bagi duit, pencen pun ada... itu tidak termasuk duit simpanan di dalam bank lagi.

7) Jenis suka pilih kerja, satu pun tidak ada berkenan di hati tetapi kelulusan pula tidak seberapa.

8) Menang jack pot... habis dah duit belanja anak bini makan. Main... menang lagi, gitulah sampai sudahnya. Err... apakah itu satu peringatan atau ujian? HEHE!... lu pikirlah sendiri.

9) Tunggu masa nak masuk liang lahad daa...

10) Memang dasar pemalas, makan minum ditanggung bini yang siang malam terpaksa bekerja.

Terdapat banyak lagi sebab munasabab yang anda tidak perlu cari kerja ini dan kebanyakkannya orang sengaja mencari alasan untuk tidak perlu kerja dan pelbagai-bagai lagi alasan yang muncul lagi hebat daripada pekerjaan yang anda lakukan. Jadi berhenti membebel dan carilah kerja! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

23 May 2012

Kite Bakor... Bila?

Bagi penggemor filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, tentu ingat bebenor dengan dialog watak Usop Wilcha iaitu "Kita bakor aje...". Memandangkan dialog ini dah popular bebenor, di bawah ini dicalonkan beberapa situasi yang anda boleh guna pakainya...

1) Masa sambutan hari jadi, sebelum nyalakan lilin yang "memanchor" tu!

2) Waktu nak order ikan, kerang atau ketam dekat restoran seafood tetapi tak tahu nak masak stail atau "pesen" apa.

3) Tatkala nak menyambut raya, nak masak lemang, Lemang boleh, kelamang pun boleh.

4) Di kala nak menyambut Syawal jugak, time nak buat kuih baulu. Kuih bakar tak oleh tumpang semangkuk pasal beliau bukan kategori kuih raya.

5) Ketika nak melupuskan sampah-sarap yang sudah dikumpulkan. Sampah masyarakat tidak masuk senarai tau.

6) Saat nak menyalakan ubat nyamuk old school yang berupa lingkaran itu.

7) Apabila baru nak tiru perbuatan khianat cam Sarip Dol, samseng Kampung Dusun buat dekat rumah Cik Salah (please don't try this at home or kampung!).

8) Hah, time itu semua, anda bolehlah melafazkan dengan sekali lafaz atau berlafaz-lafaz, "Kita bakor aje, kita bakor!"

Kite bakor aje dan jangan tinggalkan satu pun! HEHE! Jadi untuk bila kite perlu bakor sahaja? Untuk perkara-perkara seperti di atas dan jikalau ada benda lagi anda boleh tambah! HEHE! Apa lagi, moh kite bakor aje!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Majlis Hari Jadi Idamanku

"Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi Anda, Selamat Hari Jadi." Bosandengan lagu hari jadi ini? Nak rasa hari jadi anda jadi best? Cuba anda buat perkara-perkara di bawah ini. Pastikan anda mencuba sebaik yang mungkin supaya majlis hari jadi idaman anda begitu menjadi...

1) Ada kek yang tingkatnya sama dengan umur. Sebagai contoh umur tiga tahun, kek tiga tingkat. Kalau umur lima puluh tahun, kek mestilah lima puluh tingkat. Lepas itu baru fikir cara nak tiup lilin tersebut.

2) Di sambut meriah bersama-sama dengan artis Hollywood, Bollywood, Kollywood, Malaywood, K-pop, artis Hong Kong dan pembesar-pembesar negara yang lain.

3) Diadakan siaran langsung, tertunda dan berbayar selama seminggu berturut-turut di semua stesyen TV dan radio.

4) Dapat hadiah paling koman dan low profile pun sebijik rumah banglo. Itu yang paling koman dan low profile... kalau paling grand tidak tahu la apa nak dikatakan.

5) Dapat tajaan mahupun sponsor oleh syarikat-syarikat korporat terkenal.

