Artikel Menarik

30 October 2011

Memujuk Awek Secara Psiko

Tak sangat digalakkan tapi kalau nak cuba sukatilah, jangan nak komplen bagai kat Facebook ShakRoil memang mangkuk jamban awam la korang kalau bikin macam tuh. Di bawah ini terdapat beberapa cara untuk memujuk awek secara psiko. Jom kita baca dan teliti setiap apa yang ada...

1) Mengupah Tok Bomoh "celup" memperasap kemenyan depan rumahnya supaya sikap merajuk awek akan hilang.

2) Menculik mak abahnya, kalau nak selamat baik berhenti merajuk dan mak abahnya akan dipulangkan.

3) Bagi nota, sekor semut tak berdosa akan dikorbankan setiap minit kalau tak berhenti merajuk.

4) Ajak kengkawan berkhemah dengan rumahnya sambil membawa peralatan musik untuk memohon meminta maaf.

5) Bagi jam tangan branded made in Petaling Street, konform berhenti merajuk.

Sebenarnya bermacam-macam cara lagi nak memujuk awek secara psiko ini tetapi korang kena fikirlah kaum wanita hatinya cepat pecah, jadi jangan lebih-lebih. Nanti bukan dapat dipujuk tetapi awek korang pergi terus meninggalkan korang buat selama-lamanya. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Impian Seorang Peniaga

Setiap orang ada impian dalam hidup tapi penyidai kain dipanggil ampaian. Antara impian dan ampaian takdak kena mengena tapi antara impian seorang peniaga adalah seperti berikut...

1) Untung juta-juta walaupun model kecik dan paling penting tak pernah rugi walau sesen pun.

2) Kedai sentiasa ramai tak kira masa dan yang bestnya ramai yang beli bukan ramai yang tengok.

3) Dapat customer yang tak banyak karenah, tak komplen walaupun hanya menerima perkhidmatan ala kadar diorang terima dengan hati yang terbuka.

4) Setiap urusniaga yang memerlukan duit baki tidak akan dituntut oleh pembeli walau apa cara dan nilai sekali pun.

5) Terutama untuk peniaga wanita yang cantik, sila beli barang bukan mengurat.

6) Selalu mendapat pujian dan direkeman kepada orang lain, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos promosi.

7) Barangan yang dijual menjadi popular setanding dengan barisan artis popular negara.

Setiap orang ada impiannya sendiri. Oleh itu peniaga pun ada impiannya sendiri cuma tidak ditunjuk-tunjukkan sahaja! Jadi, pastikan impian menjadi kenyataan supaya berpuas hati! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

29 October 2011

Di Sebalik Daun

Kenal apa itu daun? Tahu kegunaan daun? Tahukan korang bahawa daun dan taun tiada kena mengena dengan daud yang kena taun? Nak tahu lagi perkara yang terdapat di sebalik daun? Jom layan dan baca sehingga habis...

1) Walaupun daun tidaklah secanggih telefon pintar dan tidaklah sehebat kereta yang korang miliki akan tetapi dengan daunlah membuatkan kita boleh terus bernafas kerana daun yang mengeluarkan oksigen dan bukannya kologen.

2) Ada jugak daun yang boleh dimakan sama ada dimasak atau dibuat ulan tapi pastikan korang kenal pasti terlebih dahulu daun yang boleh atau tidak boleh dimakan. Rumput dan lalang bukanlah kategori daun, lainlah kalau korang yang dikategorikan sebagai haiwan herbivor.

3) Daun terup tidak sama sekali ada kena mengena dengan dauk pokok. Daun pokok tumbuh semula jadi tapi daun terup diperbuat dari kertas.

4) Daun pintu dan daun tingkap tidak boleh dijadikan sebagai bahan yang menyedapkan atau menyelerekan masakan kerana gigi korang tak sehebat gigi anai-anai.

5) Daun boleh dipelbagai gunakan antaranya dibuat sebagai hiasan atau boleh juga dijadikan bahan membungkus makanan. Membungkus nasi lemak menggunakan daun kari adalah tidak digalakkan.

6) Rokok daun tidak sepopular rokok-rokok yang sedia ada, akan tetapi ia akan menjadi pilihan ramai bila mana harga rokok biasa mencech harga makanan di restoran segera.

Di sebalik daun terungkap pelbagai-bagai erti dan pelbagai-bagai macam infomasi yang memang terbaik..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kenapa Tidak Boleh Bela Anak Harimau?

Pernah dengar peribahasa anak harimau jangan dibela pelihara, kalau tidak pernah dengar ini nak bagitahu maknanya, orang yang jahat jangan dibuat kawan. Namun itu menurut kiasan orang-orang tua, cuba kalau ikut maksud literal pulak.

1) Nak mencari satu hal, kalau jumpa kena pulak berunding dengan maknya, dengan cara yang mengerikan.

2) Buat menghabiskan daging berkilo-kilo je, bukannya boleh suruh membajak sawah pun. Kalau tinggikan suara sikit kang, silaps-silap kena cakar ataupun ditelan hidup-hidup.

3) Nanti kena pulau dengan orang-orang kampung pulak kalau bela binatang tu. Pasal semua orang takut nak berjiran.

4) Silap gaya, boleh kena tangkap dengan pengawai perhilitan di bawah akta membela binatang terlarang atau kawalan.

5) Bila dah besar bukannya boleh jual macam lembu, kambing. Kot boleh dibuat dading korban ke, berbaloilah nak bela.

Sesungguhnya baik bela binatang yang memberi manfaat kepada anda dan jangan bela binatang yang menyusahkan anda supaya anda tidak akan susah nanti...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Trivia Tentang Fobia

Fobia ini maksudnya ketakutan yang tak patut terhadap sesuatu benda atau keadaan. Kira macam paranoid ntahapehape la gitu tapi bukan diorang sengaja ngengada pun, dah memang suratan takdir... bak lagu gersang.

1) Harrison Ford sebagai Indy dalam filem The Adventure of Indiana Jones merupakan OPHIDIOPHOBIA, yakni takut kat ular.

2) CHROMOPHOBIA bukannya orang takut kepada kromosom (chromosomes - ejaan orang putihnya) sebaliknya seriau kat warna, bunyi je akan-akan tapi bukan tau.

3) Napaleon Bonaparte adalah AILURAPHOBIA. Beliau ini takut kat kucing, kira sekategori dengan alien le beliau nih, ke beliau ni alien. Jeng jeng jennngg....

4) Venus ni kalau dalam epik Romawi merupakan Dewi Kecantikan. Kalau nak tahu orang yang fobia dengan perempuan cantik dipanggil VENUSTRAPHOBIA.

5) TRISKAIDEKAPHOBIA pulak, takut kat nombor tiga belas. Tak tahulah macam mana kalau beliau nih lahir haribulan tuh, harus kena pergi angkat sumpah pasal nak tukar tarikh lahir kot.

Bermacam-macam lagi pasal fobia di dalam dunia ini dan setiap orang kemungkinan mempunyai fobianya sendiri dan semuanya tidak sama. Jadi, janganlah terkejut jikalau anda terjumpa orang sebegini kerana ini adalah lumrah hidup dan bukannya meminta tapi memang ada di dalam dirinya.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

28 October 2011

Di Sebalik Kaca Mata


Ada yang pakai kerana gaya, yang terpaksa ada juga. Berbagai bentyk dan rupa. Ada jugak yang gila mengumpulnya, tak kurang juga sekadar suka-suka. Apa pun niat si pemakainya, tempatnya hanya satu iaitu di mata dan ada apa di sebalik kaca mata?

1) Kalau tak pakai tak macho katanya, Walaupun harga beberapa sen cuma, kelihatan segak macam la tulen bendanya, padahal eli satu percuma dua. Dihebahkan macam harga nak meminang si anak dara. Itu kategori nak bergaya sahaja.

2) Kalau tak pakai habis meraba, bukannya buta tapi rabun sahaja. Tak kira rupa, tak kira harga... bila dipakai cerah penglihatannya tapi kalau masih meraba juga memang penampar la jawabnya.

3) Kalau tak ada bersama tak keruan hidupnya. Kena ada di sisi atau di depan mata, mana taknya harganya sama dengan harga kereta. Kalau duduk bersama tiada topik dibicara hanya harga dan kaca mata sahaja. Cis! Memang niat nak berlagak rupanya.

4) Seminggu sekali bertukar rupa... kejap bulat, kejap petak pula. Letak pulak merata-rata, kat celah mana ada saja ia, nampak sangat harga tak seberapa. Tu yang tak kisah bila terambik oleh member, nih kategori saja-saja, pakai okey tak pakai tak bagi apa-apa makna.

5) Ada yang cari makan dengannya, mata celik dikatakan buta. Singgah di kedai makan mintak seringgit dua, dihular pula tisu cuma, apa nak jadi dengan golongan ini ya? Sampai terlupa dosa dan pahala.

6) Ada jugak yang pakai bila terpaksa kerana nak cover. Bila surat khabar, berita semua cerita dia kena tangkap khalwat dengan janda anak dua, mulalah tercarik-carik kat mana kaca mata. Konon tak nak orang kenal akan dia, malangnya member sekampung cam jugak dari rupa bentuknya.

Macam-macam kisah kaca mata atau dikenali sebagai spek kalau korang nak tau! Sampai aku pon tak larat nak bertaip dan bercerita. Korang fikirlah sendiri tentang apa yang ada. Semoga korang memperoleh apa yang ada...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kriteria Isteri Impian

Berikut merupakan ciri-ciri yang menjadi idaman bagi setiap lelaki untuk mendapatkan isteri impian mereka dan tetapi sebelum itu mereka melihat dahulu kriteria tersebut. Apakah kriteria tersebut? Mari ramai-ramai kita membaca ayat di bawah ini dan semoga pada semua kaum lelaki memilih isteri impian yang hendak dimiliki...