6) Tarikh hari jadi dimasukkan ke dalam kalendar dan diberikan cuti umum kepada satu dunia.

7) Dijadikan acara tahunan dan diiktiraf di dalam buku rekod Malaysia dan dunia.

8) Kemeriahan majlis hari jadi sama seperti kemeriahan anugerah bintang popular dan juga Oscar.

9) Diadaptasikan majlis korang menjadi sebuah filem hari jadi yang pertama dan paling hebat di dunia.

10) Sambut hari jadi dekat bulan atau mana-mana planet yang berdekatan dengan bumi.

Terdapat pelbagai-bagai ladi upacara untuk majlis hari jadi idaman yang amat diidam-idamkan oleh semua orang di dalam dunia ini termasuklah yang kemampuan dan juga yang kurang berkemampuan. Jadi oleh itu, tidak hiraulah kadang-kadang majlis idaman kadang-kadang bertukar menjadi majlis lain pula disebabkan kehebatan majlis hari hadi anda itu begitu terasa bahangnya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

08 May 2012

Kalaulah Kentut Berbau Wangi

Kentut merupakan nikmat paling besar kerana dapat membuang angin di dalam badan dan sekaligus akan meringankan badan dan merasakan perut anda di dalam keadaan terkawal dan selesa tetapi selalu orang mengatakan kentut itu busuk. Kalaulah kentut berbau wangi dan harum, apa agaknya reaksi setiap orang? Anda nak tahu lebih lanjut? Sila baca di bawah ini dengan teliti...

1) Sibuk bertanding sesama sendiri, kentut siapakah yang berbau paling superb wangi.

2) Kentut di khalayak ramai, tidak ada masalah punya dan orang akan tersenyum sahaja kepada anda.

3) Jika terkentut dalam lif adalah satu kelebihan kerana harum semerbak dapat melekat pada pakaian orang lain.

4) Tidak perlu nak tahan-tahan kentut kerana ianya memang wangi.

5) Kalau terkentut , tidak perlu malu-malu nak mengaku dan terus angkat tangan dan menyatakan itu adalah kentut anda.

6) Salah satu perkara baik yang akan dikenang oleh orang bila sudah mati nanti.

7) Tidak dijadikan bahan ketawa lagi dah malah pujian akan diberi.

8) Punyalah bangga kerana kentut sendiri kerana terlalu wangi.

Kalaulah kentut berbau wangi pasti ramai tergoda, silap haribulan kepada wanita / perempuan akan dipinang oleh lelaki dan jikalau lelaki pula akan menjadi pujaan oleh wanita / perempuan. Tetapi anda harus ingat, adakah semua itu akan menjadi kenyataan? Jikalau menjadi kenyataan terlampau bagus dan jikalau tidak, jangan haraplah kentut anda itu wangi kerana kentut anda memang busuk dan anda harus terima hakikat tersebut. HUHU!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

07 May 2012

Kelebihan Pemandu Peribadi

Kepada pemandu bas, pemandu lori, teknik, kereta api, kereta kebal waima pemandu kapal terbang sekalipun anda dapat baca sahajalah. Hanya pemandu peribadai yang tahu bestnya kerja mereka ini seperti...

1) Sudah tentu-tentu dapat naik kereta mewah. Nak beli tidak mampu, dapat bawak pun jadilah. Kalau bos meeting boleh lah pura-pura jadi tuan punya kereta.

2) Bila bos meeting dekat hotel-hotel besar mesti bos ajak makan sekali, bukan senang dapat makan dekat hotel besar. Paling koman pun bos bagi duit lebih suruh makan dekat luar.

3) Boleh jalan-jalan dekat negeri orang lan, kira bekerja sambil melancong la. Apa lagi nak? Minyak, tol semua bos tanggung.

4) Secara tidak langsung dapat jugak tahu sedikit sebanyak rahsia syarikat, rahsia bos nak kahwin lagi pun ada jugak.