1) Pandai memasak dan menguruskan rumah tangga. Mampu menangani kerenah anak-anak dengan baik dan bijak serta penyabar.

2) Berdikari dan berkerjaya serta mempunyai personaliti yang menarik. Pandai menyesuaikan diri dan berkeyakinan tinggi serta berpenampilan elegan dan bijak.

3) Bersifat romantik dan penyayang. Bersopan-santun lagi tinggi budi bahasa dengan berpenampilan kewanitaan sejati.

4) Berperwatakan cantik dan manja dan mesra serta menawan hati. Pandai menghiburkan dan menyenangkan hati di saat berduka lara.

5) Semua kriteria wanita di atas adalah impian lelaki tapi tak mungkin boleh dapat dalam satu pakej. Jadi, asalkan memasing tak tahu dan pandai-pandai koranglah mengehandlenya maka bolehlah dapat segala ciri-ciri isteri idaman tuh sekaligus.

Setiap lelaki mempunyai cita-cita untuk isteri impian diorang dan wanita juga ada. Jangan lupa itu...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

27 October 2011

Impian Seorang Pembeli

Sebagai pembeli ramai yang ingin sesuatu yang menarik dari peniaja ataupun penjual. Hasil kajian ke atas 28000 rakyat malaysia seratus peratus respons diorang sama seperti...

1) Beli barang tapi tak payah bayar, bunyi macam janggal tapi inilah impian dorang. Main ambik je barang tak payah bayar apa-apa.

2) Setiap pembelian ada hadiah misteri, walaupun sebuku sabun mandi mesti ada hadiah disertakan. Hadiah pulak lebih tinggi nilainya dari nilai pembelian itu sendiri.

3) Walaupun membeli dua biji gula-gula yang berharga 10 sen tapi layanan yang diberikan peniaga lebih kurang dengan layanan yang diberikan oleh dayang-dayang di istana.

4) Dengan harga yang murah maka barangan yang dibeli sama banyaknya dengan barangan yang ada dalam kedai tersebut. ebagai contoh dengan membayar rm2 ringgit, dapat borong satu kedai seliper Jepun.

5) Peniaga bernaiaga dengan jujur dan ihlas, tiada sebarang unsur penipuan dan subahat dalam proses jual beli. Baru la berkat sikit hidup.

6) Walaupun namanya pasar sama ada pasar malam atau pasar basah akan tetapi persekitarannya seperti di hotel lima bintang, siap ada penginapan sementara menunggu ayam ditimbang.

Begitulah harapan seorang pembeli kepada penjual iaitu dengan harapan setinggi gunung supaya pembeli merasa dihargai dan menyukai kepada penjual tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Di Sebalik Wanita

Kompius dengan perwatakan diri dan sering kali bingung dengan jantina sendiri? tak perlu risau jika korang nak tahu jantina diri atau pasangan korang itu benar-benar wanita, cuba baca tentang di sebalik insan berjantinakan wanita ini.

1)
Salah satu kebolehan dan kelebihan wanita ini ialah dapat mengandung. Bila saja mengandung maka segala-galanya berubah termasuklah keadaan fizikal dan layanan suami terhadapnya.

2) Antara kehebatan wanita ini ialah air. Air mata yang mengalir adakala tanpa dipaksa boleh meuluhkan hati pasanganya sama ada simpati atau sakit hati.

3) Tidak akan kelihatan janggal bila dilihat wanita berpegangan tangan dengan kaum sejenisnya tapi pastikan tiada unsur ketidaktulenan sesama diorang.

4) Boleh memakai T-shirt dan berseluar yakni pakaian yang dipakai oleh lelaki tanpa sebarang syak oleh masyarakat. Akan tetapi bila lelaki cuba-cuba berbaju kebarung pasti akan dipandang seorang oleh penduduk.

5) Terlalu obsesi tentang berat badan dan jerawat di muka walaupun hanya sebijik habis akan diceritakan kat sanak saudara semasa sesi minum pentang.

6) Adanya hari-hari khas di mana kaum lelaki harus berwaspadu kerana jika tersilap tegur maka akan habis dibebel oleh diorang.

Kalau wanita berperangai lemah lembut tidak mengapa dan begitu juga lelaki. Jikalau wanita itu lembut tidak mengapa dan paling pelik apabila lelaki berperangai lembut yang melampau dan wanita pun kalah dengan lelaki tersebut.


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

26 October 2011

Cara Memujuk Pakwe Secara Psiko

Zaman dah melewati melennium ni, orang lelaki pun dah pandai tiru perangai orag perempuan. Almaklumlah tak nak kalah, ego nak kena jaga. Jadi dengan itu terpaksa si awek ini memujuk pakwenya yang merajuk itu. Oleh itu, disini terdapat beberapa cara untuk para awek memujuk si pakwe anda secara psiko. Lihat di bawah ini...

1) Ugut untuk mengapa-apakan kereta atau motornya yang pakwe korang sayangi separuh mati itu.