5) Kalau dapat bawa anak bos yang cun lagi cantil. Boleh juga cuba-cuba mengorat. Cintakan tidak kenal siapa.

6) Bila bini bos nak pergi shopping, boleh jugak ikut shopping sekali. Kalau angin bini bos baik dapat jugak dia belanja baju sehelai dua.

Banyak lagi kelebihan jadi pemandu peribadi ini daripada keburukan yang dapat kita lihat. Kalau kita agakkan sahaja mesti mereka ini kuat bodek jugak kerana oleh sebab itu mereka rapat dengan bos. Kalau tidak mahu rapat pon, sudah jadi pemandu peribadi. Mereka ini mesti kena rapat jugak walau bagaimanapun. Yang paling penting, kelebihan yang dapat ini hanya untuk pemandu peribadi sahaja. Bak kata pepatah yang aku reka sendiri "Pandai bodek, pandai simpan, banyak bodek, banyak dapat". Apa punya pepatah la aku buat ini. Apa-apa pun kita layan sahajalah! HUHU!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

06 May 2012

Penyalahgunaan Nama Haiwan

Ada perbuatan onar manusia yang digambarkan dengan perkataaan yang menggunakan nama beberapa ekor haiwan. Secara rasional tentulah mereka ini tidak berpuas hati lantaran mereka tidak ada kena mengena langsung. Ikuti sahajalah komen di bawah yang telah ditranslate subtitlenya.

KAMBING HITAM
"Dah la cakap kambing binatan busuk, hamis dan takut air, pastu buat istilah kambing hitam pulak atau scapegoat cakap Inggerisnya. Itu pentingnya english education. Buat sahajalah istilah orang hitam, tak nak pulak tapi pakai nama, Black jadi kebanggaan pulak.

KELDAI DADAH
"Apahal manusia nak kaitkan aku denga najis dadah ini semua. Spesies kita orang mana ambik syabu, ganja, pil ecstasy semua ini, agak-agak la. Taruk nama dubuk dadah, molek jugak pasal dubuk itu jahat macam yang Stacy cakap.

PIL KUDA
"Aku pun senasib dengan keldai, dah la rupa kami nak hampir sama tapi nama aku itu lebih dulu lagi dikaitkan dengan pil larangan itu. Takat nak beri nama buah silat, kuda-kuda, kitauda (ganti kita orang) boleh berkompromi lagi. Apa gelak-gelak? Ingat kuda tak boleh guna perkataan kompromi!

GAJAH PUTIH
"Kita orang tidak ada sangkut paut dengan projek-projek ini. Jangan kata la nak ambik tahu pasal tender-mender ini, kitajah (kita gajah) ini bukan kontraktor kelas F,G, H atau kategori apa pun. Projek mega ke, projek gajah putih ke, semua tak relevan!

BABI BUTA
"Dah la kitabi (kita babi) ini spesies binatang mughallazah, dbuat pulak istilah babi buta. Membabi buta atau buta hati betul la manusia ini. Macam ini ke contol modal insan? Modal insane (tak siuman) boleh jadi! Aku sondol jugak diorang ini! Nasib baik la Justin Bieber ada buat lagu untuk kitabi. Baby bebi bai uuhh!

HARUAN MAKAN ANAK
"Ye ke haruan ini spesies makan anak dia? Kalau betul pun, ibu kucing itu pun time meroyannya boleh makan anaknya jugak. Tapi haruan makan anak ini kalau dalam erti kata manusia, bapak yang tiada pegangan agama."

Kemungkinan ada pelbagai-bagai lagi tentang penyalahgunaan nama haiwan ini tetapi aku tidak beberapa pasti untuk menerangkannya dan semasa aku menaip entri / post ini otak aku menjadi gila kerana hari ini aku kurang sihat jadi entri / post aku ini jugak agak kurang sihat. Apa-apa pun kita layan sahaja!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

05 May 2012

Handphone Rosak

Semalam tiba-tiba sahaja handphone / telefon bimbit yang berjenama Sony Ericsson J105i aku terpadam sendiri. Aku cuba untuk membuka / menyalakan switch ON pada handphone aku ini tetapi tidak berhasil dan aku rasa pelik dan hairan juga. Kenapa tetiba sahaja padam tanpa sebarang signal ataupun isyarat. HUHU!