2) Kunci dan rantai pagar rumanya, bukak bila setuju untuk berbaik-baik balik untuk mengugutnya.

3) Order services hantar makanan segera setiap malam, suruh hantar ke rumahnya supaya dia yang perlu bayar dan bukannya korang.

4) Menangis kat depan rumanya tanda korang perli kepada pakwe korang tuh.

5) Hantar samseng untuk gertak-gertak pakwe korang itu supaya hilang merajuknya.

Bermacam-macam lagi cara nak pujuk pakwe korang secara psiko ini dan yang lain-lain itu korang fikirlah sendiri dan yang penting, jangan sampai lembik pakwe korang itu. Nanti tak pasal-pasal korang kena cari pakwe lain. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Alasan Macam Relevan Sebab Lambat Masuk Pejabat Tetapi

Balik-balik alasan streotaip, balik-balik alasan streotaip... manalah bos tak boring. Cuba kreatif sikit, bikin sense of humour bak kata omputih, barulah hidup sentiasa hidup dengan ayat yang tersentap itu.

1) Masa dalam perjalanan datang pejabat, ada gajah mengamuk... tuh yang lambat, jem trafik dibuatnya, tuh pun nasib aje kereta tak kena pijak.

2) Ayam jantan mak habis kena baham dek ular sawa, dan jadik hal pulak saya nak kena cari dan tangkap ular sawa yang makan ayam jantan mak tuh.

3) Mati-mati ingatkan hari ini cuti umum, kemudian baru terperasaan yang kalender tu hari bulan lepas punya, lupa nak carek,

4) Dah datang awal dah , semua orang pulak dok gelak semacam. Rupanya terpakai kain batik daa... seluar lupa nak sarung, tuh yang balik rumah, tukar balik pakaian tuh.

5) Jam loceng buat hal pulak, jam dinding memang ada tapi bukan ada bunyi. Ayam jantan mak pun langsung tak berkokok (rujuk nombor 2)

6) Lif rosak, terpaksa panjat tangga sampai dua puluh tingkat. Dah sampai kat opis baru perasaan bila masa pulak pejabat kat sini, kan ke kat bangunan rumah kedai sebelah, tingkat dua aje;
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

25 October 2011

Perbezaan Ayam Kampung dan Ayam Daging

Jom kita nyanyi... "Ayam, bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam daging, ayam pekan, ayam bandar, ayam betina, ayam jantan..." Macam-macam perihal ayam, dah la tuh, aku malas la nak tunjuk bakat lebih-lebih, nanti kena marah pulak penyanyi lagu tu. Yang sebenarnya aku nak bagi tau tentang perbezaan antara ayam kampung dan ayam daging dan bukannya nak nyanyi..

1) Ayam kampung nih susah nak tangkap walaupun dah pasang perangkap tapi ayam daging jinak dan senang nak ditangkap.

2) Ayam kampung pandai berkoko kejutkan orang tidur jadi tak la orang kampung tertinggal solat subuh tapi ayam daing dia tak pandai langsung.

3) Ayam kampung tak kena suntik manakala ayam daing pulak mesti kena disuntik.

4) Ayam kampung ada reban tapi bebas merayau tapi ayam daing bagai terpenjara dalam reban.

5) Ayam kampung makan ikut suka hati mak abah diorang je, macam-macam dia makan tapi ayam daging sentiasa diberi makan dedak je.

6) Ayam kampung boleh naik motor tapi ayam daging tinggi sikit martabatnya sebab dia naik lori.

Satu lagi perkara iaitu ayam kampung liat, manakala ayam daging lembut je apabila dikunyah. HAHA!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Tanda-Tanda Anda dan Pasangan Semakin Tua

Korang sedar tak yang anda semua dah makin dimakan usia. Bermacam-macam perkara berlaku dalam sedar tak sedar dan perkara tersebut kadang-kadang anda ingat dan kadang-kadang anda lupat. Berikut adalah tanda-tanda anda dan pasangan semakin tua.

1) Dulu jalan berpegang-pegangan dan sekarang ini berjalan masing-masing memandang kadang-kadang.

2) Dulu tidur berhadap-hadapan, sekarang saling membelakangi.

3) Dulu sering pakai minyak wangi, sekarang saling sapu minyak angin.

4) Dulu makan yang sedap-sedap dan sekarang sama-sama makan ubat.

5) Dulu boleh berlari, sekarang nak berdiri pun sakit sendi.

6) Dulu hidup mesti terus, sekarang hidup menunggu mati.

Semua orang akan lalui perkara sebegini apabila dimamah usia nanti. Kita nantikan sahaja...


Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kelebihan Kereta Cabuk

Adapun berikut adalah kelebihan menggunakan kereta yang seasons atau buruk atau tua atau lain-lain perkataan yang seerti dengannya, yang korang boleh rujuk kat kamus.

1) Terlupa nak kunci kereta masa parking tapi tak perlu merasa risau tahap maksimum sangat pasal kemungkinan besar sebesar besarnya takdak sapa pun yang berhajat nak kidnap kereta korang pun.

2) Tak kisah nak hangkut sebarang barang yang boleh mencederakan body kereta, jugak haiwan ternak yang dirasakan boleh je disumbat. Ada apa hal.

3) Tak heran lalu jalan kampung yang berbecak-becak atau berbatu kerikil dengan ranting pokok yang terjuntai dan boleh mencalarkan body kereta.

4) Dapat kurangkan kos membeli syampu, waxing, polish dan sebagainya kerana bukannya boleh berkilat pun memandangkan keadaan muka body yang dah berkarat giler.

5) Jugak menjimatkan masa yakin tak perlu nak cuci kereta dan secara automatiknya jugak menjimatkan penggunaan air dan tenaga mencuci dan... ishh, banyaklah boleh dijimatkan.

Kepada sesiapa yang ada kereta cabuk itu, jangan dijual kerana banyak manfaatnya dan paling penting kenangan. Itu yang terbaik. Kalau kereta itu rosak baik korang repair je. Tak payah buang-buang, rugi besar ooo..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

18 October 2011

PING BUSUK : Ping Aggregator untuk rakyat Malaysia

Kepada semua blogger aku nak share sikit tentang ping aggregator yang aku rasakan paling kemas dan senang nak dapatkan visitor ramai iaitu BUSUK.ORG!

Walaupun ianya BUSUK tetapi KEWANGIANnya masih terserlah kerana tempat ping yang paling laju dan senang!

Sebelum itu aku terlupa nak terangkan apakah PING BUSUK.ORG ini?
Kepada yang belum tahu ping ini untuk meningkat visitor untuk membaca entri anda supaya mendapat visitor iaitu pelawat yang ramai ke dalam blog anda dan PING BUSUK ini merupakan PING yang paling popular (bagi aku) kerana senang nak handle dan tiada bugs di dalamnya menyebabkan hacker masuk dengan rasa bangganya hingga mencuri data sehingga password korang semua. Macam yang pernah terjadi di GENGBLOGGER (maaf sebab aku menyebut) disebabkan sekuriti tidak tinggi dan aku tak pasti lah PING BUSUK Ini sekuriti tinggi ke tidak dan aku melihat dari keadaannya. Tiada bugs, tiada error dan tiada ragu-ragu. HEHE!

Bukan apa, aku nak tolong promote sikit BUSUK.ORG ini kerana websitenya aku tertarik seperti kemas, simple, laju dan macam-macam lah dan sekadar untuk berkongsi dengan korang semua wahai rakan-rakan blogger!

Satu lagi, macam-macam ada di dalamnya seperti video, komik dan yang paling aku minat ialah PING blog aku yang tersayang inilah. HEHE!

Apa-apa pun jom ke PING BUSUK.ORG!
Jangan lupa juga untuk ping post anda yang terbaru dan post ini juga ingin aku ping disana! AHAKZ!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Klip 3GP

Sebentar tadi baru aku lepas menonton wayang Klip 3GP : Ganas, Gerun & Ghairah bersama rakan-rakan aku. Rakan-rakan aku yang ajak, kalau tidak aku tak mahu kerana aku nak menonton cerita Real Steel iaitu bercerita mengenai lawan robot-robot tuh.

Pape pun boleh tahan lah cerita KLIP 3GP bagi aku dan bagi anda tidak tahu pulak. Banyak pelakon-pelakon seksi dalam tuh. HUHU!

Tetapi cerita itu banyak flashback seperti mengingati perkara-perkara lama yang dibuat dahulu sampai sekarang ini.

Cerita Klip 3GP ini bukan menceritakan tentang rakaman 3GP untuk seks sahaja tetapi mencerita tentang 3GP mengenai pelbagai benda yang boleh dirakam gunakan handphone di dalam format 3GP seperti pembunuhan, rogol, gaduh serta perkara-perkara yang mengenai seseorang.

Selepas itu menyebarkannya melalui bluetooth, cd dan paling senang memaparkan di dalam website / internet kerana internet ini merupakan dunia tanpa sepadan dan macam-macam benda boleh buat.

Secara ringkasnya cerita ini mengisahkan tentang seorang pembangunan website 3GP iaitu bernama KLIP3GP.COM yang bernama apa tah! aku lupa (maaf)... yang telah membuat satu website yang di dalam kandungannya mengandungi banyak video 3GP termasuk video seks yang dirakam, video skodeng yang di rakan seperti budak sekolah tengah buat aksi geli-geli (faham-faham je la yer) dan selanjutnya. Selepas itu, banyak perkara terjadi, ada GigoloKL suka mainkan perempuan / wanita dengan merakam video adegan yang kurang menyenangkan. Biasalah dengar pon gigolo seperti mempermainan wanita lainlah.

Kaki_skodeng.3gp
Remaja_rogol.3gp
Jutawan_siber.3gp
Maya eksekutif terlampau.3gp
Gigolo_KL.3gp
Hantu_kebaya_merah.3gp

Antara list 3GP yang ada dalam cerita...