Aku bukalah cover belakang handphone / telefon bimbit aku ini untuk membuka dan memasang bateri balik dengan harapan dapat menyala balik handphone / telefon bimbit aku ini dengan selamat dan jayanya tetapi aku masih hampa kerana apabila aku switch ON handphone / telefon bimbit aku ini, cuma sekali sahaja gegeran dan screen berkelip tetapi tiada apa selepas itu, hanya kosong sahaja. ARGH! tekanan juga dibuatnya.

Selepas itu, aku membawa handphone / telefon bimbit aku ini ke tempat charge bateri handphone / telefon bimbit kerana kemungkinan bateri sudah habis. Setelah aku memasang charger, namun tidak mempunyai apa-apa kesan pada handphone / telefon bimbit aku ini. Di dalam hati aku kemungkinan aku rasa dan memang rosak terus dah handphone / telefon bimbit aku ini dan kemungkinan juga dia merajuk kerana sebelum ini aku ada hasrat untuk membeli handphone / telefon bimbit baru. HUHU!

Sony Ericsson J105i akhirnya kemungkinan riwayatnya sampai disini sahaja. Aku masih tidak tahu apa punca dia mati / rosak begitu sahaja tanpa terjatuh ataupun tanpa apa-apa kesan menyakitkan buat dia. HUHU! Jikalau kerosakan screen, kemungkinan boleh di baiki tetapi nak menyala pun tidak boleh tambah lagi nak tengok screen. Aku rasakan juga kemungkinan cip di dalam rosak kot. HUHU! Kalau hendak baiki mesti makan duit banyak punya.

Jadi, untuk sementara ini aku telah ambil keputusan nekad untuk membeli handphone / telefon bimbit baru jikalau handphone / telefon bimbit yang Sony Ericsson J105i ini betul-betul sudah arwah. HUHU! Malas sudah nak baiki kerana kemungkinan akan rosak balik atau harganya begitu mahal sekali kerana Sony Ericsson J105i ini pada pasaran kemungkinan sudah jatuh mendadak. HUHU!

Sekarang ini aku berkenan pada handphone / telefon bimbit Samsung Galaxy S2 / SII kerana kemungkinan nampak canggih dan kemas kot. Di tambah pula dengan kamera bersolusi tinggi. Harganya pula masih mahal dan membuatkan aku kena tunggu dulu untuk beberapa bulan baru boleh dapat dan harus bersabar sahaja. HUHU!

Apa-apa pun sekarang ini aku hanya menggunakan handphone / telefon bimbit murah sahaja iaitu handphone / telefon bimbit aku sebelum aku menggunakan Sony Ericsson ini iaitu handphone / telefon bimbit Nokia lama dan aku tidak pasti Nokia apa yang aku gunakan sekarang. Tidak perlu menrungut serta gunakan apa yang anda sehingga mampu untuk memiliki yang lain. Oleh itu, aku perlu bersyukur dengan apa yang ada. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

03 May 2012

Panduan Menonton Wayang

Kemungkinan besar ada beberapa orang belum pernah menonton wayang di dalam tempat peranginan mahupan pusat membeli belah ataupun dimana-mana sahaja yang mempunyai panggung wayang. Disini aku nak memberi sedikit panduan atau tips untuk menonton panggung wayang dengan cara yang terbaik supaya cara ini dapat digunapakai bersama-sama tanpa sebarang masalah. Tunggu apa lagi? Mari kita baca di bawah ini dengan perlahan-lahan dan memahaminya terutamanya yang tidak pernah menonton wayang.