Malas aku nak cerita panjang-panjang nanti apa pulak jadinya! HAHA!

Apa-apa pun korang nak tahu lebih-lebih, korang lihatlah sendiri. Jadi, jangan tengok benda haram itu (bukan cerita KLIP 3GP ini tetapi video 3gp yang mengandungi unsur-unsur seks, supaya otak anda selalu bersih dan terlindung daripada segala kekotoran.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

16 October 2011

Pelancong Layan Gadis Seksi Di Hotel

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

Pssst : HAHA! lawak betol dan tak boleh blah! tak pasal-pasla kena bayar mahal disebabkan gadis seksi itu untuk melakukan adengan yang tidak diingini di dalam hotel.. huhu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Bos Garang?

Dapat bos garang mengalahkan singa? Menyampah tengok muka dia? Pernah terlintas nak gigit telinga dia? Pernah juga terfikir nak lempang hidungnya? Jangan buat perkara kejam, buat je cara seperti artikel di bawah ini bila berdepan dengan bos korang yang garang itu.

1) Setiap kali dia bukak mulut nak marah, korang terus buat muka nak nangis. Kalau dia start marah korang pun start la menangis.

2) Buat-buat macam tak paham atau tak dengar, lagi kuat dia marah, lagi korang buat mula pelik korang tu kat bos korang.

3) Jangan jumpa bos korang, elakkan dari terserempak. Kalau bos korang panggil cakap la korang sakit perut tapi pastikan korang buat hari Jumaat sebab hari Sabtu dengan Ahad dia dah lupa nak marah korang.

4) Korang senyum masa bos tengah marah. Lagi banyak dia marah, lebih lebar korang senyum. Kalau dia marah jugak lagi... korang terus gelak sambil buat muka selamber.

5) Masa bos korang tengah mengamuk sakan korang buat muka kelakar. Buat pelbagai aksi yang boleh membuatkan hati bos korang tercuit geli hati dan terus berhenti mengamuk.

6) Lempang je muka bos korang, lepas tuh terus carik kerja lain yang takdak bos. Kan senang...

Korang guna saja cara-cara di atas ini untuk mengatasi masalah kena marah dengan bos...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kaitan Mati Dengan Tidur

Cammana nak tulis mukadimah nih eh? Korang baca je lah, kalau tak faham, buat-buat faham atau faham buat-buat aje! kan senang... apa-apa pun sila baca dibawah ini...

1) Nak baca artikel ini sebelum tidur mati

2) Takut tersebut nama skandal dalam mimpi masa tidur. Mati kalau terdengar dek isteri.

3) Takut mati dalam tidur lalu cuba menahan diri dari tidur, akibatnya tertidur kat tempat kerja.

4) Mati-mati ingat tengah bermimpi walhal tidur pun tak lagi. Nih mungkina kes berangan yang teramat.

5) Orang jenis tidur mati selalunya kecing di tilam.

6) Matilah kalau kencing di tilam, mesti kena marah lainlah kalau korang itu masih umur baya budak-budak.

7) Lepas habis baca artikel ini, dah tak boleh nak tidur sebab takut mati...

Artikel ini agak merapu disebabkan susunan ayat yang serabut kerana orang yang tengah menulis ini di dalam keadaan separa sedar kerana sedang mengantuk selepas terbangkit daripada tidur mati...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Kaum Wanita / Perempuan Patut Tahu Ini

1) Lelaki Tak Suka Perempuan Banyak Tanya

Korang tahu tak yang kaum Adam ni jenis cepat rimas? Jadi pertanyaan hendaklah K.I.S.S (Keep It Simple Stupid!) Ini tak, kalau dah janji nak dating, bf/suami lu lambat sikit, lu dah menggelabah nenen. Call je dah 16 kali. Lepas tu tanya kat mana, lalu jalan mana, kenapa lalu jalan tu, tak reti tengok jam ke, kenapa kat sana hujan kat sini tak pun. Soalan feveret: Kenapa tak angkat phone? Kenapa lambat angkat phone? Kenapa tak balas SMS? Kenapa itu? Kenapa ini? Pehhhh.. Kalau gua jadi lelaki, dah lama gua shoot dengan machine gun tahu?

Paling untung kalau laki tu dpaat gf/bini yang hanya tanya "Baby dekat mana? Jauh lagi eh? Lembap ah baby ni. Okay bye."

Habis cerita. Lu nak bising bising pun bukan dia boleh sampai cepat pun. Gila ke apa?

2) Lelaki Memang Gila Bola. Sila Pasrah.


Kalau BF keluar dengan kengkawan dia lepak mamak sampai 3,4 pagi tak payah la nak jadikan isu besar. Lu tak bagi dieorang keluar macam dieorang dah jadi suami. Ada ke patut suruh layan bola dekat ASTRO sensorang? Tak berperi kemanusiaan langsung. Tengok bola je kot. Bukannya apa sangat. Jadi sebagai kaum perempuan, tak banyak, sikit pun jadilah untuk korang amik info pasal bola sikit-sikit. Bukannya apa, at least kalau BF/Laki korang nak keluar tetengah malam tengok bola, cakap MENYU vs SPURS punya game, boleh ah korang detect betul ke tak. Tak pun tanya score ke. Paling tak pun lu tarik selimut tidur je lah tetengah malam. Takde pekdahnya pun nak tunggu dia balik sampai pagi buta.

Paling untung dapat GF/Bini yang kaki bola sekali. Boleh gak lepak sama-sama tengok bola. Kan senang, depan mata.

Habis cerita.

3) Lelaki Suka Awek Sempoi.


Lu tau sempoi tu apa? Sempoi ah. Tak payah nak menggedik sangat. Tak payah nak poyo sangat. Tak payah nak garang sangat. Tak payah tu tak boleh, ni tak boleh. Perempuan sempoi yang boleh tolak ansur dalam semua benda and faham yang lelaki ni jenis tak boleh nak dipaksa paksa. Yang jenis sempoi boleh cuba nak sesuaikan diri dalam semua keadaan/tempat. Yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan kecik tanpa drag sampai merajuk 16 hari. Perempuan sempoi yang tak perlu berlebih-lebihan tapi still gojes mengalahkan Fasha Sendat.

Paling untung yang boleh dapat awek yang lelaki boleh share semua benda, boleh cakap semua benda dan faham keadaan lelaki tu macam mana.

Habis cerita.

4) Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak dan Pandai Mengurut.

Lebih praktik kepada pasangan suami/isteri. Yang GF/BF pun boleh. Gua apa ada hal ye tak? Adalah penting bagi korang kaum perempuan belajar memasak dan mengurut. Ini adalah FAKTA tahu? Sesiapa lelaki yang tak setuju dengan gua, dah boleh berhenti jadi lelaki. Cuba selidik apa makanan kegemaran si dia, then boleh lah belajar sikit sikit. Lagi satu kalau dia amik korang balik kerja. Tengah jem pepenat tu. Tolong lah urut urut sikit kepala dia. Bahu ke apa ke. Jangan urut tang lain sudah. Kehkehkeh. Jadi sebelum laki korang menempah mana-mana rumah urut, baik menyediakan payung sebelum hujan. Lelaki ni nampak kasar tapi suka dibelai tahu?

Paling untung dapat gf/bini memang power gila memasak dan juga seorang guru urutan 'Cakar Harimau'. Kehkehkehkeh.

Habis cerita.

5) Lelaki Tak Suka Layan Benda-Benda Remeh dan Emosi.

Kalau korang dok bergaduh 24 jam, bf/laki korang buat bodoh je bukan maknanya dieorang tak kesah pasal korang. Benda remeh temeh lagi lah tentang hati dan perasaan ni lelaki seboleh-bolehnya nak simpan. Lu ingat muka macam Leplep tu tak pernah rasa rabak ke? Ingat kental macam Aqram tu tak pernah menitis air mata ke? Silap silap. Kadang-kadang dieorang lagi emo dari perempuan. Tapi kalau boleh dieorang taknak campur aduk kan dan juga berat nak share atau luahkan. Takpe, bagi dieorang masa, InsyaAllah tak ada apa.

Paling untuk dapat awek yang jenis COOL je 24 jam. Gaduh pun gaduh tapi still boleh gelak-gelak bila cakap tentang benda yang tak berkaitan dengan apa yang digaduhkan. Ni tak, belum kahwin dah gaduh macam setan.

*Sumber daripada Sentap Network
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Mengenali Karektor Perempuan Dari Caranya Ketawa

Biasanya orang perempuan kalau ketawa tersipu-sipu tapi itu sebenarnya ketawa bedaah. Di bawah adalah tatacara ketawa yang menunjukkan karektornya yang sebenar.

PEREMPUAN PALSU
Bunyi ketawanya macam lelaki.

PEREMPUAN SABAR
Setelah semua orang habis ketawa, baru dia ketawa.

PEREMPUAN ADIL

Mentertawakan diri sendiri.

PEREMPUAN BERANI
Meniru ketawa pontianak ketika berhadapan dengan pontianak yang real.

PEREMPUAN BERKEYAKINAN TINGGI
Mentertawakan bos dengan bergaya,

PEREMPUAN MATERIALISTIK
Ketawa sambil meminta-minta dibelikan emas, intan, berlian.

Oleh itu terdapat banyak lagi jenis perempuan ketawa ini. Ada yang ketawa sambil menangis ada yang ketawa sambil tidak tahu apa sebab. HAH! yang ketawa tanpa tahu apa sebab itulah dikatakan kurang waras. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

15 October 2011

10 Tanda Dilamun Cinta

Semua orang pernah dilamun cinta, disini terdapat tanda-tanda anda dilamun cinta. Kalau betul seperti dibawah ini anda memang sedang dilamun cinta.

1) Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja/pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja dan pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, byk assignment yang tidak/lambat siap keran asyik melayan perasaan.

2) Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

3) Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya ia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.