1) Jangan buat spekulasi berkenaan cerita yang ditonton sepanjang waktu bersiaran dengan kawan sebelah ataupun teman baik mahupun pakwe/makwe.

2) Pastikan tahap kesihatan anda sesuai dengan cerita yang hendak ditonton untuk mengelakkan risiko mati terkejut ataupun serangan jantung secara tiba-tiba yang menyebabkan anda datang dengan kenderaan sendiri dan balik dengan kenderaan lain.

3) Sila pastikan telefon bimbit dimatikan kalau tidak mahu kena sumpah-seranah dan dimaki-hamun secara terbuka dan percuma ditambah pulak dengan balingan tepat makanan atau segala macam yang agak menarik untuk anda.

4) Tidak perlu membawa bekal macam nak pergi berkelah di tepi pantai ataupun di mana-mana sahaja dan buah durian pun tidak boleh bawa masuk ke dalam panggung wayang kerana baunya boleh menyebabkan pelbagai anggota akan melekat kepada anda.

5) Terlalu menunjukan emosi yang keterlaluan dan berlebih-lebihan jugak tidak amat digalakkan supaya nanti lain jadinya dan tidak perlu dihuraikan.

6) Kalau tengah menderita batuk kokol dan selesema yang agak teruk, sila beredar dengan kadar segera. Jangan mengada-ngada nak menonton wayang nanti penderitaaan anda bertambah teruk.

Kemungkinan segala di atas ini adalah panduan yang benar dan nasihat untuk anda yang belum pernah menonton wayang di panggung wayang, anda perlu sentiasa memastikan anda betul-betul yakin untuk menonton wayang. Jikalau anda yakin, anda boleh menonton dengan kadar yang segera tanpa perlu membuang masa. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

01 May 2012

Kenapa Suami Suka Tipu Bini?

Mungkin anda tertanya-tanya kenapakah suami suka menipu bini? Tipulah jikalau anda tidak tertanya-tanya dan anda mesti sangat ingin tahu kenapakah sebab dan punca utama suami suka tipu bini mereka? Disini aku bukan nak mengajar ataupun membuat apa-apa perkara yang tidak elok untuk mengajar suami menipu bini. Aku cuma nak beritahu kerana kadan-kadang suami cakap benar pun isteri tak percaya. Ada sahaja yang tak kena. jadi baik menipu. Kenapa? Pasal kekadang bila menipu ini isteri tidak mengatakan apa-apa. Mari baca di bawah ini untuk mengetahui yang lebih lanjut...

1) Suami nak pergi memancing ikan, bini cakap... lakinya nak memancing perempuan dan bukannya ikan.

2) Suami nak buat overtime, bini cakap... lakinya spend time dengan perempuan lain dan bukannya melakukan overtime.

3) Suami kata handphone off pasal tengah meeting, bini cakap... lakinya keluar dating dan bukannya meeting.

4) Suami kata gaji tak masuk lagi, bini cakap... lakinya kedekut dan bukannya gaji tak masuk lagi.

5) Suami kata pergi atas urusan kerja, bini cakap... lakinya nak pergi berfoya-foya dan membuang masa dan bukannya urusan kerja.

6) Suami kata nak kahwin lagi satu, bini cakap... nanti I bunuh YOU baru YOU tahu.

Anda sudah faham? Masih tidak faham? Anda tidak perlu faham kerana yang mana faham akan faham dan yang mana tidak faham memang tidak akan faham selamanya, mungkin.

Apa-apa pun kita kenalah mempercayai antara satu sama lain dan kuatkan rasa kasih sayang di antara suami dan isteri supaya tidak menimbulkan kekecohan yang melampau kerana ada perkara yang kita boleh selesaikan. Cuma perlukan sefahaman hati dan jiwa sahaja untuk menyelesaikan masalah yang mendatang supaya dapat kekal hidup untuk selamanya hingga akhir hayat..



Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!