4) Anda sanggup bersusah payah terhendap-hendap mencari pondok telefon awam pada malam yang gelap supaya anda boleh menghubungi sidia sekadar mahu mengucap selamat malam.

5) Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun takpe.Tidak tidur pun takper.

6) Anda dan si dia menjadi bayang-bayang-anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, kemana saja!

7) Dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar dgnnya siang dan malam.

8) Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.

9) Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.

10) Kalau dulu anda enjoy mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dgn boyfriend lagi syok!

Ada ke salah satu daripada 10 diatas? Jikalau anda memang sah anda memang dilamun cinta! Semoga anda berbahagia dan jangan merosakkannya! :P
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Anda Tersilap Tegur

Pernah jadi tak? Alaaa, mesti pernah punya kan? Orang silap tegur korang ataupun korang yang tersilap tegur orang. Ha! tuh seunyum tuh mesti pernah kan? Nak tau cara best cover line? Baca je artikel kat bawah ni...

1) Teruskan menegur, kalau dah memang kompom salah, korang reka je cerita yang korang macam bebetul kenal dia sampai dia pun terlayan dengan korang.

2) Alang-alang dah silap tuh, korang selamba je tegur benda yang ada kat sekeliling seperti dinding, siling, lantai atau apa saja sampai la orang tuh malas nak layan karenah korang.

3) Menyamar jadi pengawai daerah ke, ketua kampung ke, AJK banci penduduk ke atau apa-apa pekerjaan yang berurusan dengan orang.

4) Nak elak korang digelakkan, korang gelakkan diri kroang siap-siap... berpakej dengan guling golek-golek serta lelehan air mata sampai orang sekeliling tension dan melupakan insiden itu begitu sahaja.

5) Cakap je memang hobi korang tegur orang tak kenal, nak tambah kawan tapi pastikan alasan ini digunakan dengan orang yang berlainan jantina.

6) Mengaku sebagai saudara jauh yang tenah mencari waris pasal harta pusaka, nescaya diorang akan kenal korang serta-merta tanpa ada unsur paksaan.

Oleh itu, kalau korang tersilap tegur pastikan korang mempunyai taktik sendiri untuk cover ataupun gunalah teknik di atas ini supaya korang tidak malu lalu membunuh diri disebabkan perkara yang paling senang di atas.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Nama Pelik Dalam Handphone

Dalam handphone korang pasti ada berbagai nama pelik, aku pun ada jugak. Bukan apa, sebab senang nak cam atau ingat bila nak dail atau bila terima panggilan. Betul tak? Jadi jom lihat di bawah ada beberapa list sebagai contoh nama pelik yang ditemui dalam handphone...

Tayar Pancit
Tak tau nama orang repair tu, jadi korang labelkan nama orang itu sebagai tayar pancit.

Abang Sunyi
Masa kat IRC dulu ada seorang mamat ini mengelarkan dirinya sebagai Abang Sunyi dan sampai sekarang masih lagi melekat namanya.

Kepala Sawit
Dia ni tauke kepala sawit. Nama dia pun taktau tetapi pasal dia bisnes sawit sebab tuh tulis Kepala Sawit.

Minah Tinggi
Minah ini merupakan minah paling tinggi dalam banyak-banyak minah korang kenal sebab tuh labelnya dengan nama ini.

!@#$%^&*()
Musuh paling ketat dan paling amat dibenci. Sebab itu korang bubuh nama sebegitu.

Sepet
Mata dia sepet daripada member-member korang yang lain. Nak senang ingat tulis je nama Sepet dalam handphone.

Anaconda
Nama penuh dia ialah Farhana tetapi orang mengelar Ana. Sebab banyak sangat nama Ana dan dia pun berperangai seperti Anaconda jadi gelarkan dia sebagai Anaconda.

Banyak lagi sebenarnya, nak listkan semua memang tak larat oooo! Jadi korang pun mesti ada nama Pelik Dalam Handphone kan?
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

Fakta Yang Auta

Asyik layan fakta tulen aje, sesekali kita pekena pulak fakta merapu yang kurang celanya.

1) Kaau korang berupaya membuatkan lembu ketawa berdekah-dekah, berkemungkinan susunya boleh terkeluar dari hidungnya.

2) Tiga puluh peratus dari wanita yang memakai lipstick ketika kenderaan sedang bergerak, telah secara tak sengaja tertelan batang lipstik.

3) Kajian mendapati, kucing yag mati digilis kat jalan dipercayai telah mengalami lapan kali kecelakaan yang meragut nyawa sebelumnya.

4) Para psikologi sebulat suara mengesahkan sebab yang menyebabkan kambing takutkan hujan kerana menyangka dirinya adalah api.

5) Hasil kajian sainstis menunjukkn lelaki yang mempunyai nama Bob adalah cenderung obesiti.

Jangan digunapakai fakta ini kerana fakta ini direka untuk saja-saja. Kalau nak dipakai pun apa salahnya kerana segali ada ilmu segalanya nampak boleh diguna sahaja... HEH!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!